PERSEDIAAN EMOSI
>> Thursday, December 18, 2008
Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, antum perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:
* Pertengkaran dengan rakan-rakan;
* Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;
* Bersikap terlalu yakin - "overconfident";
* Berprasangka buruk terhadap orang lain;
Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan antum kalau rakan membohongi antum? Antum mungkin serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek antum? Antum mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan antum, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan antum? Antum pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari. Kenapa tidak selepas ini kawal emosi antum. Jangan izinkan sesiapa melukai hati antum. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Antum cuma pekakkan telinga.
Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja antum. Kekalkan matlamat peperiksaan antum. Apabila antum berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati antum. Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma antumlah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya antum bersabar. Dengan cara ini antum mampu membenteng emosi antum.
0 comments:
Post a Comment