AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Hari ke-13 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

>> Wednesday, May 27, 2009

Assalamualaikum… hari ini dah masuk hari yang ke-13 aku bekerja di Lebuh raya Shapadu, dah kat 3 minggu aku try nak siapkan project aku iaitu Lane Control System (LCS). Tapi tak siap2 lagi. geram betul, yang lambat buat tu sebab nak cari barang yang tak der . kena cari kat Bukit Raja, kadang-kadang kat KTB dan kadang-kadang pulak kat NKSB, kalau ada, tentu cepat sikit nak siapkan, tapi tak mengapalah, ada hikmah di sebaliknya kot.
Memandangkan aku dah lama buat project ini, hari ni , pagi2 lagi aku dah pergi tempat kerja, sebaik jer aku punch card, aku terus pergi bilik maintenance pergi cari barang, apa-apa hal pun , hari ini aku nak ON juga LCS aku, aku nak demo hari ni jugak.aku pergi bilik maintenance ambik cable dan skru.. sampai sahaja di bilik server, aku pun susun layout untuk demo aku, aku susun ikut macam yang aku fikir kan semalam, aku plan nak letak kat playwood tu ASB, ATL, LTL, SIREN dan VCD, aku pergi ambik handrill, kemudian aku pergi ambik bateri handrill yang aku charge sejak semalam waktu aku nak balik kerja tu.



LCS aku dah bolehhh..

Aku pun siapkanlah layout demo tu, memang leceh jugak nak buat dia, silap pulak pasang cable, kena cabut balik, handrill playwood, kemudian aku masukkan skru agar component demo aku tu melekat pada playwood dengan baik. Setelah selesai, aku panggil en Hairee untuk melihat hasil kerja aku, dia lihat dah boleh test dah, tapi dia ada hal kul 2 petang, jadi sebelum aku ON kan LCS ini, aku kena check semula connection yang aku buat. Untuk mengelakkan daripada berlakunya trip. Aku Nampak kipas LCS kat bilik UPS, jadi aku rasa nak pasangkan kipas LCS lama tu kat dalam LCS aku, aku pun ambik lah kiipas kat bilik L CS tu, aku tengok dia berabuk hitam,

ATL dengan LTL aku berfungsi


Dah tengok macam tu, aku pun pergi lah bersihkan, nak bersihkan pun satu hal jugak, biasalah, benda-benda kecik macam ni, nak basuh pun payah dan mengambil masa. Setelah selesai jer aku basuk dan lapkan kipas tersebut, aku bawa ke bilik UPS untuk aku pasang, aku pun pasanglah , malangnya, aku Nampak wire coklat bersambung dengan wayar salah satu wayar pada kipas. Jadi aku potong wayar coklat itu sebab aklu tengok tak sama panjang, aku pun tanpa teragak2,aku pun potong gunakan cutter.

Aku sambungkan wayar kipas tu pada voltage 240 AC aku pasang, aku kemas-kemas sikit, semasa en Hairee tengok aku pun LCS, dia kata, kalau aku setel project ini, dia akan bagi project yang ke-2 pulak, iaitu project berkenaan router, aku minat jugak pasal networking ini, aku belajar theory jer sebelum ini, tapi secara praktikal, tak der pun, jadi ia membuatkan aku tak sabar nak habiskan dan siapkan aku punyer project ini, setelah selesai aku jumpa Azrul di bilik control room di MOC, aku pun segera bagitau dia bahawa aku dah siapkan semuanya, aku minta dia tolong check kan connection yang aku buat.

ATL, LTL and VCD demo


Setelah 10 minit aku berada di blilk server check connection y ang aku buat,, dia pun datang tengokkan connection yang aku buat, dia check2, tengok –tengok aku punyer connection ada sedikit keliru kerana aku buat connector tak ikut warna. Jadi aku perlu perbaikinya supaya orang lain yang tengok LCS aku pun dia faham dan tidak hanya aku sorang jer faham. Ada satu part tu, untuk ASB, lampu kecemasan yang warna oren tu dengan siren adalah selari, aku menggunakan 4 wayar cable yang berlainan, jadi dia menunjukkan aku cara yang lebih baik dan lebih kemas lagi iaitu menggunakan 2 cable sahaja,,

Rupa-rupanya , aku tak perasaan ada cara yang lebih mudah macam tu, al maklumlah, aku rasa ni first time aku buat wiring kot.. jadi banyak yang aku belajar, terutamanya skill untuk wiring. Aku pun betul kan seperti yang di suruh, satu persatu aku perbetulkan, lepas satu salah, aku betulkan connect ion dia. yang last sekali, aku pasang OB, tapi untuk OB aku gunakan sebagai suis kat rumah yang warna putih tu, aku sambungkan kat ke AVC port dan lagi satu di sambungkan ker LIFE DC. Setelah semua check dan di lihat dalam keadaan O.K. aku pun turn ON lah power supply, masa tu main suis dalam LCS tu masih dalam keadaan OFF.

Setelah buka sahaja main suiz yang pertama, bunyi MELETUP dan trip berlaku, aku pun dengan kawan aku kat dalam bilik tu, pergi ke bilik UPS untuk naik kan semula suis tu. Semua terpadam, banyaklah terganggu, tapi kami buat selamba jer buat macam tak der apa2 berlaku. Mujurlah cepat, kalau tak, macam2 tergendala. Tapi memang macam2 tergendala pun..

Full View of My LCS

Bila di check kembali, kipas LCS tu meletup, mungkin rosak kot, sebab aku ambik kipas tu kat bilik LCS yang lama punyer , jadi aku pun buka connection kipas tu pada 240 AC, jadi aku dan kawan2 aku yang ada kat situ, pasang semula, main suis kat LCS tu, satu per satu di ON kan , Alhamdulillah semua berfungsi tanpa ada trip kali ini, bila pc dah turn on bila kita on LCS, aku pun pergi on kan software lane system, dan sinilah aku boleh test aku punyer komponen demo ini berfungsi atau tak>

Satu per satu aku test, bila di check aku punyer ATL untuk yang mentol merah tak bernyala, dan juga VCD untuk mentol yang pertama tidak bernyalah juga.mula-mula check untuk VCD terlebih dahulu, bila di lihat, fius untk VCD1 rosak, jadi aku ambik fius yang tak pakai dekat-dekat area tu juga dan test, alhamdulilah , VCD 1 aku dah menyala. Kemudian, aku check ATL untuk lampu merah aku, tak bernyala juga, bila di buka casing yang tepi tu , aku masuk kan bulb mentol tanpa menggunakn sarung tepi tu, bulb mentol aku bernyala dan berfungsi dengan baik, holder untuk lampu itu bermasalah dan ia perlu di tukar dengan yang lain.

Alhamdulillah, ASB, ATL, LTL dan ASB aku functioning


Alhamdulillah, aku cukup bersyukur dan gembira, apa yang aku buat selama hampir 3 minggu ini, hampir membuahkan hasilnya. Aku ingin sambungkan yang selebihnya pada esok hari, aku dah Nampak apa yang aku perlu buat selepas ini. Memandangkan jam dah kul 6 petang, aku perlu kemas-kemas bilik ini sedikit sebelum aku beredar untuk pulang ke rumah... selesai semuanya, aku pun pulang..itu sahaja sekadar hari ini.



0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP