AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Mengurus Tekanan

>> Thursday, December 18, 2008


Pengenalan
Perasaan adalah sesuatu yang unik. Ia boleh menyembuh dan memudaratkan badan sendiri. Jika kita memperlihatkan perasaan secara
membina, kita kelihatan semakin matang dan dapat mempelajari banyak perkara. Tetapi jika kita silap mengurus perasaan, ia boleh
memudaratkan kesihatan. Perasaan yang sihat boleh menjadikan badan kita sihat.

Bagaimana cara untuk mengekalkan perasaan yang sihat? Tips-tips berikut mungkin boleh membantu anda untuk mengurus perasaan.


1) Mendapatkan Sokongan Sosial

Siapakah yang akan kita hubungi dan luahkan perasaan apabila menerima sesuatu berita yang menyedihkan? contoh: kematian keluarga dan kehilangan kerja. Selalunya kita akan bercerita dengan individu yang kita percayai seperti suami/isteri. Apabila bercerita, kita akan berasa kurang menanggung beban perasaan dan
adakalanya kita memperolehi idea penyelesaian masalah yang tidak terlintas dalam fikiran kita sebelum ini.

Tetapi, adakalanya kita sering
menyalahgunakan sokongan sosial ini. Kita
berharap orang lain akan menyelesaikan
masalah kita. Kadangkala kita cenderung
menggunakan masalah dan perasaan yang
sedang kita alami untuk menarik perhatian orang lain. Kita bermasam muka, memaki, menangis tidak kira tempat dan masa. Perlakuan kita ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah
sebaliknya semakin membebankan masalah sedia ada kerana orang lain takut untuk
menampilkan diri. Sebaliknya jika kita bersikap lebih terbuka dan berusaha mencari jalan
penyelesaian, maka orang lain akan senang hati membantu kita.

2) Jenaka, Ketawa Dan Sentiasa Senyum

Kita perlu mengekalkan sikap fleksibel pada
sesetengah keadaan bagi membantu kita menerima sebarang perubahan dan memastikan emosi kita
lebih bersedia. Cara terbaik bagi menghilangkan
kekakuan mental adalah dengan cara senyum,
jenaka dan ketawa. Kebolehan berhumor menjadikan kita sentiasa ceria dan membebaskan diri daripada emosi yang negatif. Ketawa juga mempunyai banyak kelebihan dari segi psikologi. Ketawa boleh diterima pakai sebagai satu cara senaman ringan yang paling mudah!. Apabila kita ketawa, tengkuk, bahu dan
otot-otot berkaitan akan turut bersenam. Lebih
daripada itu, semasa ketawa, tubuh kita akan
menyingkirkan dioksida yang tidak baik dan
menghasilkan sel-sel yang boleh melawan penyakit.
(Norman Cousins, Anatomy Of An Ilness)
Walaubagaimanapun, ketawa biarlah berpada dan tidak berlebihan kerana ketawa yang berlebihan
boleh mematikan jiwa.

Kita sering mendengar bahawa senyum itu seindah suria. Ia memang benar!!!. Apabila kita tersenyum, secara spontan kita akan rasa gembira. Eksperimen ke atas sekumpulan individu yang tertekan
mendapati mereka boleh beransur menjadi gembira apabila diminta senyum walaupun tanpa sebarang perasaan dengan menegangkan otot di sekitar mulut dan mengarahkan hujung mulut ke atas. Hasilnya mereka boleh menjadi gembira walaupun sedikit!!. Jadi sentiasalah tersenyum terutamanya apabila kita tiba-tiba berasa muram tanpa sebab. Pasti anda
boleh berasa gembira semula.

3) Memandang Warna Yang Menenangkan

Kajian membuktikan bahawa warna memberi kesan kepada perasaan kita. Warna merah terang, oren dan kuning memberikan kita tenaga. Kombinasi warna merah dan kuning menyebabkan darah kita berkitar dan menaikkan suhu badan. Biru dan hijau memberi kesan menyejukkan dan menenangkan. Anda pasti boleh mengenalpasti warna dengan cara anda sendiri untuk mengubah perasaan yang anda mahukan.

4) Hindari bunyi bising

Bunyi boleh memberi kesan kepada perasaan kita. Kita dilahirkan dengan perasaan yang
tidak selesa kepada bunyi bising. Kebisingan juga boleh memberi tekanan dalam diri. Ia juga boleh menaikkan tekanan darah,
mempercepatkan degupan jantung dan
memberi kesan psikologi yang lain.
Walaubagaimanapun bukan semua bunyi memberi kesan buruk. Muzik contohnya boleh memberi kesan yang baik kepada perasaan dan kesihatan diri kita.

Menurut kajian dari. Avram Goldstein, muzik boleh menyebabkan otak mengeluarkan sejenis bahan penenang yang dinamakan endorfin. Muzik juga boleh menimbulkan pelbagai variasi perasaan. Justeru, jika anda rasa tertekan, dengarlah lagu-lagu kegemaran anda. Semoga ia dapat membantu

5) Membaca Al-Quran, zikir dan selawat.

Bagi yang beragama Islam, bacalah ayat-ayat suci Al-Quran. Sesungguhnya ayat Al-Quran adalah penenang jiwa yang paling mujarab. Untuk mengelakkan tekanan perasaan
selalulah berzikir dan berselawat agar hati sentiasa tenang dan tidak gusar. Kita perlu
yakin bahawa walau bagaimana hebat tekanan yang kita alami, pertolongan Allah SWT tetap ada kerana selepas kesempitan pasti ada
kelegaan dan selepas kepayahan pasti ada kesenangan.

Akhir sekali sebagai renungan, "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) : bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan” (Al-Insyiraah:5-6)


0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP