Gabungan 8 Fungsi Sekuriti
>> Saturday, December 27, 2008
FORTINET, peneraju dan pembekal utama penyelesaian pengurusan ancaman bersepadu (Unified Threat Management, UTM), baru-baru ini ini mengumumkan perkakas sekuriti berbilang ancaman FortiGate-620B yang membawa rekod prestasi terbaru kepada bidang perusahaan.
FortiGate-620B adalah produk yang kedua diperkenalkan dalam barisan produk kelas perusahaan dan mempunyai kelajuan prestasi dan keupayaan rangkaian yang tinggi.
Dengan memperkenalkan pemproses rangkaian sekuriti ASIC yang dahulunya hanya terdapat dalam produk bertaraf tinggi, FortiGate-620B mencatatkan rekod prestasi terbaru dengan 16 gigabit sesaat (Gbps) untuk melaksanakan peranti keselamatan (firewall) dan 12 Gbps daya pemproses VPN.
Berkemampuan untuk berkembang sehingga 24 port, perkakas FortiGate-620B memberi ketumpatan port tertinggi dalam kelasnya.
Ini merupakan pemacu utama yang memberikan syarikat perusahaan fleksibiliti untuk sekuriti rangkaian dalaman.
Perkakas FortiGate-620B menggabungkan lapan fungsi sekuriti utama, termasuk antivirus, sistem pencegahan pencerohan (intrusion prevention, IPS), antispyware, antispam, penapis kandungan web, pembentukan trafik, VPN dan peranti keselamatan.
Pelanggan diberi pilihan untuk membeli perkakasan FortiGate yang memiliki kesemua fungsi tersebut ataupun menyepadukan beberapa fungsi sahaja.
FortiGate-620B mewakili prestasi dan ketumpatan port dua kali ganda lebih daripada perkakas FortiGate-310B yang diperkenalkan oleh Fortinet awal tahun ini dan direka untuk segmen perusahaan pertengahan.
FortiGate-620B bertaraf lebih tinggi dan dibina berasaskan FortiGate-310B yang mendapat sambutan hangat daripada pelanggan dengan membekalkan ciri-ciri dan faedah seperti peranti keselamatan 16 Gbps yang berbaik dalam kelasnya/12 Gbps daya pemprosesan VPN.
0 comments:
Post a Comment