AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Hari ke-3 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

>> Sunday, May 17, 2009

Assalamualaikum…..

Hari ini hari ketiga aku bekerja, aku masuk office hari ni kul 7.55 pagi. Semalam aku masuk 7.52 pagi, lambat 3 minit daripada semalam, sampai jer office aku terus tengok LCS aku buat semalam, mengikut seperti yang en Khairi katakana semalam, hari ini aku akan pasang IPC, macam PC komputer jugak lah, tapi Ia berbeza sangat dengan PC lain, jadi aku pun mula lah tengok keadaan IPC tersebut, tengok-tengok komponen apa yang ada kat situ, rupa bentuknya tak lah besar macam CPU, ia kecik jer… lepas tengok-tengok, en azman panggil nak jumpa, aku pun pergilah jumpa dia bersama rakan praktikal yang sorang tu,


POWER SUPPLY, AVC AND IRO BOARD

Di bertanyakan pada kami, apa yang kamu dapat sepanjang dua hari ni, jadi, kami pun memberikan jawapan kami masing-masing, setelah itu, beliau menerangkan kami lebih mendalam apa yang akan kami tempuhi di masa hadapan di dalam praktikal ini, beliau juga memberitahu serba sedikit mengenai apa yang kami buat lepas ni di hari kemudian waktu praktikal. Beliau berkata, setiap minggu, beliau akan check dengan kami apa yang telah kami buat pada minggu tersebut, beliau menerangkan buku log dia inginkan ..

Kemudian, en khairi datang untuk menerangkan kepada aku, apa yang perlu aku buat hari ni, pertama sekali, aku kena buka component pc kesemuanya hanya tinggal kan casing jer, kemudian aku bersihkan PCB yang dah kotor itu dengan alat spray pencuci dia, aku dah siap, en Khairi suruh aku pasangkan semula, bila aku dah pasang, aku pun tengok ada problem hard disk, nak install windows pun tak boleh, player cd rom tak boleh boot, jadi aku setting kat BIOS, tukar hard disk lain, barulah boleh boot cd dan install windows, seperti format computer bila dah kena viruslah…

MLC (yang ni kawal palang naik and turun)

Lepas format dalam masa 3 jam tadi ( lama sebab try connect hard disk ia corrupt ) aku telefon en Khairi, dia suruh aku install driver microprocessor board pulak, install driver ni mudah jugakklah, jadi aku pun install dalam masa 15 minit jer, aku setel, aku ambik gambar apa yang aku dah buat, aku pinjam cable camera dari en rosli, aku transfer gambar di komputer, dan transfer gambar di pendrive.. setelah selesai, aku mesej kat en khairi, “ DAH SIAP”.

Dalam 1 jam kemudian, dia pun balik dari site, dia kata esok sambung pulak AVC, untuk IPC hari ni dah setel dah…
Aku pun kemas-kemas untuk balik


0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP