AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Hari ke-6 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

>> Sunday, May 24, 2009

Guna Bandage untuk lap Printed Circuit Board (PCB)


Guna PCB cleaner untuk cuci PCB


Asslamualaikum.. hari ini merupakan hari ke-6 aku bekerja di Shapadu, pagi ini aku datang ke pejabat awal jugaklah, dalam 7.40 pagi, macam tak percaya jer aku pergi pejabat seaawal tu, aku datang ke pejabat nak setelkan report sedikit, lagi satu nak guna printer, tapi malangnya nasib aku, kerana computer semuanya off, kalau nak on pun, aku tak tahu password diaorang, aku pun tunggulah sampai semua pekerja masuk bekerja dalam 8.30 pagi, aku hampir terlupa bahawa hari ini adalah hari isnin, di Shapadu setiap hari ini kami ada assembling atau dalam erti kata yang lain adalah perhimpunan, ala.. yang macam budak sekolah perhimpunan jugaklah,

Microprocessor Board IPC


Mula-mula kami nyanyiklan lagu negaraku,kemudian nyanyi lagu Shapadu, bila time nyanyi lagu Shapadu jer, aku jadi terpinga2 macam mana nak nyanyi ni, tak pernah dengar, tapi boleh tahan jugak sedap dia, aku pun gerak2kan lah bibir aku, bajet dah hafal lagu Shapadu lah tu, baik punyer cover.. lepas jer habis nyanyi, penyelia kanan encik sualman bagi taklimat kepada semua pekerja, dia dah kerja kat situ dah 20 tahun, bayangkanlah 20 tahun tu lama macam mana, tak tahulah nak cakap macam mana, 20 tahun still lagi kerja kat situ, kalau orang lain, paling lama pun 5 tahun dah tukar kerja, ni 4 kali ganda lamanya.


Microprocessor Board, PCB Cleaner And Network Card


Dia bukan setekat bagi taklimatnya, tapi macam bagi tazkirah kepada pekerja jugaklah waktu, bersemangat pekerja-pekerja semua, dia bagi peringatan kepada pekerja setiap kali assembling, memang satu cara pendekatan yang baiklah setiap isnin jumpa dengan semua orang, jika ada masalah, boleh jer setel waktu tu, tak payah nak pendam-pendam, buat menambah dosa jer kalau fitnah. Setelah dalam 10 minit dia bagi peringatan,dia pun membacakan doa dan kami mengaminkan doa tersebut, doa tersebut turut mendoakan kesejahteraan pekerja Shapadu dan juga bekas pekerja Shapadu, memang bestlah bila ada slot yang macam ni, boleh menguatkan semangat pekerja .


Microprocessor Board IPC

Setelah selesai jer perhimpunan tersebut, en Khairi jumpa aku dan dia suruh aku contact en Faizal iaitu kontraktor yang handle bahagian system tol, hari ini aku di fahamkan aku akan install soffware MOXA yang mana software ini di gunakan untuk system tol nanti.tapi cara nak install software ini rumit sedikit, ia tak seperti Window yang auto detect, jadi cara dia payah sikit nak install, lagi satu tak boleh nak boot masa start window tu, jadi PC kenalah setting kat BIOSk,setelah setting sikit Kat BIOS, barulah ia boleh install, ia install 8 port COM keseluruahnnya, sebab itu bila dalam processes install dia replay 8 kali di command prompt.



Industrial PC

Hari ni , macam-macam yang aku belajar perkara yang berkaitan computer yang mana susah nak dapat di tempat yang lain, saudara hasrul adalah kontraktor yang di hantar oleh en.Faizal untuk install software MOXA tersebut kerana en Faizal ada hal yang penting saudara hasrul telah banyak menunjukkan aku cara2 nak install software MOXA tu, selain itu adalah jugak yang dia ajar kat aku berkenaan dengan computer, memanglah menarik praktikal di sini, tapi tujuan aku yang utama bila dapat tahu project yang aku nak buat ni , adalah aku nak siapakan LCS ni dengan secepat yang mungkin, kerana nanti dah siap nak kena buat troubleshotting, pada hari ni hanya install bahagian software sahaja, aku akan sambung esok untuk process demo dan troubleshotting .

Plain Board in front View

0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP