AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Hari ke-5 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

>> Sunday, May 17, 2009

Assalamualaikum....

Hari ini merupakan hari ke-5 aku bekerja di Shapadu, hari ini aku datang ke tempat kerja seperti biasa.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan teratur, pagi yang muliakan aku mulakan dengan senyuman, aku berharap hari ini En Khairi dapat hadir ke pejabat, jika tak hadir ke pejabat hari ni, aku pun tak tahu apa aku nak buat hari ni…

MICROPROCESSOR BOARD IPC (INDUSTRIAL PROGRAM CONTROL)

Pada awal pagi jam 8.15 aku pun pergi melihat bilik tempat aku buat kerja, check barang-barang masih lagi dalam keadaan teratur seperti semalam ataupun tidak, aku pun kemudiannya mengambil diagram untuk study sedikit2 untuk memantapkan lagi pemahaman aku, kemudian aku fikir2 aku nak buat report untuk minggu ini, jadi aku pegang buku log yang baru aku beli itu dan mula mengisinya, pada mula nak start tulis report dalam buku log, aku agak susah nak start, tak tahu nak start macam mana, jadi aku kalau tak tahu, aku pergi Tanya lah , jadi aku pergi Tanya encik Azman macam mana nak buat report yang terbaik dan macam mana yang dia nak,

MICROPROCESSOR BOARD WITH PCB (PRINTED CIRCUIT BOARD) CLEANER

Dia pun explain kat aku dengan baik, satu persatu dia explain, jadi aku pun cuba untuk memahami apa yang dia nak, tetiba en azman suruh aku panggil kawan aku yang satu lagi, sebab dia pun perlu tahu jugak, jadi aku pun call dia untuk berjumpa dengan en Azman sama untuk dengar penerangan daripadanya. Jadi aku dengan dia pun dengar apa yang dia nak. Mana yang tak faham atau keliru lagi, kami pun tanyalah, jadi setelah selesai dan tiada lagi pertanyaan, kami pun bersurai buat kerja masing-masing,

Aku pun pergi membuat laporan sementara en khairi on the way ke pejabat, aku pun buat laporan, dalam masa setengah jam kemudianm, En Khairi pun sampai, aku pun bertanya kepada dia apa yang perlu di buat pada hari ni, aku suruh dia lihat sambungan yang telah aku buat, dia pun pergi ke bilik di mana terletaknya LCS tersebut dan check, setelah semak semua dalam keadaan baik, kami nak on kan dia pada hari ni, tapi sebelum itu, aku kena sambungkan cable supply kat power suppy, jadi aku cari mana2 wayar yang ada kat situ yang boleh di gunakan, aku pun ambik untuk sambungkan kat power supply tersebut, wayar tu kena potong dulu dan masukkan wayar ke dalam skru dan kemudian kena ketatkan, setelah selesai masukkan supply, encik Khairi menyuruh aku ON kan PLC,

Aku pun ON lah, kemudian encik Khairi ON kan satu2 supply kat dalam PLC pulak , dan dia check ada connection atau tidak kat situ, bila dah check semuanya dalam keadaan baik, dia pun mengarahkan aku untuk OFF kan supply, Alhamdulillah, semua dalam keadaan baik, jadi hari ISNIN minggu depan kontraktor yang handle LCS ini akan datang untuk testing LCS ini untuk function. Aku pun bertanya kepada encik khairi, apa lagi yang perlu aku buat, dia kata setakat ini, aku boleh pasang kan siren dan ASB (Lampu kuning atas display harga tol tu), jadi aku pun ambik diagram dan tengok connection dia yang mana satu, jadi aku tetiba confius macam mana pulak dengan polarity dia,


PLAIN BOARD WITH CLEANING PCB EQUIPMENT

Aku pun Tanya en Khairi polarity dia macam mana, en khairi pun explain dengan berhemah, aku pun faham, bila dah faham apa lagi, aku pun pergi buat lah cepat-cepat, tak sabar-sabar nak pasang benda tu,. Bila dah pasang, kerja aku pun dah setel, just tunggu hari isnin untuk langkah yang seterusnya, aku tak boleh nak teruskan Langkah yang seterusnya kerana kita tak der software untuk LCS tu, yang ada software tu adalah kontraktor yang handle LCS tu, tu lah sebab tak boleh nak teruskan, jadi kenalah tunggu dia datang. Sementara ada senggang masa yang ada ni, aku pun buat lah report aku, melengkapkan lagi report aku yang sedia ada, buat cantik, baik punyer lah..

Memang khas nak buat report jer time ini, setel untuk report dalam minggu ni, Cuma gambar tak edit dan di isi di dalam report lagi...


0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP