AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Faktor Mengantuk dan Cara Mengatasinya

>> Thursday, December 18, 2008

Ramai mahasiswa yang apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri mahasiswa itu sendiri. Kali ini ana mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara untuk mengatasinya.


Tidak cukup tidur. Ini memanglah punca utama ramai mahasiswa mengantuk ketika pensyarah mengajar disekolah. Ada sesetengah mahasiswa yang tidur lewat malam sehingga pukul 1.00 pagi. Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal. Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula mahasiswa yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan ber-MIRC (chit chat) di internet sehingga pagi.

Kalaulah ini masalah antum maka nyatalah yang antum belum menetapkan matlamat dalam hidup antum. Mahasiswa yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia. Kalau antum tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka antum juga perlu ubah tabiat buruk ini. Ingat mahasiswa yang cemerlang ialah mahasiswa yang 'study smart' bukan semata-mata 'study hard'.



Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan antum mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam sehari. Pastikan antum tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.
Makan terlalu banyak. Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila antum kuat makan maka perut antum terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan antum akan mudah mengantuk waktu dalam kuliah dan ketika mengulangkaji.


Badan terlalu letih. Ada ketikanya antum mengantuk disebabkan badan antum terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Kalau antum ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar antum. Ada ketikanya antum bersukan atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola diwaktu petang secara berlebih-lebihan. Berbasikal keliling kampus berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan antum keletihan.

Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki matlamat antum beriadah. Antum beriadah untuk membolehkan antum segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran. 20 - 30 minit sehari adalah mencukupi. Ada pula sesetengah mahasiswa keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum yang berlebih-lebihan. Antum tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan. Terlibat secara ala kadar. Pilih aktiviti yang paling antum minati. Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum antum cemerlang sedangkan FINAL EXAM antum kecundang. Tidak ada gunanya menjadi olahragawan/olahragawati universiti tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang. Oleh itu pastikan kegiatan harian antum seimbang antara pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum. Pastikan antum tidak kesuntukan masa. Pastikan antum tetap segar dan tidak mengantuk dimalamnya.





Tiada minat belajar. Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai mahasiswa. Sebelum ana pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu? Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri antum. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti pensyarah yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya.

Pernahkah antum dengar adanya mahasiswa yang dapat markah 90% dalam matematik berkata yang dia tak minat matematik? Tidakkk! Oleh itu minat timbulnya apabila antum lihat dalam diri antum ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila antum dapat rasakan yang antum mula menguasai sesuatu mata pelajaran.


Oleh itu yang perlu antum perbaiki ialah cara ]belajar antum dan kegigihan antum sendiri. Antum perlu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.
Berikut adalah beberapa saranan apabila antum membaca buku-buku pelajaran:
* Lihat seimbas kesemua muka surat yang antum akan baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal antum baca. Dapatkan satu gambaran yang menyeluruh terlebih dahulu.
Perhatikan perkara-perkara yang berikut: -Tajuk-tajuk kecil - dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain. -Rajah-rajah. -Jadual. -Carta. -Peta. *Baca perenggan bahagian pendahuluannya. *Baca perenggan bahagian penutup atau kesimpulannya. *Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan secara terperinci.


Membaca hanya satu hala. Ramai mahasiswa yang membaca dan mengharapkan 'input' semata-mata. Mereka mengharapkan melalui pembacaan setiap maklumat disuap dari buku ke dalam minda. Proses membaca begini ialah proses sehala dan ia cukup menjemu dan membosankan. Antum perlu berinteraksi secara interaktif antara antum dan buku yang dibaca. Untuk menjadikan proses membaca lebih bersifat dua hala antum perlu lakukan perkara yang berikut:

Dapatkan 10 - 20 soalan berkaitan tajuk yang mahu antum baca sebelum antum membaca teksnya. Fahami kehendak soalan ini. Apabila antum membaca kelak antum pasti menemui ]jawapan kepada soalan dan ini pasti meningkatkan tumpuan dan minat antum. Sentiasa tanya diri antum sebarang soalan yang bermula dengan Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? dan Bagaimana? Ini membuatkan antum sentiasa mencari maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk antum. Selepas satu perenggan atau satu muka surat.... berhenti sejenak. Tanyakan diri antum sekali lagi tentang apa yang telah antum ketahui sebentar tadi. Cuba lakar-lakarkan pada sehelai kertas rajah atau fakta-fakta penting yang antum ketahui. Cuba ceritakan semula pada diri antum apa yang telah antum baca. Ceritakan dalam suara yang boleh didengar oleh telinga antum sendiri. Dengan cara ini antum menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat.




Buat nota ringkas. Jangan sekadar membaca sahaja. Cuba kenal pasti kata kunci dan ringkaskan setiap fakta penting ke dalam bentuk nota ringkas. Dengan melibatkan lebih banyak deria dalam satu-satu proses membaca membuatkan antum rasa seronok. Dengan membuat nota ringkas antum sebenarnya menggunakan bahagian kinestatik diri antum. Kalau sekadar membaca sahaja tanpa sebarang penghasilan nota antum cuma gunakan bahagian visual dan auditori semata-mata. Penglibatan bahagian kinestatik penting kerana ia mengukuhkan lagi ingatan antum terhadap apa yang antum pelajari.



0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP