AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

UltraTouch miliki skrin anticalar

>> Saturday, May 30, 2009

SATU lagi evolusi skrin sesentuh boleh dilihat melalui UltraTouch dikeluarkan Samsung yang dikatakan mengubah takrif kesempurnaan gaya, reka bentuk dan teknologi.



UltraTouch ialah telefon bimbit yang serba menawan, menerapkan teknologi skrin sentuh serba maju, reka bentuk canggih dan dipenuhi dengan pelbagai ciri multimedia.

Tarikan utamanya ialah skrin sentuhan penuh anti-calar 2.8" AMOLED, yang menghasilkan gambar secara terang dan jelas.



Saiz senipis 12.7mm menggabungkan bentuk dan fungsi dengan skrin sentuhan penuh ditambah pad kekunci untuk menampakkan kesempurnaan.

Bentuknya menyerlah keanggunan yang tidak ditelan zaman manakala reka bentuk 'kilau sutera' memastikan telefon ini kelihatan anggun dari segenap sudut.



Dengan kerangka logam untuk ketahanan di samping skrin anti-calar dan anti-kotoran, pengguna boleh menyimpan telefon mereka dalam keadaan yang baik.

Seperti yang dijangkakan, UltraTouch dilengkapi dengan pelbagai teknologi termasuk kamera beresolusi lapan megapiksel dengan fungsi 'flash' LED di samping mod gambar senyuman bagi rakaman lebih baik.


Skrin peka sentuh menjanjikan pembaharuan dalam produk Samsung dan bakal memenuhi keperluan seterusnya menjadikannya lonjakan untuk UI berikutnya dalam industri telefon bimbit.

0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP