AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Facebook tak selamat!

>> Sunday, May 31, 2009

LAMAN sosial terkemuka, Facebook perlu mengkaji semula Soalan Keselamatan jika pengguna terlupa kata laluan untuk membolehkannya memasuki akaun tertentu.

Ini kerana soalan terbabit mungkin mudah diketahui orang lain memandangkan jaringan Facebook merangkumi rakan atau keluarga yang pasti mengetahui jawapan jika diajukannya bagi tujuan keselamatan.


Ia ditimbulkan dalam blog pengendali keselamatan F- Secure yang memberi contoh soalan 'Bila Hari Jadi Ibu', 'Nama Ayah' atau 'Nama Guru' berkemungkinan tidak relevan untuk digunakan dalam laman web sosial sebagai pengganti kata laluan.


Facebook mengandungi kawalan peribadi yang baik kerana menghadkan maklumat daripada disalurkan kepada pengguna lain namun sebaliknya jika ia mahu mengenalpasti pemilik akaun sebenar.

Menurut blog itu, mengemukakan soalan berdasarkan maklumat sosial mungkin tidak sesuai digunakan di laman web sosial memandangkan penggunanya tergolong dari kalangan rakan dan mereka pasti tahu jawapan terbabit.

"Facebook patut menyemak semula perkara ini," kata blog itu.


Baca Berikutnya.....

IPS perlindungan menyeluruh

>> Saturday, May 30, 2009

PENYEDIA peralatan antivirus dan pencegah pencerobohan (IPS) terkemuka, TippingPoint, menekankan organisasi supaya meningkatkan kawalan keselamatan sebagai langkah berhati-hati mengelakkan pencerobohan dan kecurian data.



Pengurus Kanan Penyelidikan Keselamatan TippingPoint DVLabs, Rohit Dhamankar, berkata Malaysia antara negara yang menghadapi serangan virus termasuk Conficker yang baru-baru ini menyerang.


"TippingPoint memperkenalkan IPS sejak pelancarannya pada 2002 dan masih utuh di pasaran dengan meningkatkan ciri keselamatan.

"Sejak lima tahun lalu, IPS berkembang dan meningkat secara am di Malaysia. Pengguna menerima IPS yang bukan saja bertindak sebagai antivirus tetapi turut melindungi keseluruhan perimeter rangkaian sistem komputer," katanya.

Menurutnya lagi, semakin banyak ancaman teknologi yang perlu dihadapi seiring dengan kemajuan teknologi. Penggodam kini mengalihkan sasaran mereka kepada aplikasi web dan peranti mudah alih seperti telefon bimbit dan iPod kerana permintaan yang semakin tinggi.


Di masa hadapan, IPS terbabit dilihat bukan saja digunakan sebagai pelindung serangan virus malah sebagai penyelesaian lain seperti pengurusan korporat dan melindungi pemilikan intelektual daripada dieksploitasi oleh pihak tertentu.

Baca Berikutnya.....

WiMAX relevan jana ekonomi

BILANGAN guna pakai rangkaian WiMAX kini meningkat kepada 468 di 139 negara seluruh dunia berbanding hanya 400 pada pertengahan 2008 untuk menunjukkan perniagaan itu terus mendapat perhatian dan menjadi tarikan.




Presiden dan Pengerusi Forum WiMAX, Ron Resnick, berkata model perniagaan untuk menawarkan jalur lebar kepada pengguna tetap relevan dan terus menarik minat penyedia walaupun keadaan ekonomi dunia yang semakin tenat.



"Jalur lebar adalah sesuatu yang diperlukan pengguna di mana saja dan jika dilihat daripada kajian mendapati segmen hiburan terus menjadi antara faktor yang amat diperlukan oleh pengguna walaupun dalam keadaan ekonomi meruncing," katanya.

"Apabila bercakap mengenai video, WiMAX boleh melakukan proses pindah turun dengan baik sekali pada kelajuan tinggi dan murah walaupun data yang dipindah itu bersaiz besar," katanya lagi kepada media selepas turut serta menyaksikan demonstrasi WiMAX mudah alih P1, di Johor Bahru, baru-baru ini.


Ketika ini terdapat antara tiga hingga empat juta pengguna WiMAX di seluruh dunia dan melihat kepada aliran pasaran, Resnick yakin ia dijangka mencecah angka 133 juta menjelang akhir 2012.

Sehubungan dengan itu, Resnick berharap lebih banyak negara akan mengeluarkan lesen spektrum dan menggalakkan pengurus tadbir menyediakan spektrum terutamanya dalam frekuensi 2.3GHz, 2.5GHz dan 3.5GHz.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Packet One Networks (M) Sdn Bhd (P1), Michael Lai, lebar lajur, prestasi dan keanjalan yang mampu diberi oleh rangkaian WiMAX amat sesuai memenuhi peningkatan permintaan capaian Internet mudah alih berkualiti dan berkelajuan tinggi.


"Tahun ini P1 menumpukan kepada perluasan ruang liputan, selain memperkenalkan produk, perkhidmatan dan peranti yang boleh menarik pengguna serta menekankan soal kualiti perkhidmatan," katanya.

Kata Lai, P1 yang menjadi satu daripada empat pemegang lesen WiMAX di Malaysia bergerak menghampiri jangkaan untuk mencapai sasaran 250,000 pelanggan menjelang akhir 2009.


"Kami akan memperkenalkan lebih banyak aplikasi perkhidmatan berbanding hanya capaian Internet. Ia termasuklah perkhidmatan panggilan telefon asas suara atau video menjelang akhir tahun ini," katanya lagi.

Baca Berikutnya.....

UltraTouch miliki skrin anticalar

SATU lagi evolusi skrin sesentuh boleh dilihat melalui UltraTouch dikeluarkan Samsung yang dikatakan mengubah takrif kesempurnaan gaya, reka bentuk dan teknologi.



UltraTouch ialah telefon bimbit yang serba menawan, menerapkan teknologi skrin sentuh serba maju, reka bentuk canggih dan dipenuhi dengan pelbagai ciri multimedia.

Tarikan utamanya ialah skrin sentuhan penuh anti-calar 2.8" AMOLED, yang menghasilkan gambar secara terang dan jelas.



Saiz senipis 12.7mm menggabungkan bentuk dan fungsi dengan skrin sentuhan penuh ditambah pad kekunci untuk menampakkan kesempurnaan.

Bentuknya menyerlah keanggunan yang tidak ditelan zaman manakala reka bentuk 'kilau sutera' memastikan telefon ini kelihatan anggun dari segenap sudut.



Dengan kerangka logam untuk ketahanan di samping skrin anti-calar dan anti-kotoran, pengguna boleh menyimpan telefon mereka dalam keadaan yang baik.

Seperti yang dijangkakan, UltraTouch dilengkapi dengan pelbagai teknologi termasuk kamera beresolusi lapan megapiksel dengan fungsi 'flash' LED di samping mod gambar senyuman bagi rakaman lebih baik.


Skrin peka sentuh menjanjikan pembaharuan dalam produk Samsung dan bakal memenuhi keperluan seterusnya menjadikannya lonjakan untuk UI berikutnya dalam industri telefon bimbit.

Baca Berikutnya.....

Peranti kesan makanan halal dibangun

INTEL Technology Sdn Bhd (Intel) menjalin kerjasama dengan TraceTracker Malaysia Sdn Bhd yang juga anak syarikat TraceTracker Innovation ASA untuk membangunkan peranti mudah alih murah yang boleh mengesan makanan halal.



Ia bakal mendatangkan kebaikan kepada industri Halal di negara ini sejajar dengan hala tujunya menjadi Hab Halal Sedunia dan meyakinkan lebih 1.8 bilion pengguna halal di seluruh dunia.

Pengarah Urusan Intel, Athul Bhargava, berkata pesatnya pasaran halal telah meyakinkan pihaknya betapa pentingnya mewujudkan peranti yang boleh mengesan makanan Halal bagi kegunaan petani, pembekal, pemproses, peruncit dan pengguna keseluruhannya.



"Mereka boleh memindah turun atau naik data-data yang akan dipadankan dengan standard Halal dan kebolehkesanan global."

"Intel akan menyediakan reka bentuk rujukan berasaskan arkitektur Intel yang akan membolehan pengguna untuk berhubung tanpa wayar secara masa nyata ke dalam GTNet(R) dan rumusan kebolehkesanan berasaskan web untuk tujuan mengesan pergerakan produk makanan halal di keseluruhan rantaian pembekalnya," katanya.


TraceTracker akan bertindak sebagai penyedia aplikasi perisian yang akan dipasang ke dalam peranti itu. Ia serasi dengan GTNet(R) untuk kebolehkesanan halal dan menepati standard kebolehkesanan global.


Baca Berikutnya.....

Hari ke-13 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

>> Wednesday, May 27, 2009

Assalamualaikum… hari ini dah masuk hari yang ke-13 aku bekerja di Lebuh raya Shapadu, dah kat 3 minggu aku try nak siapkan project aku iaitu Lane Control System (LCS). Tapi tak siap2 lagi. geram betul, yang lambat buat tu sebab nak cari barang yang tak der . kena cari kat Bukit Raja, kadang-kadang kat KTB dan kadang-kadang pulak kat NKSB, kalau ada, tentu cepat sikit nak siapkan, tapi tak mengapalah, ada hikmah di sebaliknya kot.
Memandangkan aku dah lama buat project ini, hari ni , pagi2 lagi aku dah pergi tempat kerja, sebaik jer aku punch card, aku terus pergi bilik maintenance pergi cari barang, apa-apa hal pun , hari ini aku nak ON juga LCS aku, aku nak demo hari ni jugak.aku pergi bilik maintenance ambik cable dan skru.. sampai sahaja di bilik server, aku pun susun layout untuk demo aku, aku susun ikut macam yang aku fikir kan semalam, aku plan nak letak kat playwood tu ASB, ATL, LTL, SIREN dan VCD, aku pergi ambik handrill, kemudian aku pergi ambik bateri handrill yang aku charge sejak semalam waktu aku nak balik kerja tu.



LCS aku dah bolehhh..

Aku pun siapkanlah layout demo tu, memang leceh jugak nak buat dia, silap pulak pasang cable, kena cabut balik, handrill playwood, kemudian aku masukkan skru agar component demo aku tu melekat pada playwood dengan baik. Setelah selesai, aku panggil en Hairee untuk melihat hasil kerja aku, dia lihat dah boleh test dah, tapi dia ada hal kul 2 petang, jadi sebelum aku ON kan LCS ini, aku kena check semula connection yang aku buat. Untuk mengelakkan daripada berlakunya trip. Aku Nampak kipas LCS kat bilik UPS, jadi aku rasa nak pasangkan kipas LCS lama tu kat dalam LCS aku, aku pun ambik lah kiipas kat bilik L CS tu, aku tengok dia berabuk hitam,

ATL dengan LTL aku berfungsi


Dah tengok macam tu, aku pun pergi lah bersihkan, nak bersihkan pun satu hal jugak, biasalah, benda-benda kecik macam ni, nak basuh pun payah dan mengambil masa. Setelah selesai jer aku basuk dan lapkan kipas tersebut, aku bawa ke bilik UPS untuk aku pasang, aku pun pasanglah , malangnya, aku Nampak wire coklat bersambung dengan wayar salah satu wayar pada kipas. Jadi aku potong wayar coklat itu sebab aklu tengok tak sama panjang, aku pun tanpa teragak2,aku pun potong gunakan cutter.

Aku sambungkan wayar kipas tu pada voltage 240 AC aku pasang, aku kemas-kemas sikit, semasa en Hairee tengok aku pun LCS, dia kata, kalau aku setel project ini, dia akan bagi project yang ke-2 pulak, iaitu project berkenaan router, aku minat jugak pasal networking ini, aku belajar theory jer sebelum ini, tapi secara praktikal, tak der pun, jadi ia membuatkan aku tak sabar nak habiskan dan siapkan aku punyer project ini, setelah selesai aku jumpa Azrul di bilik control room di MOC, aku pun segera bagitau dia bahawa aku dah siapkan semuanya, aku minta dia tolong check kan connection yang aku buat.

ATL, LTL and VCD demo


Setelah 10 minit aku berada di blilk server check connection y ang aku buat,, dia pun datang tengokkan connection yang aku buat, dia check2, tengok –tengok aku punyer connection ada sedikit keliru kerana aku buat connector tak ikut warna. Jadi aku perlu perbaikinya supaya orang lain yang tengok LCS aku pun dia faham dan tidak hanya aku sorang jer faham. Ada satu part tu, untuk ASB, lampu kecemasan yang warna oren tu dengan siren adalah selari, aku menggunakan 4 wayar cable yang berlainan, jadi dia menunjukkan aku cara yang lebih baik dan lebih kemas lagi iaitu menggunakan 2 cable sahaja,,

Rupa-rupanya , aku tak perasaan ada cara yang lebih mudah macam tu, al maklumlah, aku rasa ni first time aku buat wiring kot.. jadi banyak yang aku belajar, terutamanya skill untuk wiring. Aku pun betul kan seperti yang di suruh, satu persatu aku perbetulkan, lepas satu salah, aku betulkan connect ion dia. yang last sekali, aku pasang OB, tapi untuk OB aku gunakan sebagai suis kat rumah yang warna putih tu, aku sambungkan kat ke AVC port dan lagi satu di sambungkan ker LIFE DC. Setelah semua check dan di lihat dalam keadaan O.K. aku pun turn ON lah power supply, masa tu main suis dalam LCS tu masih dalam keadaan OFF.

Setelah buka sahaja main suiz yang pertama, bunyi MELETUP dan trip berlaku, aku pun dengan kawan aku kat dalam bilik tu, pergi ke bilik UPS untuk naik kan semula suis tu. Semua terpadam, banyaklah terganggu, tapi kami buat selamba jer buat macam tak der apa2 berlaku. Mujurlah cepat, kalau tak, macam2 tergendala. Tapi memang macam2 tergendala pun..

Full View of My LCS

Bila di check kembali, kipas LCS tu meletup, mungkin rosak kot, sebab aku ambik kipas tu kat bilik LCS yang lama punyer , jadi aku pun buka connection kipas tu pada 240 AC, jadi aku dan kawan2 aku yang ada kat situ, pasang semula, main suis kat LCS tu, satu per satu di ON kan , Alhamdulillah semua berfungsi tanpa ada trip kali ini, bila pc dah turn on bila kita on LCS, aku pun pergi on kan software lane system, dan sinilah aku boleh test aku punyer komponen demo ini berfungsi atau tak>

Satu per satu aku test, bila di check aku punyer ATL untuk yang mentol merah tak bernyala, dan juga VCD untuk mentol yang pertama tidak bernyalah juga.mula-mula check untuk VCD terlebih dahulu, bila di lihat, fius untk VCD1 rosak, jadi aku ambik fius yang tak pakai dekat-dekat area tu juga dan test, alhamdulilah , VCD 1 aku dah menyala. Kemudian, aku check ATL untuk lampu merah aku, tak bernyala juga, bila di buka casing yang tepi tu , aku masuk kan bulb mentol tanpa menggunakn sarung tepi tu, bulb mentol aku bernyala dan berfungsi dengan baik, holder untuk lampu itu bermasalah dan ia perlu di tukar dengan yang lain.

Alhamdulillah, ASB, ATL, LTL dan ASB aku functioning


Alhamdulillah, aku cukup bersyukur dan gembira, apa yang aku buat selama hampir 3 minggu ini, hampir membuahkan hasilnya. Aku ingin sambungkan yang selebihnya pada esok hari, aku dah Nampak apa yang aku perlu buat selepas ini. Memandangkan jam dah kul 6 petang, aku perlu kemas-kemas bilik ini sedikit sebelum aku beredar untuk pulang ke rumah... selesai semuanya, aku pun pulang..itu sahaja sekadar hari ini.



Baca Berikutnya.....

Hari ke-12 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

Assalamualaikum, hari ini merupakan hari yang ke-12 aku bekerja di Shapadu, pagi ini aku sampai jer tempat kerja , aku terus ke bilik server dan check apa yang aku buat semalam dan cari barang-barang yang tak der untuk aku sambung kerja aku hari ini,
Barang yang tak aku cari ialah cable yang menyambungkan TFI dengan MOXA, aku pagi-pagi ni terus pergi lane dengan NAS, aku pergi KTB dulu, check lane, tengok macam mana connection dia buat, kemudian aku tengok LANE Touch n GO yang rosak, ada problem dengan connection dia, kat situ selalu rosak. Hari tu dah betulkan dah, hari ni rosak lagi, aku pun cari cable kalau ada2 apa yang boleh aku jumpa untuk project aku,


My LCS until 26.05.2009

Lepas tu, aku pergi ke Bukit Raja, kat sana aku cari juga kat bilik UPS, kat bilik stor, sampai di Bukit Raja aku call Encik Hairi, , macam mana nak cari cable tersebut. Encik Hairi cakap dengan NAS dan bagitau macam mana nak cari, Alhamdulillah, aku jumpa TFI yang baru yang masih bersalut dengan Plastik lagi, jadi aku ambik cable dia bawa keluar, satu masalah dah selesai, lepas tu aku dengan NAS pun balik ke KTB, aku perlukan satu cable lagi untuk menyambungkan ke MOXA, yang cable aku dapat tadi, aku akan buat connetion menggunakan connector dan sambungkan wayar tersebut dengan kepala serial port.

Sekarang yang masalahnya, aku perlu cari kepala serial port tersebut, aku puas mencari, bila aku kat KTB, dalam lebih kurang 1 jam, aku dapat dah kepala serial port tersebut, aku pun baliklah ke MOC semula untuk aku sambung kan kerja aku, aku wayar connection yang aku sambung dengan connector tu, aku sambungkan dengan wayar telefon, dan hujung wayar telefon itulah yang akan aku sambungkan kepala serial port tersebut,


LCS in Progress


Selesai jer aku sambung dengan connector, aku perlu buka kepala serial port, kerana aku hanya gunakan 2 connection jer, yang dapat kat aku awal-awal yang cable untuk Touch N Go punyer, jadi aku potong cable tu dan aku ambik kepala dia, kemudian aku buka kepala serial port tu, aku kena tanggalkan semua connection yang ada untuk aku sambungkan dengan connection wayar telefon yang bersambung dengan cable TFI, Alhamdulillah, aku ada solder sendiri, jadi aku pun preparelah segala persiapan untuk aku solder, bila aku solder aku dah panas, aku tanggalkan connection yang sedia ada..

LCS in Server Room

Untuk aku sambungkan cable yang aku inginkan tersebut, aku perlu sambungkna ke kaki 2 dan 7 di mana kaki no 2 adalah receive dan kaki no 7 ada ground. Di cable TFI terdapat dua jenis cable, cable hitam dan merah adalah di sekalikan, manakala cable hijau satu, cable hijau itu adalah receive. Jadi cable hitam dan merah akan aku sambungkan ke kaki no7, manakala cable hijau akan aku sambungkan ke kaki no2,

Bila lah aku Nak siap ni???

Selesai jer aku solder, aku kemas kan tempat, sekarang pulak aku nak handrill untuk aku tebukkan lubang pada playwood untuk aku letakkan komponen demo aku, aku perlukan juga skru, jadi aku pergi ke bilik maintenance bawah untuk aku dapat skru, alahmduillah, akhirnya aku dapat juga skru, manakala handrill aku dapat kat bilik surver, masalah nya Cuma aku kena charge bateri tersebut, jadi dengan kesimpulannya aku kenalah sambungkan kerja aku ni esok hari… lepas kemas-kemas bilik tu, aku pun transfer gambar yang aku ambk ke pendrive aku, lepas pulang kan kamera semua, aku pun balik…
Sambunglah untuk esok hari…

Banyak yer connection???????

Baca Berikutnya.....

Hari ke-11 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

>> Tuesday, May 26, 2009

FOOT SWITCH

Assalamualaikum….

Syukur Alhamdulillah hari ini , sudah masuk minggu yang ketiga aku bekerja di Shapadu lebuhraya iaitu hari yang ke-11, seperti biasa, apabila aku datang ke tempat kerja, aku punch cardlah, memandangkan hari ini hari isnin, jadi seperti biasa lah , pagi-pagi macam ini, tentulah ada perhimpunan, aku sekarang dah ada tugas baru setiap pagi isnin, iaitu kena angkat radio bawa pergi perhimpunan dah. Kalau tak der radio, tak boleh lah nak nyanyi lagu negaraku dan lagu Shapadu.


FOOT SWICTH ALREADT CONNECTED TO LCS

Aku pun bawa radio ke bawah, lepas tu tunggu en Suharman datang untuk memulakan perhimpunan, En Suharman ni penyelia kanan kat situ, kira macam ketualah kat situ.. bila dia datang, semua staff dengan aku pun berbaris. Kita semua mulakan perhimpunan dengan nyanyi kan lagu negaraku dan shapadu. Selesai jer nyanyi lagu, En Suharman memberikan taklimat beliau, memberikan sedikit nasihat dan peringatan kepada staff2 di Shapadu, boleh kata macam tazkirah lah, memang best dia bagi, rasa tak sabar tunggu isnin minggu depan sebab nak dengar lagi apa yang dia cakap..

LCS DESIGN RIGHT NOW

Selesai bagi taklimat dan peringatan, dia pun bacakan doa, boleh pulak waktu tu aku terlupa bawa teks doa yang selalu baca tiap2 hari isnin tu kat pejabat, aku bawa radio jer, kak Ramlah tak suruh pun bawa teks doa tu sama.. aku pun tak bawalah, jadi En Suharman meminta seseorang untuk bawa teks doa itu turun ke bawah, jadi kak Ramlah pun ambillah teks doa itu kat pejabat, kami pun mengaminkan doa yang di baca oleh en Suharman.

USING STRIPPER TO ARRANGE THE CABLE

Selesai sahaja perhimpunan, aku per gi buat kerja aku, aku pergi ke bilik server dan lihat apa yang boleh aku buat pada hari ini, aku hari ni akan pasang foot swith dan sambungkan kepada LCS, jadi aku pun carilah barang-barang yang nak di gunakan terlebih dahulu di bilik maintenance dibawah pejabat tersebut. Semasa pemasangan foot switch tersebut, aku confius, mana nak sambung COM,NO,NC, aku pun carilah en Khari,tapi en Khari tak der waktu tu, aku merata cari orang yang boleh aku Tanya dan bagi jawapan kepada persoalan yang aku utarakan…. last sekali aku jumpa dengan en Mohamzaini, yang NO itu normal open, NC tu normal close, dan COM tu common, barulah aku faham dan boleh sambungkan foot switch pada LCS.

ALB, ATL, VCD, SIREN AND LTL DEMO VERSION

Setelah itu, aku panggil en Khairi untuk melihat hasil kerja yang aku buat dan juga bertanyakan apa yang perlu aku buat lagi, setelah dia lihat, aku perlu Cuma susunkan componet2 dengan cantik untuk di buat demo nanti, aku pun ikat lah wayar2 dia dengan stripper. Stripper ini benda plastic yang di salut kat wayar tu bagi Nampak kemasa dan cantik dan juga tak Nampak berserabut bila menggunakannya. Nampak jer simple, tapi nak buat benda tu pun banyak kali silap, aku silap ikat, kenalah buka balik dan ikat cara yang betul.. boleh tahanlah, lepas siap aku kemas wayar tu,

DEMO SET

Aku ambik kertas A4 kosong dan juga pen untuk aku buat layout susunan component untuk demo project aku nanti, jam pun dah 5.30 petang, jadi tugas aku untuk hari ni dah selesai, perancangan aku esok untuk buat dan siapkan layout component demo project aku tu. Aku dah bncang dengan maintainance yang jaga barang tu untuk ambik skru dan penebuk lubang playwood untuk layout demo project aku esok pagi.. jadi setelah setel semua. Aku pun balik..

NI LAH ENCIK ROSLI YANG BAIK HATI

Baca Berikutnya.....

Hari ke-9 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

>> Sunday, May 24, 2009

Power Supply At LANE

Assalamualaikum wrbt…
Hari ini merupakan hari ke 9 aku bekerja di Shapadu, hampir 2 minggu aku praktikal di Shapadu ini, terasa masa itu berlalu begitu pantas sekali, aku tak merasakan yang aku dah praktikal selama 2 minggu, rasa macam 2 hari jer.. Tapi itu lah hakikatnya. Masa ini berlalu begitu pantas..

Circuit In Tol Fare Indicator (TFI)
yang display harga dan kelas kenderaan tu lahhh...

Pagi ni selepas aku punch card, aku pergi ronda2 jalan kat highway Shapadu tengok keadaan pagi ni sementara aku tunggu nas datang punch ini, Lane kat MOC aku tengok ada problem sedikit, macam traddle rosak jer sebab asal kereta lepas jer palang, ia berbunyi walaupun kenderaan tu dah bayar duit, setelah beberapa minit kemudian nas pun datang dan betulkan problem itu, aku pun pergi melihatnya, tapi malang aku terlambat, problem itu dah setel terlebih dahulu,


Power Supply is connected to LCS in LANE


Hari ni, aku nak setelkan barang-barang yang tak der untuk project aku, aku dah pun berbincang dengan nas untuk setelkan barang untuk project aku selepas ini, selepas itu aku pergi plaza bukit raja untuk ambik barang project yang aku perlukan iaitu cable input output (I/O), aku pun pergi kat lane yang tak guna tu, aku amibk, lepas ambik, aku pun punyer lah seronok, satu barang aku dah dapat dah..


Circuit in TFI

CCTV

Kemudian, aku pergi ke KTB, kat sana aku tengok keadaan di Plaza KTB, aku menunggukan kawan aku sepraktikal dengan dia punyer kawan tempat kerja untuk bawa aku ke NKSB untuk mengambil barang aku dengan menaiki Kereta Syarikat (RANGER). Sesampai jer di sana, aku buka stor yang menyimpan barang- barang yang aku nak, aku pun ambiklah bawa naik atas ranger, kemudian kami bawa barang tu balik ke MOC iaitu tempat aku akan siapkan project aku, setelah susung barang, aku mulakan kerja aku, jam pulak dah menunjukkan jam 4.30 petang, aku pun bersiap2 untuk solat asar,

Enviroment LCS in LANE

8 Port COM

Selesai sahaja solat asar, aku pun sambungkan connection dengan barang-barang yang aku dapat itu sampai jam 6.30 petang, aku tak dapat siapkan lagi connect sepenuhnya, jadi aku berhajat untuk sambung ke esokkan harinya, aku kemas2 bilik tu, aku pun beredar dari office tu


View All Circuit In TFI

Baca Berikutnya.....

Hari ke-10 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu


Assalamualaikum…. Hari ni merupakan hari yang ke-10, macam tak percaya jer dah hari ke sepuluh.. macam-macam dah aku belajar, rasa macam aku ni sebahagian dari staff di sini…hari ni matlamat aku, aku nak siapkan connection barang-barang aku tak der sebelum ini, aku.. nak tak nak aku kena cari juga barang tu sampai dapat, sebab dah lama dah aku postpone sebab tak der barang..

Tol Fare Indicator (TFI)

Alhamdulillah, Allah permudahkan aku untuk cari barang, satu per saatu aku dapat barang, mula2 aku dapat jumpa kat bilik server holder bulb lampu, kira banyak jugaklah aku perlukan untuk project aku ini untuk mengantikan lamput traffic light yang berada di tol tu. Lepas tu, aku cari cable untuk menyambungkan connection antara bulb dengan LCS. Aku kena susun cantik2 demo ini, jadi ku perlukan wayar cable yang panjang untuk menyambungkan dia.


One Of Circuit In TFI

One Of Circuit In TFI


Aku kekurangan cutter, Nampak jer simple, tapi letih jugak nak cari barang-barang ini, memang leceh dan penat, aku pun pergilah mencari dan pinjam kat maintenance bawah, puas jugak nak cari dia, lepas sembahyang jumaat baru boleh aku buat kerja aku, pagi ini asyik sibuk cari dan kumpulkan barang yang aku nak gunakan jer, hari ni aku cuba sambung ATL dan VCD dengan LCS, kerja-kerja teknikal ni Nampak jer senang, tapi complicated..


One Of Circuit In TFI

Masalah nak potong cable, tak der skill nak berhadapan dengan barang2 elektrik, tersilap pasang cabel dan macam-macam lagi. Selagi aku tak setel VCD , aku tak nak balik, habis bilik server itu berterabur dengan shielder cable yang aku potong, seterlah selesai connect VCD dengan LCS, aku kemas-kemas bilik y ang berserabut tu dulu… aku lewat jugak balik kerja, kira-kira dalam 6.30 petang. Aku dah kemas, aku pulangkan barang yang aku pinjamkan daripada orang. Lepas punch card, aku pun balik

ALL View of TFI

Baca Berikutnya.....

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP