Hari ke-33 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu
>> Sunday, July 5, 2009
Assalamualaikum, hari ini merupakan hari yang ke-33 aku bekerja di Shapadu, hari ini, awal-awal pagi lagi aku bergerak ke Plaza Bukit Raja, hari ini aku akan balut ALB di semua plaza. Jadi, untuk membuat kerja tersebut, aku perlu membuatnya bersama-sama dengan NAS,
Kami mulakan dengan plaza Bukit Raja dahulu, kemudian kami selesaikan di KTB pulak, di KTB plastic wrap untuk balut ALB kehabisan, jadi kami berehat sebentar sementara untuk membelinya yang baru. Selepas zohor, kami pun sambung semula, kami bergerak terus ke kedai untuk membelinya, lebih kurang 15 ALB kami perlu balut, memang satu kerja yang meletihkan jugak. Selesai di KTB, kami sambung balut di MOC, di MOC adalah destinasi yang terakhir kami untuk balut ALB ini, setelah selesai, aku pun solat asar, dah berangkat pulang ke rumah. Jam dah menunjukkan jam 6 petang.
0 comments:
Post a Comment