AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Hari ke-8 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

>> Sunday, May 24, 2009

Assalamualaikum,, hari ini merupakan hari yang kelapan aku bekerja di Shapadu, hari ni aku punch in dalam jam 8.10 pagi, aku pagi ini buat kerja yang lain daripada yang sebelum ini aku buat, aku buat kerja-kerja maintanance hari ini, selesai sudah aku punch in, aku ikut staff maintanance dan juga kawan aku yang sepraktikal di tempat aku pergi site untuk membetulkan lampu isyarat yang tak menyala lampu merah dan kuningya.


AVC Board

Tempat lampu traffic light yang rosak tu kat Bandar sultan sulaiman, kami pergi kesana dengan menggunakan kenderaan syarikat, setelah sampai di sana, aku pun turun dan bawa tangga ke tempat traffic light yang rosak itu, kami buka dan betulkan traffic light, bila di lihat, didapati ada air bertakung di dalamnya dan menyebabkan ada connection yang terputus, sebab itu lah lampu traffic light tidak menyala, setelah selesai membetulkan traffic light, kami bergerak ke plaza tol di NKSB ( NORTH KELANG STRAIGHT BYPASS), kami nak tengok barang-barang VCD di dalam stor, tapi malangnya kunci untuk buka bilik tersebut tidak tahu berada di mana.

AVC Board and IRD Board

Ketika kami berada di NKSB, tetiba di LANE 1 ada lori kelas 3 tayarnya bocor, ramai yang menceroboh itu dengan melalui jalan motosikal, di mana ia luas untuk kereta lalu, dalam 15 minit kemudian, peronda Shapadu sampai di tempat kejadian, kereta beratur panjang kerana lane yang buka adalah satu sahaja, setelah itu, bach hoe sampai dan menolak lori tersebut ke hadapan dan membawanya ke sisi jalan, Alhamdulillah ada back hoe di situ milik syarikat yang kebetulan membuat kerja-kerja pemindahan pasir di situ, jadi LANE 1 beroperasi semula seperti sedia kala, waktu berlakunya kejadiaan tersebut adalah waktu puncak dalam 12 tengah hari keatas, jadi kereta banyak berpusu-pusu untuk makan tengah hari..

AVC Complete Connected

Setelah selesai, kami bergerak ke KTB untuk membetulkan LANE Touch n Go yang tak boleh function, sampai sahaja di sana, di dapati CSC tidak berfungsi kerana cable yang menyambungkan ke IPC tidak rapat, skru yang patutnya ada pada holdernya, ia tidak ada, jadi kami rapatkan port com itu dengan Touch n Go modem, kami test untuk beberapa kereta untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik, setelah selesai, kami mendapat call dari NKSB bahawa printer rosak, tak boleh print melalui computer, kami pun bergegas semula ke NKSB untuk menyelesaikan masalah tersebut,

IRD Board Ready to Operated



Masalah tersebut berpunca, connection network antara computer dan juga printer disconnection, jadi kami enablekan connection antara printer dengan computer tersebut, Alhamdulillah, selesai lagi satu masalah, lagi sekali KTB call mendakwa bahawa LANE Tough n Go tadi rosak semula, kami pun dengan segera pergi ke sana semula, bila jer sampai, di dapati masalah yang sama juga, akhirnya, solution yang terakhir yang kami ambik, memandangkan kepala port comm dia tak boleh connect dengan baik pada IPC, jadi kami cari kepala port comm di LANE lain yang tidak di pakai, di tukarkan dengan kepala port comm yang rosak tersebut. Kami menunggu dalam setengah jam untuk memastikan ia dalam keadaan baik dan sempurna.


Lane Control System (LCS)


Jam masa itu menunjukkan pukul 4.30 petang, kami berangkat balik ke MOC untuk kembalikan kenderaan syarikat di sana, sampai sahaja aku di pejabat,aku berjumpa dengan en Khairi berkenaan project yang aku buat, semuanya telah selesai Cuma connection dengan demo equipment tak connection lagi kerana kekurangan barang seperti cable yang menyambungkan input output card dengan IPC tiada. Jadi En Khairi meminta aku ambik equipment yang tak cukup itu di W10 di bukit raja pada ke esokkan hari nya. Tak lama selepas itu, selesai aku berjumpa dengan en Khairi, puan Ramlah berjumpa aku meminta tolong agar pindahkan PC en Azman ke meja dia memandangkan esok beliau ada kerja penting yang perlu di siapkan dengan menggunakan computer,


IRD Board full connection with AVC call AVCC


Aku pun pindahkanlah dengan segera, sewaktu pindah kan PC ke meja Puan Ramlah, en Azman pun nak minta tolong aku jugak, dia pun nak jugak, jadi aku jawab boleh jer,,
Apa dia? Dia minta aku burn kan cerita upin & Ipin dalam CD kat computer En Khairi, aku pun jawablah boleh, nanti buat kat umah sebab cerita tu memang dah ada kat umah dah, jadi esok bagi kat pejabat, setelah selesai sahaja aku pasang computer puan Ramlah, aku pun turn on untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Setel jer, aku pun turn off dan berangkat untuk pulang ker rumah, jam menunjukkan pukul 6.30 petang, kerja untuk hari ni selesai sudah.


Connection Port with IPC


Approach Vehicle Classification Compelete (AVCC)


0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP