AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Hari pertama aku di Lebuhraya Shapadu

>> Sunday, May 17, 2009


Assalamualaikum….
Bersyukur kehadrat Allah S.W.T, hari ni merupakan hari pertama aku praktikal di lebuhraya Shapadu. Aku tiba di lebuhraya shapadu punyer office dalam jam kul 8.00 pagi, kenalah tunggu puan puteri mariam datang untuk memberikan penjelasan kepada aku mengenai bidang skop tugas aku, pada jam 8.14 encik rosli yang bekerja di situ menyatakan aku punyer punch card dah ada dan menyuruh aku punch card. Aku pun punch card seperti yang di suruh nya..


Pada jam 8.30 puan puteri pun sampai ke pejabat dan punch card, aku pun ikut dia, dia mengatakan bahawa ada assembling pada pagi ini, aku pun kebinbungan, assembling apa? Macam budak sekolah jer. Lepas puan puteri parking kereta nya, dia pun join assembling di ikuti oleh en khairi…

Dalam assembling hari ni , mula2 menyanyikan lagu negaraku dan kemudian lagu syarikat Syapadu, selesai sahaja menyanyikan lagu tersebut, encik Sualman memberikan sedikit peringatan dan nasihat kepada semua staff2 nya. MUla2 dia memberikan pengisian mengenai hari ibu, kita mestilah menjaga dan menghormati ibu kita, sementara ia masih ada lagi di dunia ini, kita haruslah menjaga mereka dengan baik dan jangan merosakkan mereka dengan mengikut budaya barat contohnya membawa ibu menyambut hari ibu dengan membawa ibu kehotel dan makan makanan yang ikut orang barat yang tak sepatutnya di makan.. itu adalah salah. Sementara kepada yang tidak mempunyai ibu bapa, sedekahkan al-fatihah dan juga doa buat mereka.

Kemudian, encik Sualman menceritta mengenai penyakit yang pelik mula melanda di Negara kita kerana matahari betul2 berada di atas garisan khatulistiwa. Jadi sebabkan itu, jika di lihat kebelakangan ini cuaca cukup panas dan di jangkakan akan berlarutan hingga September 2009, jadi encik sualman memesan kepada staff-staff supaya banyakkan minum air masak, kerana ia dapat dapat mengelak daripada berlakunya penyakit, di samping itu, beliau memesan supaya agar sampah2 yang berada di sekitar pejabat tersebut dapat di bersihkan kerana khuatir akan pembiakan nyamuk yang mana nyamuk ini membawa bermacam2 penyakit yang merbahaya. Selesai itu, beliau mengalu2 kan kedatangan aku sebagai orang baru di dalam company tersebut, majliis di sudahi dengan bacaan doa.Majlis bersurai.

Selesai bersurai, aku di briefing oleh puan puteri selama lebih kurang setengah jam, beliau menerangkan mengenai latar belakang syarikat, skop tugas dan berkaitan dengan latihan praktikal ini. Kemudian dia serahkan aku kepada en azman untuk langkah yang seterusnya. Aku pun ikut dia untuk berjumpa dengan encik azman, beliau membawa aku dengan kawan sepraktikal dengan aku ke bilik mesyuarat, aku pun pergi dengan rasa gembiranya,,, sesudah sampai dan duduk di kerusi bilik mesyuarat itu, dia pun memulakan percakapannya.

Permulaan pertama, dia bertanyakan berkenaan dengan apa yang perlu di buat sebagai pelatih di syarikat tersebut. Banyak nasihat yang di berikan, setelah selesai memberikan penerangan, aku di serahkan kepada en Khairi iaitu supervisor aku di syarikat tersebut, dia menerangkan serba sedikit apa yang aku perlu buat sepanjang praktikal aku, aku di maklumkan aku kena buat project, project aku adalah untuk membuat system tol iaitu LCS ( Lane Control System) di mana benda ini yang mengawal keseluruhan system yang berada di tol, kalau di perhatikan di tol, biasanya kita tengok ada penghadang, screen papar harga, lampu isyarat 2 biji tu dan ada yang lain2 yang tak perasan, iaitu sebenarnya di kawal oleh satu system, dan system itulah namanya LCS. Setelah aku di berikan penerangan oleh encik khairi, aku pun di bawa untuk meronda2 di semua lebuhraya di bawah Shapadu, aku pun ikutlah naik kereta ranger dia, sesampai jer di tol bukit raja, aku di maklumkan hari ini ada kontraktor akan pasang optic cable di seluruh plaza tol, aku amat bertuah kerana time aku masuk diaorang pasang, kalau nak pasang optic cable ini, bukannya selalu, sekali jer dalam sepanjang plaza itu beroperasi,

Jadi, aku pun melihat bagaimana cara pemasangan dia, memang menarik optic cable ini, memang jauh berbeza kelajuannya dengan cable biasa.. jauh jugaklah jarak dia dalam 9-10 km. satu tempat ke satu tempat aku lihat diaorang pasang optic cable, tapi malangnya aku tak der camera nak tangkap gambar, kalau aku dapat ambik gambar, tentu best… tapi tak mengapalah, banyak jugaklah yang aku dapat belajar hari pertama ini, hari pertama ini, aku banyak habis kan masa dengan kontraktor itu pasang cable, boleh tahan jugak lah letihnya, biasalah, baru start praktikal, dah buat kerja2 macam tu, tapi seronok walaupun keletihan, setelah tu, kami makan sama-sama, dalam kul 4.30 petang, diorang belanja pulak tu, memang rezeki aku… setelah itu, aku balik semula kat plaza yang utama, plaza itu kita panggil MOC (Management Operation Center). Jam pun pada masa tu dah jam 5 petang,

Sebelum aku balik, en Khairi menerangkan aku serba sedikit apa yang perlu aku buat untuk esok hari, esok aku akan mulakan project aku, iaitu LCS, setelah selesai memberikan penerangan, aku di benarkan balik, habis untuk hari pertama aku bekerja di Lebuhraya Shapadu... Alhamdulillah.. Syukur pada Allah kerana berikan aku tempat praktikal yang sesuai dengan minat aku..






0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP