Hari ke-27 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu
>> Saturday, July 4, 2009
Assalamualaikum wbrt, hari ini merupakan hari yang ke-27 aku bekerja di Shapadu, hampir sebulan aku bekerja di sini, pagi ini aku berjumpa dengan en Hairee untuk menanyakan apa kerja aku perlu buat pada hari ini, en hairee meminta aku untuk membetulkan CCTV di MOC dan memasang semua lampu LTL di seluruh plaza yang tak bernyala bersama-sama dengan NAS,
Aku pun segera menelefon NAS memberitahu kerja yang en Hairee katakan tadi, masa itu, dia berada di KTB, jadi aku pun bergerak ke KTB untuk berjumpa dengan dia, di KTB kami memasang lampu LTL yang tak menyala, setelah selesai kami bergerak ke MOC, di MOC kami membetulkan CCTV yang di katakan tak berfungsi itu tadi, kami check, power supply tidak sampai ke CCTV tersebut, puas kami cari punca masalahlahnya, kami tarik cable bawah lane tu, dan check sekiranya ada cable yang terputus atau di gigit oleh tikus,
Akhirnya, kami temuai punca masalah yang sebenarnya, Ia berpunca daripada masalah contractor yang memasang CCTV sebelum ini, cabel power supply dengan cable DVR tersepit pada tiang yang menyokong CCTV tersebut, habis cable tu, connection dia hampir terputus, jadi solution kami, kami kena membuat lubang yang lebih besar sedikit agar ada ruang untuk cable itu berada di bawah tiang.
Aku pun pergilah mengambil handrill di bilik maintanance, setelah selesai buat lubang kat situ, kami pun sambungkanlah connection dia seperti biasa, alhamdulillah, ia berjaya di pulihkan Cuma gambar kejap terang dan gelap kerana connection tak berapa baik di sebabkan cable DVR tersepit kuat sebelum ini. Setelah selesai masalah CCTV di MOC, kami bergerak ke Bukit Raja pulak untuk memasang LTL yang tak bernyala di sana, semua LTL di Bukit Raja tak menyala, hampir kul 6.30 ptg kami berjaya menyiapkan kerja kami, setelah selesai, aku pun pulang ke MOC..
Lepas tu, aku buat report sikit, dah setel, aku pun balik umah..
0 comments:
Post a Comment