AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Kejayaan

>> Thursday, December 18, 2008



Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Ia perlu bermula dalam fikiran sebelum ia menjadi kenyataan. Terdapat tiga perkara penting yang perlu diketahui sebelum sesuatu kejayaan itu mampu direalisasikan.


Bertanggung jawab sepenuhnya. Yang pertama, antum perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap siapa antum, apa yang antum capai dan dimana antum berada hari ini. Antum perlu menerimanya, walaupun pahit, tanpa menyalahkan orang lain dan persekitaran. Sekiranya antum tidak mencapai apa yang antum inginkan maka antumlah yang bersalah, kalau bukan antum maka siapa lagi? Maknanya kalau antum tidak mengawal haluan hidup antum maka orang lain akan menggunakan segala kebolehan dan potensi yang ada pada diri antum. Hanya dengan antum mengakui hakikat yang penting ini, maka barulah antum boleh menjelajah kehidupan ini dengan lebih berkeyakinan. Antum tahu yang antum punya pilihan lain, selain dari apa yang antum lakukan setiap hari. Ingat, "Hanya antum sahaja yang boleh mengubah hidup antum, bukan orang lain".



Mari kita tinjau bagaimana Kolonel Sanders, orang yang mencipta resepi ayam goreng Kentucky Fried Chicken mencipta nama dan kejayaan. Kol. Sanders bersara pada usia 65 tahun. Ketika menerima duit pencen pertamanya, Kol. Sanders merasa cukup kecewa. Beliau tidak menyalahkan orang lain kecuali dirinya terhadap jumlah kecil yang diperolehinya. Beliau seterusnya memutuskan untuk memajukan resepi ayam goreng milik keluarganya kepada sebuah restoran. Malangnya, hasrat beliau ditolak. Adakah beliau berputus asa?? Tidakkk... beliau terus mengubah resepinya dan berjumpa dengan lebih ramai orang... orang ke-10 kata tidakk.... orang ke-100 kata tidakkkk... orang ke-1000 juga kata tidakkk... Tetapi orang ke-1008 kata ... "YA..RESEPI ANDA BAGUS". Sembilan tahun kemudian, setelah bisnesnya maju, Kol. Sanders telah menjual bisnesnya dengan harga US$2,000,000.


Itulah ganjarannya bagi orang yang gigih dan sabar. Ganjaran bagi mereka yang mula mengubah haluan hidup setelah menyedari bahawa dialah yang bertanggung jawab atas siapa dirinya hari ini; dan dialah juga yang bertanggung jawab untuk memperbaiki pencapaiannya. Tanpa ciri-ciri ini Kol. Sanders mungkin merasa cukup sekadar menerima habuan pencen bulanan semata-mata.




Antum juga pasti mahukan kejayaan. Adakah antum telah berusaha ribuan kali seperti cerita Kolonel Sanders di atas??? Jauh panggang dari api. Ramai mahasiswa yang apabila menyelesaikan masalah matematik, kimia dan lain-lain yang agak susah, hanya mencubanya setakat beberapa kali sahaja. Tidak sampai pun 10 kali. Inikah cara usaha antum yang impikan kejayaan? Ingatlah setiap masalah itu datang dengannya
penyelesaian. Setiap cabaran itu datang dengannya habuan dan pulangannya. Teruslah berusaha... bukan setakat sekali, sepuluh kali..malah ratusan dan ribuan kali…

Sedikit perbezaan membawa hasil besar. Yang kedua, untuk mendapat sepuluh kali ganda kejayaan daripada orang lain bukanlah bermakna antum perlu sepuluh kali lebih gigih, lebih kuat atau lebih bijak dari mereka. Antum hanya perlu berbeza sedikit daripada mereka sekeliling antum. Berbeza cara fikir, berbeza cara bertindak dan berbeza dalam menerima kenyataan hidup. Fokuskan minda antum untuk lebih baik sedikit daripada manusia biasa. Ini membolehkan antum
memperolehi pencapaian yang luarbiasa, yang tidak
terfikir oleh manusia biasa.




0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP