Hari ke-30 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu
>> Saturday, July 4, 2009
Assalamualaikum wbrt. Hari ini merupakan hari yang ke-30 aku bekerja di Lebuhraya Shapadu ini. Pagi ni awal-awal pagi, aku en hairee ingin aku mencari barang computer iaitu IDE hardisk, dia bertanya kepada aku jikalau terdapat kedai computer yang aku kenali, aku pun bagilah no phone kedai computer yang aku tahu. Namun,harga yang di tawarkan oleh kedai tersebut kurang memuaskan,
Oleh itu, en hairee bercadang untuk pergi ke kedai komputer yang berhampiran iaitu kedai di Klang iaitu Digital Mall. Tiba di sana, kami survey harga-harga yang berpatutan, al maklumlah IDE sekarang ni dah tak der ramai orang pakai dah, jadi harga dia mahal lah sikit, bila dah selesa survey di situ, kami pun pulang ke MOC, di MOC en Hairee bagi aku task yang baru pulak.
Task yang di berikan oleh aku adalah, aku kena senaraikan check list barang yang rosak di setiap plaza dan membuat summary keseluruhan dari check list setiap barang tersebut, aku buat dia sampai ke petang, barulah selesai, aku pun berikan kepada en hairee dan dia edit sedikit untuk pembetulan.
Kemudian itu dia ajar aku pasal server komputer yang mengawal segala penghantaran data antara Touch N Go dengan Lebuhraya Shapadu kat bilik server, mula-mula aku amat pening jugak lah, lepas tu, aku cuba buat apa yang beliau ajar, alhamdulillah, aku pun dah mula faham macam mana nak buat seperti yang beliau kehendaki, selesai tugas aku untuk hari ni, bersambung pada minggu hadapan..
0 comments:
Post a Comment