AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Langkah-langkah Membaca Secara Kritikal.

>> Thursday, December 18, 2008


* Melihat seimbas. Berikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut. Lihat tajuk-tajuk kecil dan dapatkan perkaitan (jika ada) diantara tajuk-tajuk tersebut. Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta, radas,gambar dan sebagainya. Lihat soalan-soalan yang ada termasuk soalan-soalan dibahagian belakang sesuatu bab / tajuk utama. Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang timbul dalam fikiran pada sehelai kertas.

* Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan / penutup.


* Baca secara terperinci, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan. Terjemahkan setiap penjelasan dalam bentuk gambaran minda.


* Jangan pindah perenggan selagi antum tidak memahami apa yang sedang dibaca. Perlahankan rentak bacaan antum apabila tiba dibahagian yang sukar. Ulang baca beberapa kali sekiranya perlu.


* Gariskan fakta-fakta penting. Buatkan ringkasan kedalam nota peperiksaan antum.


* 'Highlight' setiap kata kunci.

* Gunakan kod warna misalnya warna kuning untuk nama orang, warna biru untuk tarikh dan sebagainya.


*Yakinkan diri antum yang antum mampu menguasai bahan yang dibaca.



Setelah habis satu perenggan, tutup buku dan nota antum. Fikirkan atau gambarkan semula apa yang telah antum baca. Setelah habis satu tajuk kecil, ambilkan sehelai kertas dan lakarkan kembali apa yang telah antum baca dalam bentuk peta minda atau peta konsep.

Selamat Mencuba......

0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP