AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Ibu Atau Pasangan?

>> Sunday, December 21, 2008

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu

Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang ..Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu

Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu

Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu

Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu

Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu

Bila sedih, aku mesti telefon ibu

Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu

Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!

Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu

Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu

Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu

Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu

Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu


Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku,

Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu

Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri

Bila seronok? Aku cari pasanganku

Bila sedih? Aku cari Ibu

Bila berjaya? Aku ceritakan pada pasanganku

Bila gagal? Aku ceritakan pada Ibu

Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat ibuku


Bila nak bercuti? Aku bawa pasanganku

Bila sibuk? Aku hantar anak ke rumah ibu

Bila sambut valentine...Aku hadiahi bunga pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu


Selalu........Aku ingat pasanganku

Selalu.....Ibu ingat kat aku

Bila....Bila.....Aku akan talipon pasanganku

Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku





"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah" Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah, al-fatihah, al-fatihah.

0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP