AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Hari ke-7 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

>> Sunday, May 24, 2009

Equipment to clean


Assalamualaikum,,,, hari ni adalah hari ke-7 aku berkerja di Shapadu,planning aku adalah untuk lengkapkan demo tol system yang lengkap, tapi malangnya aku tak boleh siapkan pada pagi2 ni kerana orang yang handle bahagian software tersebut tidak dapat datang padi ini dipejabat kerana dia berada di pejabatnya di Sungai Besi, jadi aku pun call dia bila dia boleh datang, dia kata dalam lingkungan pukul 1 dan pukul 2 petang, jadi aku pun pagi-pagi ni selepas aku punch card aku nak g tengok keseluruhan jalan di bawah bidang tanggungjawab Shapadu.


IPC, Microprocessor, Cd-Rom player with original Cd software

Sebelum ini aku tak sempat lagi tengok Shapadu punyer lebuh raya keseluruhannya, jadi dengan masa yang terluang ini, aku pergi tengok dengan motor aku sendiri, tapi aku letak barang di pejabat dulu, simpan barang dan kemas-kemas sikit, aku pun pergi keluar dan meronda, ketika aku sampai di tol KTB, kat jalan depan sikit, aku tengok ada anak kucing kat tengah2 jalan di atas line putih, bayangkanlah lori ulang alik kat situ, aku perasan sebab aku rasa pelik kenapa lah lori kontena tu berhenti, aku masa tu kat belakang, bila nak dekat dengan lori kontena itu, aku tengok kucing kat atas jalan,


Ekor Kucing Putus

Kesian kucing tu, bahaya, aku pun perlahankan kenderaan, aku berhenti 10m meter di hadapan lori yang berhenti tu, aku patah balik semula dan aku Tanya kepada pemandu lori tersebut, kenapa? Dia menjawab ada anak kucing, ketika itu, tiba2 aku nampak lori kontena yang besar kat belakang, YA Allah, memang takut aku tengok, nyaris2 nak kena langgar, mujurlah pemandu tu nampak dan dia mengelak, bayangkanlah kalau lori kontena itu selekoh tetiba semata2 nak selamatkan kucing, tak silap cara, kontena dengan lori tu pun terbalik… dah elak kucing pulak, aku pulak ada kat depan dia. Bahaya betul,


Keadaan selepas di selamatkan

Alhamdulillah aku selamat, lepas jer kontenna tu jalan, aku pun gerak moto aku ke arah kucing tersebut, aku berhenti tengah line putih tu,aku angkat dia, aku tengok, ekor dia dah putus, kesian betul kucing tu…nampak daging ekor dia tu, merah menyala, mujurlah Allah nak selamatkan anak kucing tu, memang kesian, Kemudian, aku bawa dia kat plaza dan bagi kat post pengawal kat situ, kebetulan kat situ pulak ada anak kucing yang baru lahir,

Kelihatan Ekor yang PUTUS

Aku pun balik ke MOC, aku buat kerja aku sikit, print report dan gambar yang aku dah ambil, lepas tu aku pergi ker fakulti jap, jumpa lecturer nak Tanya tentang supervisor yang akan melawat kat tempat praktikal aku, sampai jer kat fakulti, en Mahmud cakap belum ada lagi, aku Tanya serba sedikit tentang report, dia pun Tanya aku pasal praktikal, aku pun jawablah macam biasa. Kemudian, aku balik semula ke MOC, aku sambung buat kerja aku, aku cuba cari wire yang panjang sedikit untuk aku panjangkan connection siren, lampu bulb dan lain2 lagi, tapi tak der. jadi aku pun tunggulah kontraktor yang bahagian system ini datang,


.Dalam Keadaan Ketakutan dan Terkejut

Aku pun contact dia, dia ada kat plaza bukit raja, aku pun pergilah kat plaza bukit raja, sesampai jer aku kat sana, aku pun jumpa dia, dia betulkan system yang break down kat sana, ada juga masalah system tol yang jadi lari, jadi kena guna manual jugak buat sementara waktu, setelah selesai di plaza Bukit Raja, kitaorang pun pergi kat MOC (management office center) kat rantau panjang, kitaorang sambung buat LCS yang semalam,

Untuk hari ini, tugas yang perlu di buat adalah untuk install software system pulak, yang semalam install software MOXA namanya, yang software itu untuk connection dengan input output card (MOXA CARD) dengan port seriel. Dia ada lapan port seriel, macam usb hub lah, satu usb hub boleh expande 4 hub, yang seriel port ni, 1 port jadi 8 port, yang untuk install software system adalah berkenaan perisian yang akan di gunakan penjaga tol dan juga supervisor tol tersebut, nak kira jumlah duit yang masuk, no pekerja, key in nama pekerja, jam berapa, nak print output collector today dan macam-macam lagi yang berkaitan data tol, memang cara yang install software untuk system dah MOXA adalah sangat berbeza jika di bandingkan jika kita install software seperti biasa, dia kena copy folder dan pastekan folder ke destination yang sekian-sekian,


Industrial PC (IPC)

Selesai jer setel install software, kita tengok dulu apa yang software yang tak patut ada, kita kena uninstall kan kerana bimbang dia akan menganggu system yang di install kan itu tadi, habis jer uninstall, komputer pun di restartkan semula, sekarang adalah masanya untuk aku test software tersebut, jadi aku pun runlah software tersebut, mula2 kita kena masukkan macam no akaun lah, lepas tu pilih option apa yang kita nak, nak serial port ker, parallel port ker, keyboard ker, peripherel ker dan sebagainya.


IRD Board Back View

Aku pun ujilah satu per satu, semuanya alhamdulillah berjaya, Cuma hari ni setel lah bagian software part 2, insyallah esok aku akan lengkapkan connection semua equipment2 yang di perlukan run untuk demo nanti seperti lampu bulb, siren, dan sebagainya… aku selesai jer, aku kemas-kemas bilik, lepas tu aku pun balik, selesailah untuk hari ketujuh aku di Shapadu,

Sekian terima kasih,

IRD Board In Front View

0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP