IPS perlindungan menyeluruh
>> Saturday, May 30, 2009
PENYEDIA peralatan antivirus dan pencegah pencerobohan (IPS) terkemuka, TippingPoint, menekankan organisasi supaya meningkatkan kawalan keselamatan sebagai langkah berhati-hati mengelakkan pencerobohan dan kecurian data.
Pengurus Kanan Penyelidikan Keselamatan TippingPoint DVLabs, Rohit Dhamankar, berkata Malaysia antara negara yang menghadapi serangan virus termasuk Conficker yang baru-baru ini menyerang.
"TippingPoint memperkenalkan IPS sejak pelancarannya pada 2002 dan masih utuh di pasaran dengan meningkatkan ciri keselamatan.
"Sejak lima tahun lalu, IPS berkembang dan meningkat secara am di Malaysia. Pengguna menerima IPS yang bukan saja bertindak sebagai antivirus tetapi turut melindungi keseluruhan perimeter rangkaian sistem komputer," katanya.
Menurutnya lagi, semakin banyak ancaman teknologi yang perlu dihadapi seiring dengan kemajuan teknologi. Penggodam kini mengalihkan sasaran mereka kepada aplikasi web dan peranti mudah alih seperti telefon bimbit dan iPod kerana permintaan yang semakin tinggi.
Di masa hadapan, IPS terbabit dilihat bukan saja digunakan sebagai pelindung serangan virus malah sebagai penyelesaian lain seperti pengurusan korporat dan melindungi pemilikan intelektual daripada dieksploitasi oleh pihak tertentu.
0 comments:
Post a Comment