Hari ke-29 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu
>> Saturday, July 4, 2009
Assalamualaikum wbrt, hari ni hari yang ke-29 aku bekerja di Shapadu ini, pagi ni aku pergi meronda keadaan di sekitar lebuh raya Shapadu, awal-awal pagi lagi aku mendapat berita daripada en Azman bahawa pengerusi Shapadu iaitu Dato Shahrani telah meninggal dunia, beliau lah pengasas Shapadu ini, terkejut aku mendengarnya, aku baru jer praktikal kat sini, macam-macam dah berlaku kepada diri aku ini…
Jadi, pagi ini semua staff sibuk merancang untuk proses pengemubian dan segala2nya. Bagi bahagian maintanance, diaorang kena gali kubur, pasang spotlight kat kubur, pasang kipas dan sebagainya. Aku pun sempat pergi ke rumah Dato di Istana Kayangan di Seksyen 12. aku melihat kawan-kawan arwah dan pekerja-pekerja arwah datang melawat, ketika itu tidak berapa ramai lagi yang melawat kerana jenazah masih lagi dalam perjalanan ke sini daripada Singapura.
Dalam lebih kurang 1 jam aku di sana, kami pun pulang ke MOC, di MOC, en Hairee mahu mencari hardisk IDE sebagai back up untuk IPC yang rosak hardisknya, jadi kami pun pergilah ke digital mall di klang untuk mencari hardisk tersebut, malangnya, kami tidak menjumpai hardisk yang kami mahukan, hari ini kami hanya servey barang dan kedai komputer sahaja. Setelah selesai kami survey, kami pun bergerak pulang ke MOC,
aku pergi setelah pulang daripada umah Allahyarham
Aku meminta en Hairee untuk bagi aku kerja lagi kerana aku dah tiada kerja, aku pun segeralah dengar apa yang di mahukan , kerja tersebut ialah aku kena betulkan segala masalah yang di hadapi di setiap plaza. Kerosakan itu berpandukan report yang diberi daripada LLM (Lembaga Leburaya Malaysia). Kemudian en Hairee copy report tersebut yang berkaitan dengan system untuk aku check dan fahami, oleh itu, aku bergerak ke Bukit Raja dahulu untuk setelkan job tersebut, di Sana contractor akan menyelesaikan masalah tersebut, aku pun pulang ke MOC, setelah jam kul 5.30 ptg aku pun pulang ke rumah..
0 comments:
Post a Comment