Hari ke-31 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu
>> Saturday, July 4, 2009
Assalamualaikum wbrt, hari ini merupakan hari yang ke-31 aku bekerja di Shapadu, pagi ni awal-awal pagi lepas aku punch card, aku pergi ke WestBound untuk melihat ALB yang patah, kemudian aku bergerak ke MOC semula kerana hari ini ada assembling,
Selepas assembling,
aku pun bergerak ke Bukit Raja untuk lihat perkembangan pembaikkan yang rosak pada minggu yang lepas, aku berpandukan report kerosakan yang Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berikan, mereka melihat segala kerosakan jalan di Shapadu ini, setelah di lihat, aku dapati hanya kotak Touch N Go sahaja yang Berjaya di selesaikan , iaitu kotak itu perlu di besihkan semula kerana terlalu kotor.
Kemudian aku perhatikan kerosakan yang lain berpandukan check list kerosakan yang di berikan oleh LLM, aku pun check satu persatu, ATL yang baru sahaja aku tukar, dah kembali terbakar, tak sampai seminggu pun, dah ada yang terbakar, lepas aku check , aku pun kembali ke MOC untuk maklumkan apa yang telah aku buat kepada en Hairee, setelah dia perhatikan, di arahkan aku supaya yang mana tak selesai lagi, pergi ambik gambar di lane yang lain yang elok, kerana beliau perlu reply semula kepada LLM pada hari ini, OLeh itu dengan segera aku pun bergerak lah ke Bukit Raja semula untuk mengambil gambar yang tiada kerosakan.
Selepas itu, aku pun bergerak Ke MOC untuk memberitahu kepada En Hairee apa yang telah aku buat, menunjukkan gambar yang dia perlukan. Kemudian, aku pun bergerak ke plaza-plaza untuk laksanakan kerja yang masih belum siap. Dah selesai, aku pun balik rumah.
0 comments:
Post a Comment