AHLAN WA SAHLAN......
Assalamulaikum wbrt...
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...
SYUKRAN........
HAVE A NICE DAY....
~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~
Kaedah Belajar Berkesan

1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.
2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
5. Memahami apa yang dibaca.
6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.
8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.
11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran
Baca Berikutnya.....
Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

1. Bertenang dan melapangkan fikiran.
2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
3. Tidur yang mencukupi..
4. Menjaga kesihatan diri.
5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .
8. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.
11. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
12. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
13. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
14. Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
15. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
16. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
17. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
18. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.
19. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
20. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
21. Menjawap soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
22. Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
Baca Berikutnya.....

*Pelajar cemerlang akan menggunakan kedua-dua otak iaitu kiri dan kanan
*mengikut kajian:
-kita ingat 10% apa yang kita baca.
-kita ingat 20% apa yang kita dengar.
-kita ingat 50%apa yang kita dengar dan lihat.
-kita ingat 70% apa yang dicakapkan.
-kita ingat 90% setelah dipraktikkan.
*Belajar dalam keadaan konduksif.
*Berbuat baik dengan guru, sentiasa menghormati gurudan menyayangi guru.
*Tidak membuang masa.
*Tidak ponteng kelas.
*Belajar dalam masa singkat ( 20 minit) kemudian take rest (2-3 minit). Belajar sekurang-kurangnya 3-4 jam sehari.
*Tidak belajar secara pasif.
*Mempunyai jadual yang seimbang yang merangkumi waktu belajar, masa riadah, waktu tidur dan sebagainya.
*Sentiasa berdoa.
*Sentiasa berfikiran positif.
Baca Berikutnya.....
Beberapa cara boleh digunakan untuk menguruskan kemarahan. Nabi Muhammad SAW menyarankan beberapa langkah bagi melepaskan diri daripada perangkap kemarahan iaitu :

*Apabila seseorang itu marah dalam keadaan berdiri, hendaklah dia duduk.
*Mengambil wuduk. Kemarahan itu sebenarnya berpunca daripada syaitan dan syaitan dicipta …daripada.api.Gunakan air sembahyang untuk memadamkan api kemarahan.
*Menguruskan kemarahan adalah proses aktif membabitkan beberapa langkah iaitu :
O Seseorang itu perlu sedar tindakan atau kelakuannya apabila dia mula naik marah.
O Kenali dan cuba fahami kemarahan berkenaan.
O Belajar cara baru untuk menangani tekanan.
O Kuasa seni membuat pilihan bagi menangani kemarahan.
*Beli satu buku dan buat Jurnal Kemarahan.Isi kandungan Jurnal ialah :
O Bilang berapa kali kita marah dalam tempoh 24 jam lalu.
O Berikan pemarkahan ketika anda sedang marah.( 1-10 ).
O Selepas marah apa anda rasa ?
O Apakah yang terlintas sejurus sebelum anda rasa marah ?
O Berapakah agresifkah tindakan anda ketika berasa sangat marah ? Beri pemarkahan.( 1-10 ).
Jadi amal-amalkanlah petua ini jika anda seorang pemarah.

Baca Berikutnya.....

*Banyak makan sayur
*Banyak makan sayur daun hijau mentah
*Gunakan minyak masak jenis minyak kacang
*Minyak kacang soya mempunyai bahan untuk pembalut otak jadi cerdik
*Minyak lenga
*Gunakan lenga putih atau hitam dalam masakan kuih-muih
*Kacang kuda bagus selalu dimakan untuk pertumbuhan sebab mempunyai lemak tidak tepu
*Sebarang jenis kacang kerana tidak membahayakan sebab mempunyai lemak yang tidak tepu
*Bubur campur ubi dan daun-daun sayuran bagus untuk sarapan pagi
*Elakkan memakan makanan jenis lemak tepu dan makanan yang manis
*Makan malam elok 6.30 ke atas – makan bersama
*Daun bawang, kucai, kangkong, pegaga, dan lain-lain boleh diproses jadi jus.
*Minum air buah-buahan- gunakan blander
*Lemak tidak tepu ialah lenga, kacang putih, biji gajus, kacang merah, dan lain-lain
*Jangan terlalu banyak memakan daging haiwan berkaki empat
*Amalkan memakan kismis, buah badam & belalang kunyit
*Membaca Al-Quran dari Maghrib hingga Isyak

Baca Berikutnya.....

