Hari ke-25 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu
>> Saturday, July 4, 2009
Assalamualaikum wbrt. Hari ini merupakan hari yang ke-25 aku bekerja di Lebuhraya Shapadu. Pagi ni aku terlewat datang kerja kerana aku sakit perut cirit birit, habis punch card aku merah, lambat 7 minit, 8.37 pM, adoii… masa tu, memang rempit habislah , hanya tuhan sahaja yang tahu… punyerlah laju giler bawa.. tapi tak sempat jugak nak sampai 8.30 pagi. Tapi yang penting sekali biarlah lambat sampai, asalkan selamat.
Pagi ni aku berjumpa dengan en Hairee dan bertanyakan apa yang perlu aku buat pada hari ini, En Hairee meminta aku supaya melihat lampu-lampu ATL dan spotlight TNG yang tidak menyala di semula plaza, kemudian buat kan report bagi kat dia, nanti dia nak buat request, dia suruh aku buat benda ni dengan NAS, selepas dengar penjelasan daripada en Hairee, aku dengan segera telefon NAS untuk memaklumkan kerja yang baru di amanahkan ini, dia waktu tu berada di KTB untuk menyelesaikan masalah di sana. Aku pun bincang dengan NAS untuk buat tu selepas dia setelkan kesemuanya, aku tunggu di MOC,
Sementara aku tunggu NAS di MOC aku pergi ke bilik server untuk memformat PC guna window xp pulak, window 2000 ni memanglah banyak problem. Macam-macam tak boleh nak install, asyik conflict jer. Al maklumlah window lama dah pakai,, jadi memandangkan lama sangat, aku pun format semula dengan menggunakkan cd window yang aku baru beli hari tu, memang boleh pakai, macam komputer yang lagi satu aku baru setel format semalam,
Aku pun tak tahulah, komputer kat pejabat ini, tak terjaga, banyak sangat problem ini, jadi aku ni memang tak boleh sangat tengok masalah-masalah macam ni, aku nak jer setelkan.. tak payah nak suruh-suruh, memang suka sangat nak buat kerja-kerja macam ini di samping aku buat kerja lain, tapi sebelum tu kena minta kebenaran dulu lah,kalau tak, tak berani aku nak usik2. dah bagi lampu hijau, aku pun jalan jerlah..
Di samping aku format, aku pun buatlah report sedikit-sedikit. Lepas tu, tak lama kemudian itu, en Hairee panggil aku, aku pun pergilah ikut dia, dia tunjjukkan aku monitor LCD CCTV ada satu CCTV yang tak bernyala, dia mahu aku pergi check CCTV tu ada power ker tak der, kalau tak der power, aku kena betulkan Adapter dia, kalau rosak, aku kena ganti dengan yang baru, biasa juga tikus gigit wayar kat sini, sebab dah banyak kali benda ni berlaku,,,, heheee……..
Tengah aku check CCTV, boleh pulak tiba-tiba TRIP.. ini di sebabkan waktu itu, group maintanance sedang try genset. (GENERATOR), jadi daripada TNB tukar supply dari genset, oleh itu banyak tak ON, aku pun segera naik ke atas dan keadaan yang terjadi di bilik control, aku lilhat semua system terpadam dan aku perlu tolak semua suis untuk ON di bilik UPS. Alhamdulillah, semuanya kembali seperti asal.
Selesai sahaja group maintanance selesai test genset, mereka mahu tukar semula TNB, sekali lagi berlaku trip. Jadi tindakan yang sama aku ambil untuk turn ON kan semula system. Mujur tak banyak kali, kalau banyak kali trip server boleh rosak.
Selesai jer masalah tu, aku kembali ker bilik server melihat PC aku, PC aku masih lagi dalam keadaan installation, jam waktu tu menunjukkan jam 12.00 tengah hari,
Aku di berikan oleh nas akan apa yang di minta kan oleh EN Hairee iaitu senarai Spotlight dan LTL yang tak menyala di semua Plaza.
Aku pun menyerahkan kepada En Hairee, dia lihat dan kemudian meminta aku dan Nas untuk mengantikan mentol-mentol yang tidak menyala itu, kerana majority yang tak menyala adalah disebabkan terbakar.. di sebabkan jam menunjukkan pukul 1, aku pun bergerak dari tempat itu ke masjid untuk solat jumaat.selesai sahaja aku solat jumaat. Aku kembali ke MOC, sesampai sahaja di MOC, aku call NAS dan mengatakan yang dia berada di WESTBOUND,aku pun pergilah ke sana untuk melihat kerja-kerja yang dia buat, masalah yang di hadapi di sana ialah PCS dengan LCS merah, dalam ertikata yang lain , lane tersebut tiada network antara control room dengan PCS dan LCS. Ini adalah penting untuk penghantaran data. Baru sahaja selesai masalah di sini , dapat panggilan daripada MOC yang berlaku trip di sana, dengan segera aku bergerak ke sana,
Mujurlah masalah itu senang di selesaikan, aku pun bergerak ke control room dan berjumpa penyelia bertugas waktu tu menanyakan jika ada masalah lain yang berlaku di situ. Memandangkan aku dah tak tahu nak buat apa, En Hairee pun dah balik sebab dah kul 5.30 petang, aku pun siapkanlah report2 aku yang tak siap lagi, lepas selesai jer di sana,
0 comments:
Post a Comment