Kejayaan 2
>> Thursday, December 18, 2008
Cuba perhatikan peristiwa dibawah ini. Dalam satu perlumbaan kuda, kuda yang memenangi tempat pertama akan mendapat wang tunai RM100,000 ringgit. Kuda ditempat kedua pula mendapat RM20,000 ringgit. Kuda ditempat pertama mendapat ganjaran lima kali ganda lebih besar dari kuda yang kedua.
Adakah ini juga bermakna kuda pertama 5 kali ganda lebih laju dari kuda yang kedua? Atau kuda pertama berlatih 5 kali ganda lebih bersungguh-sungguh dari kuda kedua? Atau kuda yang pertama ditunggangi oleh orang yang 5 kali lebih mahir dari kuda yang kedua? Jawapannya pasti sahaja TIDAK. Kuda pertama mungkin mendahului kuda kedua sekadar satu langkah sahaja ke garisan penamat. Ada
ketikanya rakaman video perlu dilihat untuk
menentukan pemenang. Mungkin kuda pertama mendahului seinci sahaja dari kuda kedua. tetapi seinci ini memberikan pulangan 5 kali ganda lebih besar!
Begitulah juga dalam hidup ini. Antum perlu
berusaha lebih sedikit dari orang sekeliling antum untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
Persepsi membentuk diri. Yang ketiga ialah persepsi antum. Iaitu bagaimana antum melihat sesuatu yang berlaku terhadap antum dan disekeliling antum. Kehidupan bukanlah nasib tetapi lebih kepada pilihan. Antum boleh memilih untuk senang atau susah. Apabila antum memilih untuk hidup senang, dan sanggup berkorban untuk kesenangan maka tiada sesiapa pun yang boleh menghalang kehendak antum. Persepsi antum terhadap sesuatu natijah pastinya mempengaruhi emosi antum. Seterusnya ia akan mempengaruhi tindakan antum dan seterusnya pula menentukan hasil iaitu natijah dari tindakan tersebut. Turutan ini boleh dilihat dalam carta alir dibawah.
Dalam rajah ini, emosi antum terhadap apa sahaja yang berlaku terhadap antum bergantung kepada cara fikir yang terbentuk secara spontan. Apa perasaan antum apabila rakan antum tidak menunaikan janjinya untuk hadir dalam satu mesyuarat yang cukup penting? Ana yakin antum akan marah dan kecewa. Ini disebabkan antum fikir bahawa rakan antum tidak boleh diharap. Tidak berpegang pada janji. Suka menyusahkan orang lain dan sebagainya. Tetapi cuba ubah cara fikir antum sekarang. Cuba fikirkan, jangan-jangan ada kemalangan. Jangan-jangan ada yang jatuh sakit atau kematian. Bagaimana emosi antum sekarang? Adakah antum masih marah dan kecewa? Pasti tidak. Emosi antum kini berubah menjadi risau dan bimbang. Tindakan yang antum ambil bergantung kepada emosi antum. Emosi yang terbentuk pula dipengaruhi oleh cara fikir antum. Akhirnya hasil yang antum perolehi sebenarnya tidak lain dan tidak bukan, bergantung kepada cara fikir atau persepsi antum. Oleh itu, mulai saat ini mulalah pilih cara fikir yang menguntungkan antum. Yang membuatkan antum kelihatan hebat. Islam sendiri melarang kira berburuk sangka dan banyak bersabar. Ingat setiap apa yang berlaku mengandungi hikmah Allah yang tersembunyi. Janganlah lagi menjadi orang yang bertindakbalas secara spontan kepada keadaan dan persekitaran. Sebab tindakbalas spontan ini kebiasaannya merugikan kehidupan antum.
Ingatlah, kehidupan yang tergambar dalam kotak fikiran antum adalah kehidupan yang akan antum tempuhi. Ada orang tetap bersemangat walaupun berpuluh kali gagal sebab mereka tahu setiap kegagalan itu datang bersamanya pengajaran yang cukup bermakna. Ubah cara fikir antum. Ubah perancangan dan tindakan antum. Setiap kali gagal, cuba SEKALI LAGI menggunakan pendekatan baru.
Ingat, Kolonel Sanders gagal lebih seribu kali. Apa yang antum perlu lakukan ialah berusaha lebih sedikit daripada manusia biasa untuk menjadi manusia luar biasa. Seterusnya mencapai kejayaan berlipat kali ganda seperti kisah lumba kuda tadinya.
0 comments:
Post a Comment