Komputer beremosi dan lasak
>> Saturday, December 27, 2008
Penggunaan komputer bimbit bukan lagi sekadar peralatan bantuan melakukan kerja semata-mata tetapi mencerminkan gaya hidup.BenQ, syarikat peneraju penyedia peranti rangkaian gaya hidup digital, memperkenalkan Joybook Lite U101, komputer netbook yang memiliki aksesori yang menepati gaya dan keperluan pengguna Internet bagi membolehkannya untuk dibawa ke mana saja.
Model tersebut turut menampilkan corak plat muka ikon emosi di bahagian pelindung IMR bebas calar.
Reka bentuk ikon emosi (Emoticon) yang menampilkan ikon lucu dengan ikon emosi universal merupakan konsep rekaan asas yang menyokong plet muka Joybook Lite U101.
Konsep ini diperkenalkan berdasarkan pemahaman BenQ terhadap kekerapan generasi Internet menggunakan ikon emosi bagi menyokong komunikasi berasaskan teks.
Ia bertujuan untuk melahirkan perasaan dan perbuatan bukan verbal dengan berkesan.
Rekaan luaran Joybook Lite U101 juga adalah bermakna - bagi memberi gambaran bahawa pemiliknya mempunyai cita rasa yang suka keseronokan.
Bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti, Joybook Lite U101 perlu menempuhi 28 proses percubaan produk yang ketat termasuk percubaan penggunaan lasak pada pelindung IMR, tempat letak tapak tangan dan papan kekunci.
Ia boleh dipercayai dan tahan lama menerusi keupayaannya menampung tekanan berat sehingga 50 kilogram (kg) dan tahan lasak walaupun dijatuhkan pada ketinggian 76 sentimeter (sm).
Joybook Lite membolehkan generasi Internet memiliki produk digital laju dan mudah alih bagi menepati gaya hidup segmen itu tanpa mengira di mana mereka berada.
Joybook Lite U101 yang didatangkan dengan empat warna: hitam, biru, putih dan merah jambu itu ditawarkan pada harga runcit RM1,799. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.benq.com.my
0 comments:
Post a Comment