Banyak kelebihan Viva
>> Saturday, December 27, 2008
MENERIMA HTC Touch Viva untuk diguna pakai memang mengujakan, tambahan pula agak lama tidak menerima PDA baru.
Model ini yang dilancarkan tidak lama dulu disasarkan bagi pengguna PDA yang bukan pengguna 3G.
Dengan harga runcit RM1,299, ia sesuai dengan bajet kebanyakan pengguna yang baru mahu berjinak-jinak dengan PDA.
Tidak seperti produk HTC lain, Viva tidak dibekalkan dengan stylus tambahan, kad memori, beg pouch atau set kepala.
Kali pertama melihat HTC Viva, penulis rasa tidak banyak kelebihan, reka bentuknya ringkas dengan pad kekunci lima arah dengan butang telefon dan letak di bahagian depan selain kemasan luaran kelabu dengan taburan kilauan. Bagaimanapun apabila menggunakannya, baru terasa kecanggihannya.
TouchFlo amat mudah digunakan, cepat dan lincah walaupun cip pemprosesan hanya pada 200MHz.
HTC Touch amat 'rapat' dengan HTC Touch P3452 dan ramai yang tertanya-tanya kelebihan setiap satunya.
HTC Touch P3452 telah berada di pasaran lebih dua tahun dan merupakan PDA pertama dalam siri HTC Touch.
HTC Touch P3452 menggunakan Window Mobile 6.0, manakala HTC Viva menggunakan Mobile 6.1.
Perbezaan antara kedua-duanya adalah dalam SMS dan keselamatan yang tidak ada pada telefon PDA.
Walaupun HTC Touch P3452 nampak lebih berkelas berbanding Viva dengan skrin rata seperti PDA lain, tetapi penggunaan HTC Touch Viva lebih lancar dan tidak tersangkut-sangkut berbanding dengan model HTC sebelumnya.
Bagi pengguna PDA baru, apa kata menggunakan Viva kerana ia mempunyai kemudahan Bluetooth, 2.0 (A2DP) dan Quadband, manakala semua pemprosesan, memori, kamera dan kapasiti bateri sama seperti HTC Touch P3452.
Boleh dikatakan Viva seakan AirAsia dalam PDA dengan harga mampu milik dengan kandungan lebih ringkas dalam kotak kecil.
0 comments:
Post a Comment