AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Hari ke-35 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

>> Sunday, July 5, 2009

Assalamulaikum, hari ini merupakan hari yang ke-35 aku bekerja di Shapadu, pagi ini, seperti yang di janjikan semalam, awal-awal pagi lagi aku dah ON computer kak ramlah untuk aku format. Tapi sebelum itu, aku kena buat file backup, jadi aku copy semua file kat dalam pendrive, mujur file word dengan excel jer, tak lah berat sangat, jadi dapatlah simpan di dalam pendrive. Semasa dalam proses format, tiba-tiba en Hairee panggil aku dan membawa aku ke kedai computer untuk mencari barang computer di sana, nak cari keyboard converter, hardisk dan lain-lain lagi, kemudian selepas solat jumaat aku dengan En Hairee pergi ke westbound untuk melihat ALB yang baru sahaja patah. Bila aku lihat, aku check punca kerosakan ALB tersebut yang menyebabkan dia cepat patah,


Masalah utama dalam perkara ini adalah kerana ALB adalah longgar,jad dia goyang-goyang, inersia dia kuat, ALB tu dah haus kerana sering kali bergesel dengan pemegang dia, sebab tu ia selalu patah, aku dengan En Hairee pun pulang ke MOC, dengan segera dia menyuruh aku dengan NAS untuk membaiki ALB yang rosak itu dengan idea yang baru, beliau pun memberikan penjelasan kepada kami apa yang perlu kami buat dan sebagainya, setelah selesai mendengar apa yang beliau inginkan , kami pun bergegas untuk mencari barang yang perlu untuk mengantikan ALB yang baru

Selesai sahaja mencari barang, kami pun bergegas ke Westbound untuk menyelesaikan masalah tersebut, hujung ALB yang haus itu, kami potong dan kemudian tebuk lubang skru yang baru , kami pastikan bahawa ia ketat dan tidak longgar kerana khuartir ALB nanti akan cepat patah. Alhamdulillah, akhirnya kerja aku setel jugak akhirnya, ALB Berjaya di pasang dengan success nya. Hari pun dah lewat petang, aku pun bergegas ke MOC dan aku pun punch card, sambung praktikal aku pada minggu depan

0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP