AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

WiMAX relevan jana ekonomi

>> Saturday, May 30, 2009

BILANGAN guna pakai rangkaian WiMAX kini meningkat kepada 468 di 139 negara seluruh dunia berbanding hanya 400 pada pertengahan 2008 untuk menunjukkan perniagaan itu terus mendapat perhatian dan menjadi tarikan.




Presiden dan Pengerusi Forum WiMAX, Ron Resnick, berkata model perniagaan untuk menawarkan jalur lebar kepada pengguna tetap relevan dan terus menarik minat penyedia walaupun keadaan ekonomi dunia yang semakin tenat.



"Jalur lebar adalah sesuatu yang diperlukan pengguna di mana saja dan jika dilihat daripada kajian mendapati segmen hiburan terus menjadi antara faktor yang amat diperlukan oleh pengguna walaupun dalam keadaan ekonomi meruncing," katanya.

"Apabila bercakap mengenai video, WiMAX boleh melakukan proses pindah turun dengan baik sekali pada kelajuan tinggi dan murah walaupun data yang dipindah itu bersaiz besar," katanya lagi kepada media selepas turut serta menyaksikan demonstrasi WiMAX mudah alih P1, di Johor Bahru, baru-baru ini.


Ketika ini terdapat antara tiga hingga empat juta pengguna WiMAX di seluruh dunia dan melihat kepada aliran pasaran, Resnick yakin ia dijangka mencecah angka 133 juta menjelang akhir 2012.

Sehubungan dengan itu, Resnick berharap lebih banyak negara akan mengeluarkan lesen spektrum dan menggalakkan pengurus tadbir menyediakan spektrum terutamanya dalam frekuensi 2.3GHz, 2.5GHz dan 3.5GHz.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Packet One Networks (M) Sdn Bhd (P1), Michael Lai, lebar lajur, prestasi dan keanjalan yang mampu diberi oleh rangkaian WiMAX amat sesuai memenuhi peningkatan permintaan capaian Internet mudah alih berkualiti dan berkelajuan tinggi.


"Tahun ini P1 menumpukan kepada perluasan ruang liputan, selain memperkenalkan produk, perkhidmatan dan peranti yang boleh menarik pengguna serta menekankan soal kualiti perkhidmatan," katanya.

Kata Lai, P1 yang menjadi satu daripada empat pemegang lesen WiMAX di Malaysia bergerak menghampiri jangkaan untuk mencapai sasaran 250,000 pelanggan menjelang akhir 2009.


"Kami akan memperkenalkan lebih banyak aplikasi perkhidmatan berbanding hanya capaian Internet. Ia termasuklah perkhidmatan panggilan telefon asas suara atau video menjelang akhir tahun ini," katanya lagi.

0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP