Hari ke-9 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu
>> Sunday, May 24, 2009
Assalamualaikum wrbt…
Hari ini merupakan hari ke 9 aku bekerja di Shapadu, hampir 2 minggu aku praktikal di Shapadu ini, terasa masa itu berlalu begitu pantas sekali, aku tak merasakan yang aku dah praktikal selama 2 minggu, rasa macam 2 hari jer.. Tapi itu lah hakikatnya. Masa ini berlalu begitu pantas..
Pagi ni selepas aku punch card, aku pergi ronda2 jalan kat highway Shapadu tengok keadaan pagi ni sementara aku tunggu nas datang punch ini, Lane kat MOC aku tengok ada problem sedikit, macam traddle rosak jer sebab asal kereta lepas jer palang, ia berbunyi walaupun kenderaan tu dah bayar duit, setelah beberapa minit kemudian nas pun datang dan betulkan problem itu, aku pun pergi melihatnya, tapi malang aku terlambat, problem itu dah setel terlebih dahulu,
Hari ni, aku nak setelkan barang-barang yang tak der untuk project aku, aku dah pun berbincang dengan nas untuk setelkan barang untuk project aku selepas ini, selepas itu aku pergi plaza bukit raja untuk ambik barang project yang aku perlukan iaitu cable input output (I/O), aku pun pergi kat lane yang tak guna tu, aku amibk, lepas ambik, aku pun punyer lah seronok, satu barang aku dah dapat dah..
Kemudian, aku pergi ke KTB, kat sana aku tengok keadaan di Plaza KTB, aku menunggukan kawan aku sepraktikal dengan dia punyer kawan tempat kerja untuk bawa aku ke NKSB untuk mengambil barang aku dengan menaiki Kereta Syarikat (RANGER). Sesampai jer di sana, aku buka stor yang menyimpan barang- barang yang aku nak, aku pun ambiklah bawa naik atas ranger, kemudian kami bawa barang tu balik ke MOC iaitu tempat aku akan siapkan project aku, setelah susung barang, aku mulakan kerja aku, jam pulak dah menunjukkan jam 4.30 petang, aku pun bersiap2 untuk solat asar,
Selesai sahaja solat asar, aku pun sambungkan connection dengan barang-barang yang aku dapat itu sampai jam 6.30 petang, aku tak dapat siapkan lagi connect sepenuhnya, jadi aku berhajat untuk sambung ke esokkan harinya, aku kemas2 bilik tu, aku pun beredar dari office tu
0 comments:
Post a Comment