Hari ke-4 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu
>> Sunday, May 17, 2009
Assalamualaikum…….
Hari ni merupakan hari ke empat aku bekerja di Shapadu. Dalam masa 4 hari ini, banyak perkara yang aku belajar, semuanya perkara baru yang aku tahu, rasa memang seronok dapat praktikal kat sini, aku mulai tahu serba sedikit apa yang aku buat kat tempat praktikal ini, aku handle SYSTEM TOL, memang menarik, aku start dari awal, step by step, aku akan cuba siapkan projek ini dengan secepat yang mungkin agar aku boleh belajar banyak lagi dalam tempoh masa yang singkat ini, iaitu 2 bulan. Aku nak tengok, dalam 2 bulan ini, apa yang boleh aku buat dan belajar. Hari ni aku masuk lewat sikit daripada semalam iaitu kul 8.10 pagi,
Tugas aku hari ni adalah untuk melengkapkan AVC, jadi sesampai jer aku di tempat buat kerja aku, aku pun ambik diagaram dan study connection dia, dalam masa lebih kurang setengah jam, aku pun mulakan kerja aku untuk memasang AVC, mula-mula aku tanggalkan IRO board dan AVC yang lama, aku bersihkan board itu dengan pencuci khas untuk PCB. Setelah cuci, aku pun mengalisa sekali lagi connection AVC, aku sambungkan connection IRO dengan AVC seperti yang terdapat didalam diagram yang telah diberikan kepada aku. Bila selesai, aku pun mencari seorang teknition system untuk membuka link untuk aku check yang aku buat dengan yang operation punyer. Jadi setelah berjaya di buka, sekali lagi aku mengambil gambar link tersebut untuk rujukan aku, aku dapati bahawa ada sesuatu yang aku tak letak lagi, di dalam LCS yang aku tak buat, jadi dengan gambar tersebut dapat membantu aku mengatasai masalah dan mengurangkan beban aku,
Setelah selesai ambik gambar, aku ke atas semula meneruskan kerja aku itu, aku pastikan bahawa LCS aku sama seperti yang berada di link itu, bila dah selesai semuanya, aku sms en Khairi, aku dah siap sepenuhnya…
0 comments:
Post a Comment