*Segera menunaikan solat sunat dan bermunajatlah kepada Allah dengan sepenuh hati dan pastinya hati anda akan menjadi lebih tenang.
*Coretkan diatas sekeping kertas tentang apa yang menggangu minda anda dan kemudian tarik nafas perlahan-lahan, hembus perlahan-lahan dan tenangkan diri anda.
*Duduk atau berbaring sambil menutup mata. Putarkan muzik bernada perlahan. Rehatkan otak anda dan bayangkan sesuatu yang indah dan tenang tasik biru, alunan ombak,kawasan sungai yang mengalir tenang.
*Duduk diatas kerusi dan menutup mata. Genggam sebelah tangan dengan kuat, tahan ketengangan beberapa saat dan lepaskan perlahan-lahan. Ulangi pada bahagian tubuh anda yang lain.
Baca Berikutnya.....

*Makan makanan terlalu panas/ terlalu sejuk atau hampir basi
*Makan makanan yang dicemari oleh mana-mana makhluk kecuali manusia
*Makan buah buruk atau buah yang dicemari sebarang mahkluk kecuali manusia
*Membaca sebarang suratan di atas kubur kecuali ayat Al-Quran
*Melihat salib
*Makan makanan yang berbau seperti petai, jering, belacan dan lain-lain
*Makan bawang mentah
*Makan kepala ikan kecuali ikan kecil
*Membuat maksiat
*Organ-organ dalaman perut binatang
Baca Berikutnya.....

“Dan seandainya Allah member petunjuk kepada seseorang dengan sebab engkau, maka hal itu lebih baik bagimu daripada apa yang dijangkau matahari sejak terbit hingga terbenam.” (HR Bukhari dan Muslim)
Baca Berikutnya.....

KEPADA PARA ANDA YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN, MARI SAMA-SAMA LIHAT DAN FIKIR PETUA UNTUK MENINGKATKAN TUMPUAN SEMASA BELAJAR:-
* Semak seimbas nota atau buku yang telah diberikan oleh pensyarah terdahulu sebelum memulakan kelas. Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut. Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda.
* Baca juga bahan yang bakal diajarkan. Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh pensyarah kelak. Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat.
* Cuba duduk di barisan depan dalam kelas.
* Jangan alih mata anda dari melihat pensyarah dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih.
* Tunjukkan minat yang mendalam. Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda. Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar.
* Pasang telinga. Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan.
* Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh pensyarah.
* Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam.
Baca Berikutnya.....

* Agih-agihkan tugas. Pastikan tugasan bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan. Salah satu penyebab kepada tangguh ialah rasa kerja yang mahu dibuat itu terlalu sukar atau terlalu banyak.
* Buat senarai tugas atau ‘TO DO LIST’.
* Cari cara untuk ingatkan kita. Cth. Jam loceng, komputer, digital organizer dll.
* Sediakan segala keperluan lebih awal.
* Tiada dua orang yang serupa. Lain orang lain masa yang mana dia akan paling produktif. Oleh itu kenali masa produktif kita dan gunakan masa ini untuk siapkan kerja-kerja penting kita.
* Tukar carafikir atau ‘mindset’ kita.
* Just do it! Jangan peduli apa orang lain akan kata. Ia adalah soal masa depan kita.
* Belajar dari kesilapan.
* Senaman secara konsisten, 20 minit sehari, 3x seminggu.
* Jaga diet atau pemakanan. Makan roti yang ada tertulis perkataan ‘high fibre’.
* Rehat yang cukup dengan berzikir+ berwirid lepas solat.
* Buat perhitungan untuk diri sendiri sejauh mana masa yang ada disia-siakan.
Baca Berikutnya.....

*Semua yang ingin cemerlang mesti sentiasa membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih teliti dan berkesan.
*Antum hendaklah lebih yakin, percaya kepada diri sendiri dan bersemangat.
*Antum hendaklah menguasai semua tajuk dan soalan contoh atau soalan ramalan bagi semua subjek.
*Semua subjek adalah penting.
*Antum mesti selesai mengulangkaji sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh peperiksaan.
*Antum mesti mahir bentuk atau format semua kertas peperiksaan.
*Kesihatan diri hendaklah berada pada tahap tip top terutama menjelang minggu peperiksaan.
*Ketika menjalani peperiksaan hendaklah tenang dan menjawab dengan sistematik.
Baca Berikutnya.....

* Jadikan target utama antum ialah keputusan cemerlang dan terbaik. Inilah muslim yang sebenar yang sentiasa mencari yang terbaik. Jangan hanya sekadar untuk lulus sahaja.
* Bahagikan masa ketika menjawab soalan-soalan dan mulakan menjawab soalan yang lebih mudah supaya antum tidak menghadapi ketidakcukupan masa.
* Setelah keluar dari dewan peperiksaan, jangan sibukkan diri antum menyemak jawapan kerana ini akan mengganggu konsentrasi antum untuk menghadapi kertas peperiksaan seterusnya.
Ucaplah Alhamdulillah diatas apa yang telah antum jawab di kertas jawapan. Teruskan taget seterusnya dengan membuat persediaan bagi menghadapi baki peperiksaan seterusnya.
Baca Berikutnya.....

Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Antum perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu
melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil
sebenarnya Allah lah yang menentukannya.
Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.
Antara perkara yang boleh antum lakukan ialah:
*Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.
*Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anaknya sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan antum.
*Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila antum sering membaca al-quran. Allah telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 28, yang mafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati".
*Jauhi maksiat. Jauhi diri antum dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.
*Banyakkan berdoa. Pastikan antum berdoa mengikut adab-adab berdoa.
Baca Berikutnya.....

*Bertahajjud (mengadap) kepada Allah dengan niat yang ikhlas bahawa peperiksaan yang dihadapi ini demi memberi kan khidmat kepada ummah dan Negara.
*Mulakan hari peperiksaan dengan sembahyang Subuh berjamaah, wirid zikir,@ ma’thurat kemudian bacalah apa yang mudah dari Al-Quran. Sebaik-baiknya surah Yassin.
*Ulangkaji subjek peperiksaan itu secara ekspress kemudiaan solat sunat dua rakaat mohon Allah perkenankan hajat dan permudahkan disaat peperiksaan.
*Minta ibu bapa dan orang soleh berdoa untuk antum.
*Hendaklah sentiasa beristighfar ketika dalam perjalanan menuju ke tempat peperiksaan.
*Mulakan menjawab dengan penuh thiqah (kepercayaan) kepada Allah, jangan tergopoh-gapah menjawab soalan. Setelah selesai menjawab, semak semula jawapan dan pastikan semua soalan dijawab.
Baca Berikutnya.....

Dalam masa menjelang peperiksaan, antum hendaklah menentukan ulangkaji pelajaran telah dibuat dengan baik. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diperhatikan:
Persediaan malam sebelum peperiksaan
*Baca nota ringkas untuk ulang kaji.
*Semak kotak pensil.
*Semak masa dan tempat peperiksaan daripada jadual peperiksaan.
*Cuba lakukan latihan rileks.
*Sediakan perkara-perkara seperti: - kad matrix - pakaian, slip peperiksaan- kasut dan sebagainya.
*Berdoa agar tenang dan dapat menjawab soalan dengan baik.
Teknik-teknik ketika di dalam dewan peperiksaan.
*Duduk dengan tenang.
*Berdoa.
*Baca keseluruhan kertas soalan.
*Rancangkan jawapan.
*Proses. Jawab mengikut kehendak soalan.
*Pastikan tulisan antum senang dibaca.
*Semak jawapan sekali lagi dalam masa 5-8 minit terakhir.
Baca Berikutnya.....

* Segera menunaikan solat sunat dan bermunajatlah kepada Allah dengan sepenuh hati dan pastinya hati antum akan menjadi lebih tenang.
* Coretkan diatas sekeping kertas tentang apa yang menggangu minda antum dan kemudian tarik nafas perlahan-lahan, hembus perlahan-lahan dan tenangkan diri antum.
* Duduk atau berbaring sambil menutup mata. Putarkan muzik bernada perlahan. Rehatkan otak antum dan bayangkan sesuatu yang indah dan tenang tasik biru, alunan ombak,kawasan sungai yang mengalir tenang.
* Duduk diatas kerusi dan menutup mata. Genggam sebelah tangan dengan kuat, tahan ketengangan
beberapa saat dan lepaskan perlahan-lahan. Ulangi pada bahagian tubuh antum yang lain.
Baca Berikutnya.....

Sebelum peperiksaan
bangun awal pagi supaya sempat solat dan
menenangkan minda.
Berdoa supaya dibukakan pintu hati dan
dimudahkan menjawab soalan.
Ambil sarapan yang sederhana supaya tidak
mengantuk.
Tiba awal ditempat peperiksaan.
Semasa peperiksaan
Datang dengan persiapan yang lengkap. Pastikan semua peralatan di bawa masuk untuk membantu penumpuan semasa peperiksaan.
Tenang dan percaya kepada diri sendiri.
Luangkan masa (5-10 minit) untuk membaca
keseluruhan soalan.
Peruntukan juga masa untuk menyemak jawapan apabila telah selesai menjawab.
Selepas peperiksaan
Jangan bincangkan soalan yang telah dijawab.tumpukan pada kertas seterusnya.
Berdoa pada Allah supaya dikurniakan kejayaan.
Bersabar terhadap apa jua keputusan kerana itu ujian daripada Allah
Baca Berikutnya.....

Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, antum perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:
* Pertengkaran dengan rakan-rakan;
* Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;
* Bersikap terlalu yakin - "overconfident";
* Berprasangka buruk terhadap orang lain;
Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan antum kalau rakan membohongi antum? Antum mungkin serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek antum? Antum mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan antum, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan antum? Antum pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari. Kenapa tidak selepas ini kawal emosi antum. Jangan izinkan sesiapa melukai hati antum. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Antum cuma pekakkan telinga.
Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja antum. Kekalkan matlamat peperiksaan antum. Apabila antum berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati antum. Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma antumlah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya antum bersabar. Dengan cara ini antum mampu membenteng emosi antum.
Baca Berikutnya.....
Cuba perhatikan peristiwa dibawah ini. Dalam satu perlumbaan kuda, kuda yang memenangi tempat pertama akan mendapat wang tunai RM100,000 ringgit. Kuda ditempat kedua pula mendapat RM20,000 ringgit. Kuda ditempat pertama mendapat ganjaran lima kali ganda lebih besar dari kuda yang kedua.

Adakah ini juga bermakna kuda pertama 5 kali ganda lebih laju dari kuda yang kedua? Atau kuda pertama berlatih 5 kali ganda lebih bersungguh-sungguh dari kuda kedua? Atau kuda yang pertama ditunggangi oleh orang yang 5 kali lebih mahir dari kuda yang kedua? Jawapannya pasti sahaja TIDAK. Kuda pertama mungkin mendahului kuda kedua sekadar satu langkah sahaja ke garisan penamat. Ada
ketikanya rakaman video perlu dilihat untuk
menentukan pemenang. Mungkin kuda pertama mendahului seinci sahaja dari kuda kedua. tetapi seinci ini memberikan pulangan 5 kali ganda lebih besar!
Begitulah juga dalam hidup ini. Antum perlu
berusaha lebih sedikit dari orang sekeliling antum untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
Persepsi membentuk diri. Yang ketiga ialah persepsi antum. Iaitu bagaimana antum melihat sesuatu yang berlaku terhadap antum dan disekeliling antum. Kehidupan bukanlah nasib tetapi lebih kepada pilihan. Antum boleh memilih untuk senang atau susah. Apabila antum memilih untuk hidup senang, dan sanggup berkorban untuk kesenangan maka tiada sesiapa pun yang boleh menghalang kehendak antum. Persepsi antum terhadap sesuatu natijah pastinya mempengaruhi emosi antum. Seterusnya ia akan mempengaruhi tindakan antum dan seterusnya pula menentukan hasil iaitu natijah dari tindakan tersebut. Turutan ini boleh dilihat dalam carta alir dibawah.

Dalam rajah ini, emosi antum terhadap apa sahaja yang berlaku terhadap antum bergantung kepada cara fikir yang terbentuk secara spontan. Apa perasaan antum apabila rakan antum tidak menunaikan janjinya untuk hadir dalam satu mesyuarat yang cukup penting? Ana yakin antum akan marah dan kecewa. Ini disebabkan antum fikir bahawa rakan antum tidak boleh diharap. Tidak berpegang pada janji. Suka menyusahkan orang lain dan sebagainya. Tetapi cuba ubah cara fikir antum sekarang. Cuba fikirkan, jangan-jangan ada kemalangan. Jangan-jangan ada yang jatuh sakit atau kematian. Bagaimana emosi antum sekarang? Adakah antum masih marah dan kecewa? Pasti tidak. Emosi antum kini berubah menjadi risau dan bimbang. Tindakan yang antum ambil bergantung kepada emosi antum. Emosi yang terbentuk pula dipengaruhi oleh cara fikir antum. Akhirnya hasil yang antum perolehi sebenarnya tidak lain dan tidak bukan, bergantung kepada cara fikir atau persepsi antum. Oleh itu, mulai saat ini mulalah pilih cara fikir yang menguntungkan antum. Yang membuatkan antum kelihatan hebat. Islam sendiri melarang kira berburuk sangka dan banyak bersabar. Ingat setiap apa yang berlaku mengandungi hikmah Allah yang tersembunyi. Janganlah lagi menjadi orang yang bertindakbalas secara spontan kepada keadaan dan persekitaran. Sebab tindakbalas spontan ini kebiasaannya merugikan kehidupan antum.
Ingatlah, kehidupan yang tergambar dalam kotak fikiran antum adalah kehidupan yang akan antum tempuhi. Ada orang tetap bersemangat walaupun berpuluh kali gagal sebab mereka tahu setiap kegagalan itu datang bersamanya pengajaran yang cukup bermakna. Ubah cara fikir antum. Ubah perancangan dan tindakan antum. Setiap kali gagal, cuba SEKALI LAGI menggunakan pendekatan baru.
Ingat, Kolonel Sanders gagal lebih seribu kali. Apa yang antum perlu lakukan ialah berusaha lebih sedikit daripada manusia biasa untuk menjadi manusia luar biasa. Seterusnya mencapai kejayaan berlipat kali ganda seperti kisah lumba kuda tadinya.
Baca Berikutnya.....

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Ia perlu bermula dalam fikiran sebelum ia menjadi kenyataan. Terdapat tiga perkara penting yang perlu diketahui sebelum sesuatu kejayaan itu mampu direalisasikan.
Bertanggung jawab sepenuhnya. Yang pertama, antum perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap siapa antum, apa yang antum capai dan dimana antum berada hari ini. Antum perlu menerimanya, walaupun pahit, tanpa menyalahkan orang lain dan persekitaran. Sekiranya antum tidak mencapai apa yang antum inginkan maka antumlah yang bersalah, kalau bukan antum maka siapa lagi? Maknanya kalau antum tidak mengawal haluan hidup antum maka orang lain akan menggunakan segala kebolehan dan potensi yang ada pada diri antum. Hanya dengan antum mengakui hakikat yang penting ini, maka barulah antum boleh menjelajah kehidupan ini dengan lebih berkeyakinan. Antum tahu yang antum punya pilihan lain, selain dari apa yang antum lakukan setiap hari. Ingat, "Hanya antum sahaja yang boleh mengubah hidup antum, bukan orang lain".

Mari kita tinjau bagaimana Kolonel Sanders, orang yang mencipta resepi ayam goreng Kentucky Fried Chicken mencipta nama dan kejayaan. Kol. Sanders bersara pada usia 65 tahun. Ketika menerima duit pencen pertamanya, Kol. Sanders merasa cukup kecewa. Beliau tidak menyalahkan orang lain kecuali dirinya terhadap jumlah kecil yang diperolehinya. Beliau seterusnya memutuskan untuk memajukan resepi ayam goreng milik keluarganya kepada sebuah restoran. Malangnya, hasrat beliau ditolak. Adakah beliau berputus asa?? Tidakkk... beliau terus mengubah resepinya dan berjumpa dengan lebih ramai orang... orang ke-10 kata tidakk.... orang ke-100 kata tidakkkk... orang ke-1000 juga kata tidakkk... Tetapi orang ke-1008 kata ... "YA..RESEPI ANDA BAGUS". Sembilan tahun kemudian, setelah bisnesnya maju, Kol. Sanders telah menjual bisnesnya dengan harga US$2,000,000.
Itulah ganjarannya bagi orang yang gigih dan sabar. Ganjaran bagi mereka yang mula mengubah haluan hidup setelah menyedari bahawa dialah yang bertanggung jawab atas siapa dirinya hari ini; dan dialah juga yang bertanggung jawab untuk memperbaiki pencapaiannya. Tanpa ciri-ciri ini Kol. Sanders mungkin merasa cukup sekadar menerima habuan pencen bulanan semata-mata.

Antum juga pasti mahukan kejayaan. Adakah antum telah berusaha ribuan kali seperti cerita Kolonel Sanders di atas??? Jauh panggang dari api. Ramai mahasiswa yang apabila menyelesaikan masalah matematik, kimia dan lain-lain yang agak susah, hanya mencubanya setakat beberapa kali sahaja. Tidak sampai pun 10 kali. Inikah cara usaha antum yang impikan kejayaan? Ingatlah setiap masalah itu datang dengannya
penyelesaian. Setiap cabaran itu datang dengannya habuan dan pulangannya. Teruslah berusaha... bukan setakat sekali, sepuluh kali..malah ratusan dan ribuan kali…
Sedikit perbezaan membawa hasil besar. Yang kedua, untuk mendapat sepuluh kali ganda kejayaan daripada orang lain bukanlah bermakna antum perlu sepuluh kali lebih gigih, lebih kuat atau lebih bijak dari mereka. Antum hanya perlu berbeza sedikit daripada mereka sekeliling antum. Berbeza cara fikir, berbeza cara bertindak dan berbeza dalam menerima kenyataan hidup. Fokuskan minda antum untuk lebih baik sedikit daripada manusia biasa. Ini membolehkan antum
memperolehi pencapaian yang luarbiasa, yang tidak
terfikir oleh manusia biasa.
Baca Berikutnya.....