AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Hari ke-2 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

>> Sunday, May 17, 2009

Assalamualaikum wbrt

Hari ni merupakan hari kedua aku bekerja di Shapadu, aku datang ke tempat kerja seperti biasa dalam jam 8 pagi, aku punch card, kemudian aku terus ker tempat kerja. Hari ni aku kena kemas kan bilik yang akan menempatkan project aku iaitu LCS yang mana LCS ini adalah system yang mengawal segala system tol yang ada sekarang. Dalam lebih kurang 2 jam aku mengemas dengan barang-barang elektronik yang bersepah-sepah, amat menarik ketika mengemas itu, aku jumpa macam- macam barang elektronik yang aku tak pernah tengok selama ni aku tengok, tapi aku pun tak tahu apa benda tu.

DIGITAL INPUT OUTPUT CARD


Setelah selesai mengemas, aku pun panggil en khairi iaitu supervisor aku di tempat kerja (SHAPADU), dia pun menerangkan aku serba sedikit apa yang perlu aku buat, langkah pertama yang perlu aku buat ialah mengambil LCS di bawah dan di letakkan di bilik yang aku kemas tadi. Aku dengan en Khairi pun memgangkatnya dengan susah payah, setelah letak, aku kena study diagram LCS tersebut dengan penuh terperinci, setelah study diagram, aku pun mulakan kerja aku dengan check connection LCS tersebut, hari ni aku setelkan connection bahagian Digital Input / output card, terminal block, power supply, power breaker, ATL RELAY. LTL RELAY. ALB RELAY dan ada satu dua yang aku tak tahu namanya apa. Memang rumit kerja ni, jadi ia memerlukan focus yang sangat tinggi

Aku buat benda ni, pening lah jugak mula-mulanya, biasalah, kalau dah tak tahu, tak kan lah nak duduk diam jer, jadi aku pun Tanya lah en Khairi untuk mendapatkan bantuan, aku pun refer kat dia, jadi lepas dah panggil dia untuk tunjukkan apa yang telah aku buat, jadi untuk kepastian yang nyata, en Khairi ingin membawa aku melihat LCS yang function, macam mana rupa connection dia yang sebenar ketika berada di link nanti, beliau pun mengambil kunci link di pejabat dan membawa aku ke tempat kejadian, sampai sahaja di tempat tersebut, dia pun membuka box LCS dengan menggunakan kunci yang berada di tangannya itu, dan apabila aku melihat sahaja LCS dalam tu, aku jadi lebih seronok untuk menyiapkan projek ini, memang complicated, macam- macam ada kat dalam LCS tu, dia cover banyak benda. Dalam lebih kurang 30 minit en Khairi menerangkan aku berkenaan LCS tersebut, beliau tunjukkan komponen-komponen yang berada di dalam LCS tersebut serta function dia sekali,

Aku mula nampak serba sedikit apa yang LCS ni boleh buat, aku pun kembali ke tempat yang aku kemas tadi untuk check semula connection yang aku buat, aku refer balik diagram yang telah di berikan kepada aku, aku meneruskan check connection di bahagian yang lain, setelah selesai check di semua bahagian tersebut, aku dapati ada bahagian berlainan daripada keadaan asal, jadi mengikut kata en Khairi, ikut sahaja seperti yang berada di dalam diagram, jadi aku pun ubah connection asal itu seperti yang berada di dalam diagam, setelah selesai betulkan connection , aku pun panggil en Khairi dan menerangkan apa yang telah aku dapati bahawa ia berlainan dengan diagram yang aku dapat.


POWER BREAKER AND POWER SUPPLY

Jadi, aku pun mendapat idea macam mana nak selesaikan iaitu dengan mengambil gambar yang real function LCS untuk membuat perbandingan dengan apa yang aku buat, jadi en Khairi pun mengambil kamera di pejabat dan serahkan kepada aku, aku pun pergi ke link dengan di temani oleh seorang teknition untuk melihat LCS yang funcion dan mengambil gambar, selesai mengambil gambar,aku pun pergi ke bilik tempat aku buat connection tadi untuk betulkan mengikut yang di dalam gambar, setelah semak kesemuanya, aku transfer gambar dalam kamera itu ke dalam PC dan masukkkan ke dalam pendrive untuk simpanan…. Setelah selesai, aku pun call en khairi, dan mengatakan tugas untuk hari ni dah selesai, dan esok akan sambung untuk bahagian PC pulak…

0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP