Hari ke-26 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu
>> Saturday, July 4, 2009
Assaalamualaikum wbrt.. hari ini merupakan hari yang ke-26 aku bekerja di Leburaya Shapadu ini, seperti biasa hari isnin yang sebelum-sebelum ini, perhimpunan mingguan akan diadakan oleh Lebuh raya Shapadu ini, sudah 2 minggu perhimpunan tidak diadakan kerana ramai yang bercuti,
Syukur alhamdullilah, hari ni perhimpunan dapat di adakan kerana semua staff pejabat dapat menghadirkan diri untuk bertugas. Seperti biasa, kami mulakan perhimpunan dengan nyanyian lagu negaraku dan kemudian lagu Shapadu, setelah selesai nyanyi, En Suharman selaku pengurus kanan di sini memberikan beberapa taklimat dan nasihat kepada pekerja-pekerjanya. Hari ni istemewa sedikit, kerana ada kalangan orang baru turut terlibat sama. Iaitu terdapat pekerja baru.
Selesai sahaja En Suharman memberikan taklimat, beliau meminta sesiapa yang sukarela untuk membacakan doa pada pagi ini, jadi aku terpilih untuk membacakan doa pada pagi ini, aku pun kehadapan dan membacakan doa, setelah selesai membacakan doa, kami pun bersurai.. aku ingin berjumpa en Hairee setelah bersurai, namun aku tak sempat untuk berjumpa kerana beliau pergi untuk minum pagi,jadi aku ambil keputusan untuk ronda lebuhraya dengan menaiki motosikal aku untuk melihat keadaan sekitar dan traffic.
Dalam 30 minit aku meronda, Aku berhenti di plaza Bukit Raja sebentar untuk call ke MOC untuk menanyakan samaada en Hairee berada di pejabat atau tidak. Alhamdulillah, dia sudah ada di pejabat, jadi aku pun bergegas pergi ke MOC untuk berjumpa dengan beliau, sesampai sahaja aku di MOC, dia meminta aku setelkan masalah printer di pejabat, masalahnya tak boleh nak print, jadi aku pun setelkan,
Selesai sahaja setel masalah printing tu, en Hairee ajak aku pergi ke NKSB untuk membetulkan VMS, (Variable Messagge Sign), ala,,, yang mesej LED kat jalan tu,.. sampai sahaja aku di tempat kejadian, aku menunggu kontraktor yang setting benda tu untuk hadir, dalam 10 minit, dia pun hadir, aku melihat dia buat setting message melalui software yang berada di komputernya. Terdapat beberapa masalah di dalam untuk edit message tersebut, ini kerana software yang di gunakan tak berapa comfortable dengan system yang di gunakan, kena guna konsep “try and error”
Aku pun ingin mencuba nasib kalau-kalau aku berjaya hendak membuatnya, aku pun Tanya kontraktor tu, macam mana cara nak edit message yang sedia ada ini, dalam 10 minit aku dah tahu macam mana nak buat, aku dengan dia pun edit message, ahkirnya aku berjaya edit message yang di kehendaki bagi cubaan ke-2 aku.. kami ingin memaparkan perkataan “GUNAKAN L/RAYA BARU SHAPADU CEPAT & LANCAR” . Aku cukup bersyukur kerana aku dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Setelah selesai setting VMS tu, en Hairee pun bawa aku pulang ke MOC, di MOC en Abu meminta aku CD window Xp kerana komputer anak En Suharman di jangkiti virus, jadi aku pun checklah keadaan komputer tersebut, ternyata komputer tersebut telah di serangi virus yang boleh dikatakan power jugaklah. Aku pun cubalah try install antivirus, alhamdulillah , antivirus itu berjaya detect virus, jadi aku pun deletekan segala-gala virus yang ada, virus itu adalah sejenis worm yang menggangu file dalam system32.
Sementara aku biarkan antivirus tu scan, aku naik pejabat dan berjumpa dengan en Hairee, en Hairee mahu aku mencarikan data Touch N Go yang tak sampai ke syarikat Touch N GO, aku di suruh mengikut kontraktor daripada syarikat Microinvention (MI), jadi aku pun ikutlah dia cari data tersebut sehinggalah 5.30 petang, memandangkan masa yang amat suntuk untuk mencari data tersebut, proses pencarian di sambung esok,
Sekian untuk laporan hari ini.
0 comments:
Post a Comment