AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

SUSAHNYA NAK BUAT DOSA, SENANGNYA NAK BUAT PAHALA

>> Saturday, December 27, 2008

Susahnya Nak Buat Dosa. Kalau nak ke disko bukan murah. kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge. Konon dapat free first drink. Tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je...

Senangnya Nak Buat Pahala. Kalau pergi masjid tu, free saja. Dah le takde cover charge, Minum free bukan first drink je. Berkoyan-koyan pun boleh. Silap-silap dapat makan free lagi.




Susahnya Nak Buat Dosa. Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC. Silap silap kena tangkap basah. Boleh masuk paper free. Kalau majikan tau, boleh kena buang kerja. Tanggunglah akibatnya.

Senangnya Nak Buat Pahala. Kalau nak puasa sunat tu, anytime, anywhere. Bangun pagi takde breakfast, terus niat puasa. Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat pahala, siap dapat jimat duit lagi. Puasa tu kan boleh mengekang nafsu. Cume tak masuk paper je. Tapi insyaAllah masuk syurga.

Susahnya Nak Buat Dosa. Mengumpat tu best kan? Itulah hobi hampir semua manusia hari ni. Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok semua tak siap, tarikmuka. Pergi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh. Timah Janda lak kena umpat.

Senangnya Nak Buat Pahala. Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia. Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia. Orang pun tak marah. Eh! Respek la... Suami balik tengok kerja semua siap, isteri lak terkumat-kamit berzikir. Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi. Beban keje pun kurang terasa.

Susahnya Nak Buat Dosa. Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila. Kejar la harta dunia ni. Makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun terabai, dunia akhirat pun tak dapat..

Senangnya Nak Buat Pahala.Jadi zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan. Takyah nak sibuk tamak haloba. Jiran beli TV baru, sofa baru, langsir baru, biarlah.biar mereka hidup bahagia di dunia yang sementara ini Sebab dia dapat hutang baru, kita pula dapat iman yang sentiasa diperbaharukan.



Susahnya Nak Buat Dosa. Orang kata "Nak hidup terpaksa la menipu". Ha'ah! Hidup la kat neraka nanti.Penipu ni bukan setakat Tuhan benci, manusia pun lebih-lebih lagi. Kalau tipu duit lagi parah. Hidup sentiasa dalam ketakutan.

Senangnya Nak Buat Pahala.Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat,
malah Allah akan sentiasa memberkati hidupnya. Mungkin dia jadi mangsa pembelit di dunia , tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka. Hidup pun aman, bukan dalam ketakutan. Insyaallah..Bahagia.


0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP