Hari ke-23 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu
>> Friday, July 3, 2009
Assalamualaikum, hari ni hari yang ke-23 aku bekerja di Lebuhraya Shapadu. Aku pagi ni macam biasa seperti semalam, hari ni pagi-pagi lagi aku berjumpa dengan En Hairee, pagi ni en Hairee bagi aku tugasan untuk memeriksa perkara-perkara yang perlu di perbaiki dengan segera, ia macam borang komplain jugaklah, menyenaraikan apa yang rosak,jadi aku kena pastikan semua itu sudah pulih…
Bila dapat tugasan itu, aku pun segera telefon NAS untuk membantu aku menyelesaikan masalah ini, dia waktu itu berada di NKSB, aku pun segera pergi ke sana, di sana aku dan NAS menyelesaikan masalah IPC yang tidak berfungsi, nak masuk window pun tak boleh, nak masuk connector keyboard pun problem, kejap boleh,kejap tak boleh, bila dah boleh masuk window, bila nak pasang elok-elok tak boleh pulak, kenalah buka balik semula,
Jadi dengan oleh itu, satu-persatu di periksan, microprosesscor, RAM, power supply semuanya di periksa, semua dalam keadaan baik, aku pun periksa check list yang En Hairee bagi kat aku tadi tu, aku tanyakan kepada NAS, aku pun catitkanlah yang mana dah setel dan yang mana belum setel lagi, En Hairee waktu tu pergi keluar untuk mencari converter CCTV, dia cakap akan jumpa aku pada tengah hari, jadi sebelum sampai tengah hari, aku bertolak dari NKSB ke MOC untuk bertemu dengan En Hairee. Tapi aku tunggu-tunggu tak der, tak lama kemudian itu, NAS telefon aku untuk membawakan CD D-Link ke sana
Aku pun segera ambik cd tersebut di bilik server dan bawakan ia ke NKSB, sesampai sahaja aku kat NKSB, aku lihat, Nas dah tukar kan motherboard yang lain, barulah o.k , Cuma nak install driver port network jer, sebab tulah nak cd D-Link tu. Kemudian aku pun balik semula ke MOC (management office center). Sesampai jer aku kat MOC, aku jumpa dengan EN Hairee, dia bawa balik converter CCTV untuk aku pasankan kat WESTBOUND. Mula-mula dia bagi penerangan kepada aku dan ajar aku macam mana cara nak pasang converter tu. Lepas aku dah faham, aku pun pergilah ke WESTBOUND dan buat seperti yang dia suruh.
Alhamdulillah dah setel semuanya aku pasang, Cuma aku tak monitor nak letak kat situ, monitor ada kat MOC lagi, ada monitor LCD yang rosak sikit screen dia, tapi boleh pakai lagi, Cuma tak der cable VGA jer, jadi aku akan sambung benda ini pada esok hari. Sama ada nak bawa monitor yang besar itu kat sana, atau pun beli cable VGA dan pasang LCD monitor tu di sana, kita tengoklah apa akan terjadi apa esok hari macam mana,
Waktu aku bagi tau segala kerja-kerja pemasangan aku itu, en Hairee bertanyakan kepada aku samaada aku free tak malam ini, kerana dia nak bawa aku pergi berjumpa dengan orang LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia)
Orang LLM ini akan memeriksa keadaan lebuh raya Shapadu ini dalam keadaan baik atau tidak, ia akan kira berapa peratus lebuhraya ini akan di beri, yang baik adalah 80% keatas, kalau bawah daripada tu, kurang baik sedikit. Dia ada spesifikasi berapa peratus lebuhraya perlu dapatkan, kalau tak capai, tunggu jerlah surat akan sampai. Inilah first time aku kerja sampai malam di sini, dah lama aku nak cuba kerja malam, tapi tak berpeluang, kalau kerja pun, aku tak tahu nak buat apa sebab en Hairee tak bagi tugasan apa pun, jadi hari ni cukup bertuah kerana hajat aku tercapai, syukur alhamdulillah,
Lebih kurang jam 12 tengah malam jugak habisnyer..
Dah habis tu, aku kena check masalah kat WESTBOUND lagi, masalah kali ini adalah data tak naik , aku pun tengok lah kejap dengan NAS, lepas itu, aku pun balik rumah kerana tak larat, esok aku sambung kerja lain pulak..
Sekian..
0 comments:
Post a Comment