AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Hari ke-24 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

>> Friday, July 3, 2009

PERGI RONDA LEBUHRAYA SHAPADU























Assalamualaikum. Hari ni hari yang ke-24 aku bekerja di lebuhraya Shapadu, pagi ini seperti biasa aku punch card, pagi ni aku di ajak oleh en Rosli untuk pergi melihat jalan di Lebuhraya Shapadu samaada dalam keadaan baik atau tak baik, memastikan bahawa semuanya dalam keadaan yang baik, sekiranya berada dalam keadaan yang kurang baik, laporan harus di buat,




Setelah selesai melihat keadaan lebuhraya, aku berjumpa dengan en hairee di pejabat, aku menceritakan kepada en Hairee berkenaan apa yang aku buat semalam, semuanya dalam keadaan yang baik semalam, Cuma masalah monitor LCD tiada cable VGA, untuk melihat Video CCTV aku perlukan VGA cable untuk di sambungkan ke monitor tersebut, En Hairee mengarahkan aku untuk membeli VGA cable di kedai komputer yang berhampiran di Klang, jadi aku pun bercadang untuk pergi ke Digital Mall yang baru buka di Klang.


Aku mengajak en Rosli yang tahu tempat itu, untuk memandu arah pergi kesana, en Rosli pun bersetuju untuk pergi ke sana dengan menaiki moto aku, aku pun pergilah ke sana. Sesampai di sana, aku melihat kedai tak banyak lagi buka di situ kerana mereka baru sahaja pindah kesitu, jadi persiapan untuk membuka kedai masih belum siap lagi, ada 2,3 buah kedai sahaja yang buka di situ, aku pergi kedai situ dan menanyakan VGA cable, tapi harga yang di tawarkan untuk VGA cable adalah RM20, tapi malangnya waktu tu aku pun tak comfirm macam mana cable VGA tu punyer port, Male to male ker atau male to female, dalam kepala otak aku male to female, yang perempuan cina tu bagi aku confius, dia pun sebenarnya tak tahu jugak, di kata dia ada male to male jer, tak der cable male to female. Memandangkan macam tu, aku pun bergerak IT center kat bangunan yang berdekatan yang kat the store tu,



Aku pun mintalah VGA cable kat lelaki cina tu, dia pun tunjukkan aku VGA cable, aku tengok cable yang di tunjukkan serupa dengan apa yang perempuan cina yang tadi tunjukkan di bangunan Digita Mall, aku pun nak tergelak jugaklah, jadi aku pun membelinya. Aku mendapat tawaran daripada di RM18, selesai membeli kami pulang ke MOC,aku pun maklumkan kepada En Hairee bahawa aku telah pun membeli VGA cable yang di kehendaki,

BANYAK NYEEERRR CCTVV

Setelah itu, bermulalah pemasangan aku, aku bawa LCD monitor bersama-sama dengan cable yang aku beli tadi ke Westbound, aku pasang monitor dan ON power supply monitor dan juga Converter, aku pun pergilah kat lane untuk connect pada yang connector lagi satu kat recoder dia, dia pakai jenama Samsung. Puas aku connect satu persatu port, tak juga keluar-keluar seperti yang di kehendaki. Aku pun cubalah call en Hairee dengan Nas macam mana nak buat,aku pun buatlah seperti yang mereka suruh, tapi tetap tak jadi jugak.

NI RECORDER

Lepas tu, aku masuk kat port yang nama dia SPOT, dapatlah keluar satu gambar jer, yang aku nak dia keluar 9 column gambar,aku cuba port yang lain, tapi tak dapat jugak, hanya satu sahaja yang boleh, aku pun duduk kat bilik penyelia dan dia berkata kepada aku bahawa printer kat lane tersebut tidak boleh berfungsi sebab cable dia problem. Aku pun dah puas check connection CCTV tu untuk display kat monitor,aku biarkan dapat satu sahaja, kemudian aku pun balik ke MOC, di MOC aku berjumpa dengan En Hairee, aku menceritakan masalah yang aku hadapi di Westbound, iaitu tak boleh disyplay out kat monitor, en Hairee pun call contractor yang memasang CCTV tu untuk mendapatkan maklumat secara yang terperinci, setelah itu barulah aku dapat tahu perkara yang sebenaranya untuk membuatkan gambar 9 column itu terpapar di monitor,pertama sekali aku perlu menukar port “SPOT” kepada port “VideoOut” kemudian aku perlu menekan button “zoom” dan “mode” secara serentak sehingga keluar bunyi beep. Begitulah En Hairee kata.

PORT CONNECTOR RECORDER

Dengan segeranya aku bergerak pantas ke Westbound untuk berbuat seperti yang En Hairee berkata, alhamdulillah, akhirnya project aku ini berjaya dengan baiknya. Monitor dah display 9 column gambaar di CCTV, sekarang tugas aku yang seterusnya ialah aku kemas kan cantik2 sikit tempat monitor tu, aku ikat wayar dia jangan bagi berserabut dan susun elok2. setelah selesai mengemas, aku pun setelkan masalah receipt printer di lane kat situ, aku masukkan cable di printer, tetapi aku dapati masalah asalnya bukan dari cable printer, tetapi adalah tempat port nak masukkan cable printer itu telah tetanggal daripada cablenyer, jadi solution nya ialah kenalah kenal pasti kaki port tu dan solder balik semula.

VIDEO RECORDER

Jadi selesai sahaja kerja aku, aku balik semula ke MOC dan berjumpa dengan En Hairee berkenaan apa yang telah aku buat, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar hari ini. Aku cukup gembira kerana aku punyer kerja berjaya walaupun buat sorang-sorang. Selepas itu, aku pun punch card.

Sekian.

0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP