AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Handphone Al-quran (My iman)

>> Sunday, September 27, 2009

Assalamualaikum..... salam aidilfitri di ucapkan kepada seluruh umat islam di muka bumi ini, pada aidilfitri yang baru ini, saya di kejutkan dengan satu berita yang amat menarik untuk di ketahui, saya ni bab hanset kurang sikit sebab hanset dah ada, hanset pertama dalam hidup ku, dah hampir 4 tahun berkhidmat dalam hidupku. dia lah n-gage QD. punyerlah tahan,

te
tapi ketetapan pendirian aku tergoyah apabila abang ipar aku memperkenalkan hanset yang baru dia beli ramadhan tahun ni ,ia adalah "myiman" satu2 hanset Al-Quran, memang menarik, aku terpegun tengok, ada dual sim port, ada hadist , terjemahan bahasa, ada suara baca Al-Quran tu, pergh dan macam2 lagi lah, rasa nak beli satu lah, nak g cari kilang dia. kat KL syarikat tu rasanya.. nak jadikan hanset "myiman" ni sebagai hanset ke-2 dalam hidupku.. huhuhuu.....

MY IMAN D818


Ciri-ciri perisian;


-bacaan al-quran 30 juzuk & teks berwarna Rasam Othmani -28 terjemahan bahasa termasuk bahasa melayu dan inggeris -doa khatam al-quran -tafsir alquran termasuk Tafsir Ibnu-Kasir (Arab), Tafsir Jalalain (Indonesia, Arab, Inggeris, Perancis) -11 buah kitab hadis termasuk Sahih-Bukhari, Sahih-Muslim, Sahih Abi-Daud, Sahih Ibnu Majah dan lain-lain -waktu solat, azan dan kiblat mengikut daerah di Malaysia dan bandar-bandar utama luar negara


Ciri-ciri telefon:

-skrin sesentuh TFT Lcd berserta pen sesentuh -Bleutooth -mp3 dan mp4 -FM radio -video player(3gp) -2 sim kad 2 band -stereo speaker -warranty 1 tahun -external sd card slot -camera 1.3 megapixel


Accessories:

-2 GB SD card -1 charger -1 battery -1 earphone -kompas -buku panduan

Extra feature

-games -unit converter -currency converter -world clock

Terdapat dalam 2 jenis warna iaitu PUTIH dan HITAM




Baca Berikutnya.....

Prestasi unggul untuk perniagaan

>> Friday, September 25, 2009

PENGELUAR produk teknologi terkenal, Dell baru-baru ini telah memperluaskan siri pengkomputeran Vostro menerusi pengenalan model Vostro 1220.




Dengan rekaan bergaya, nipis dan ringan, ia dibangunkan secara eksklusif untuk golongan peniaga kecil yang mahukan tawaran ketahanan bateri serta sekuriti tanpa kompromi.

Didatangkan bersama skrin seluas 12.1 inci, model berkenaan dipacu menggunakan pemproses Intel Core 2 Duo dengan ketahanan bateri selama sembilan jam sesuai untuk kegunaan peniaga yang sering mengembara.

Menurut Pengurus Besar Perniagaan Kecil dan Sederhana Dell Asia Selatan, Khoo Teng Guan model tersebut diperkenalkan berdasarkan permintaan daripada pengguna.

''Pengguna hari ini mahukan komputer riba dengan prestasi terbaik, berkuasa, sistem sekuriti yang terjamin serta tahan lama bagi memenuhi keperluan pengkomputeran mobiliti mereka,'' katanya

Baca Berikutnya.....

Cara mengganti Logo Google dengan Nama anda

>> Wednesday, September 23, 2009

Siapa yang tak kenal dengan Google, search engine paling popular dengan latar belakang berwarna putih dan berlogo "Google" di atas kotak carian nya. Jika anda bosan dengan penampilan logo tersebut, anda boleh membuat halaman seperti Google dengan nama anda sendiri. Caranya sangat mudah. Hanya klik-klik saja logo dan style yang diinginkan, dalam sekejap sahaja anda akan boleh memiliki halaman carian seperti Google dengan nama anda sendiri.





Ikuti langkah berikut :

1. pergi ke http://www.funnylogo.info/create.asp 2. Masukan nama yang anda inginkan sebagai nama enjin carian anda. 3. Tentukan style tulisan yang diinginkan, misal: Google Style. 4. Klik "Create My Search Engine". 5. Setelah itu akan muncul "Ruangan Google" dengan logo yang kita inginkan. Untuk membuat halaman tersebut menjadi halaman default ketika anda membuka browser, copy alamat yang tertera pada Address. Tak tau camner? takpe, saya ajar :) Untuk Browser Internet Explorer (IE): 1. Klik menu Tools - Internet Options 2. Pilih tab General, pastu ubah field Home Page dengan alamat tersebut. Untuk Browser Mozila: 1. Klik menu Tools - Options 2. Pilih tab Main, pastu ubah field Home Page dengan alamat tersebut. 3. Pada field When Firefox starts, pilih setting Show my home page, klik OK. Selamat mencuba...


Baca Berikutnya.....

Masalah Dengan Celcom Broadband????

>> Tuesday, September 22, 2009

Ada beberapa masalah yang timbul apabila menggunakan celcom brodband terutama yang menggunakan modem keluaran huawei.Di sini saya memaparkan masalahnya dan cara penyelesaiannya: Tidak boleh menggunakan yahoo messenger apabila guna celcom broadband terutama yg guna vodafone penyelesaian:




1. pegi kat start dan pegi ke control panel dan klik 2. klik pada network connection dan akan keluar vodafone mobile connect atau yang sewaktu dengannya,sape yg pakai blue cube akan kuar blue cube punye dial up 3. right klik pada simbol tu..dan kemudian pilih properties 4. apabila kuar window untuk properties tu...pilih networking...dan klik pada ip protocol..sesudah itu...klik properties kat bawah tu... 5. klik pada Use the following DNS server address 6. kat preferred DNS server tu..letak ip.no ni.---> 208.67.222.222 7. kat alternate DNS server..letak no ip ni. ---> 208.67.220.220

Baca Berikutnya.....

Tips penjagaan komputer..

Disini saya senaraikan Tip- tip yang berguna untuk menjaga komputer atau laptop..

1. Jangan install lebih dari 1 OS dalam satu sistem

2. Jangan letakkan bilangan user yang terlalu ramai dalam sesuatu sistem,paling banyak pun 2, terbaik biar hanya 1 user saja

3. Jangan install perisian yang anda tidak pasti sumbernya

4. Berhati-hati apabila update driver motherboard dan processor (biasanya tak perlu update pun)....

5. Sentiasa update perisian antivirus anda

6. Jangan install atau cuba run perisian yang melebihi kebolehan sistem anda (biasanya game lar,memerlukan spesifikasi yang tinggi)

7. Elakkan install perisian terlalu banyak dalam drive anda install OS anda,

8. elakkan juga menyimpan fail dalam drive tersebut, simpan dalam drive atau partition lain

9. Berhati-hati ketika mereka partition, data dalam partition yang anda delete dan reka semula akan hilang sama sekali

10. Ketika menggunakan perisian untuk tweaking setting komputer, berhati-hati agar tidak menjadikan anda menyesal kemudian hari

11. Jangan overclock sistem anda walaupun anda cukup hebat dalam bidang tersebut, banyak komplikasinya, dan jangka hayat sistem anda akan berkurang

12. Jangan memaksa sistem anda bekerja untuk beberapa perisian serentak,contohnya membuka 7 ke 8 perisian serentak!!!

13. Elakkan install terlalu banyak perisian yang anda tidak perlukan

14. Scan virus sekurangnya sekali seminggu, defragment,check registry,buang fail tak penting sekurangnya sekali setiap 2 minggu

15. Elakkan menggunakan "regedit" dan "services.msc" jika anda kurang mahir mengenainya!!!

16. BIOS?Jangan usik jika anda tidak mahir mengenainya!!!

17. Membuka casing untuk penyejukan memang bagus, tapi pastikan anda prihatin dengan kebersihan sistem anda

18. Penggunaan sistem penghad kuasa digalakkan, seperti PowerBuster

19. Jangan install perisian perlindungan komputer hebat yang menggunakan password kalau anda seorang yang pelupa!!!

20. Andai anda ingin membawa pc anda untuk perjalanan jauh, seperti naik bas, tanggalkan beberapa komponen dan bawa dalam beg berasingan seperti hard disk, graphic card, untuk mengelakkan berlaku kerosakkan kepada komponen ini apabila pc anda mengalami hantukan atau terjatuh!!!

21. Elakkan install perisian mencurigakan, jika anda tidak mahu menjadi gelabah kemudian,seperti muncul senarai "gambar blue" dalam senarai screensaver anda secara tiba-tiba,yang sudah pasti anda tidak tahu cara deletenya.lebih teruk kalau komputer anda diserang virus atau ditakluk trojan.

22. Sistem anda perlahan,walaupun anda sudah tweak setting?upgrade la hardwarenya

23. Restart/Reset komputer ketika masalah muncul kadang-kadang membantu

24. Jangan membiarkan komputer anda terbuka 24jam sehari...akan membawa kesan jangka panjang yang teruk,seperti motherboard atau processor melebur



Baca Berikutnya.....

TANDA-TANDA JANGKITAN VIRUS

Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, ianya belum dapat menjamin 100% selamat.Tahukah anda apakah tanda-tanda jika pc kita telah dijangkiti virus?

Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:

  • PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
  • Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
  • Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
  • Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
  • Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
  • Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
  • Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
  • Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
  • Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
  • Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
  • Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
  • Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
  • Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
  • Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
  • Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
  • Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
  • Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
  • Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
  • Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
  • Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
  • Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
  • Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
  • Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

Baca Berikutnya.....

PINTASAN MUDAH

Di sini saya ada sediakan beberapa pintasan mudah yang pasti berguna terutama kepada mereka yang masih baru dalam bidang ini. Selamat Mencuba!


Shut down
Untuk shut down tekan kekunci Alt + F4

Memilih File
Untuk memilih beberapa file sekali gus yang tidak tersusun tekan Ctrl dan klik kiri pada file


Select All, Copy, Paste dan Save
Untuk Select All tekan kekunci Ctrl + A, Untuk Copy tekan kekunci Ctrl + C, Untuk Paste, tekan kekunci Ctrl + V dan Untuk Save tekan kekunci Ctrl + S. Untuk Un do tekan Ctrl + Z

Untuk menghentikan "downloading web page"
Selain dari klik pada ikon stop pada taskbar, anda boleh juga menekan kekunci Esc.


Untuk membuka link dalam satu tetingkap baru
Selain dari klik kanan >Open Link in New Window. Anda boleh juga menekan kekunci Shift serentak dengan klik kiri dengan meletakkan penunjuk tetikus pada link yang dikehendaki. Ini sangat berguna apabila kita melayari laman web yang banyak mengandungi image.

Pintasan ke 'Start'
Selain daripada menggunakan tetikus atau kekunci berlogo Windows untuk pergi ke Start, anda juga boleh menekan Ctrl + Esc.

Menaip URL pada Address Bar
Jika anda menggunakan Internet Exploreratau Mozila Firefox. Anda tidak perlu menaip "http://www.smartpurnama.com" di adress bar, sebaliknya anda hanya perlu taip "smartpurnama" sahaja dan kemudian tekan Ctrl + Enter. Begitu juga lain-lain URL yang bermula dengan http://www. dan berakhir dengan .com
- Shift+Enter: Untuk alamat .net
- Ctrl+Shift+Enter: Untuk alamat .org


Mencetak dari web
Untuk mencetak satu frame dari web page, klik kanan dalam frame tersebut dan klik print.

Melihat properties sesuatu fail
Cara lain untuk melihat properties sesuatu fail ialah dengan menekan ALT + ENTER @ ALT + 2 klik

Membuka satu tetingkap IE baru
Tekan Ctrl+N, untuk membuka satu tetingkap baru Internet Explorer.

Menamakan (rename) sesuatu fail
Cara lain untuk menamakan semula (Rename) sesuatu fail, ialah dengan menekan F2.


Membuang fail tanpa ke Recycle Bin
Untuk membuang sesuatu fail tanpa dimasukkan ke dalam Recycle Bin dengan segera, anda perlu menekan kekunci SHIFT + DELETE.
Dengan ini anda tidak perlu mengosongkan Recycle Bin.

Menyimpan Url kedalam My Favorite
Tekan Ctrl+D semasa web page itu berada dalam browser Internet Explorer.

Hentikan Fungsi Autoplay
Untuk menghentikan fungsi autoplay ketika memasukkan CD, anda perlu menekan kekunci SHIFT ketika memasukkan cakera padat (CD) anda.

Pintasan ke tapak web baru
Bagi pengguna Internet Explorer @ Netscape Navigator, langkah untuk membuka satu tapak Web baru boleh dipermudahkan dengan menekan kekunci Ctrl dan kekunci O secara serentak. Pelayar Web versi berlainan mungkin menggunakan kekunci L selain kekunci O.

Pintasan untuk Windows Explorer
-Untuk ke Windows Explorer dengan mudah, anda hanya perlu menekan kekunci ber'logo' Windows serentak dengan kekunci E.

Fungsi kekunci F11
-Untuk melihat browser Internet Explorer dalam Full screen mode, tekan kekunci F11. untuk kembali tekan F11 sekali lagi.

Melebarkan dan mengecilkan tingkap
-Anda hanya perlu klik 2 kali pada 'title bar' untuk membesarkan atau mengecilkan saiz tetingkap anda misalnya internet explorer.

Pintasan web dari desktop
-Anda boleh membina pintasan dari desktop ke webpage dengan cara klik kanan pada web page diikuti dengan Create Shortcut.

Masalah untuk bermain games
-Sekiranya anda telah meng'install' sesuatu games tetapi tidak dapat bermain kerana sistem menyatakan tiada CD walaupun anda telah memasukkan CD
tersebut, anda perlu copy fail dari direktori patch atau crack dari cd
tersebut ke dalam folder games itu di hard-disk.

Mempersegarkan paparan
-Persegar Paparan- Anda boleh membuat pilihan sama ada menekan butang View/Fresh yang terletak pada taskbar atau memanfaatkan
butang kekunci F5 bagi mempersegar (refresh) pada paparan Explorer. Ini memudahkan anda sekiranya memeriksa kandungan beberapa keping disket secara berterusan.

Melihat permulaan dan akhir dokumen
-Untuk melihat permulaan sesuatu dokumen, tekan kekunci HOME, untuk melihat akhir sesuatu dokument tekan kekunci END.

Pintasan mudah
-Anda boleh menggunakan beberapa pintasan yang disediakan pada papan kekunci untuk membuka program tertentu iaitu:
Tekan kekunci Windows dan :
E -melancarkan Windows Explorer/My Computer
R -membuka kotak Run
F -membuka kotak Find
M -mengecilkan semua tetingkap yang terbuka (untuk membesarkan tekan Shift+Windows+M)

Baca Berikutnya.....

ESET hasil penyelesaian antimalware






VENDOR pengeluar produk perlindungan untuk komputer peribadi, pelayan dan sistem, ESET menghasilkan penyelesaian antimalware yang dibangunkan untuk perniagaan serta pengguna lain di Malaysia.





Antivirus ESET NOD32 dan ESET Smart Security terbabit kini boleh didapati dalam versi keempat yang mula dipasarkan di negara ini.


Versi keempat dibina berdasarkan teknologi pengesan virus
dan malware secara proaktif iaitu ThreatSense ditambah dengan 20 keupayaan baru yang menguatkan perlindungan, memperbaharui sistem diagnos serta pemulihan di samping pengurusan lebih stabil.

Berdasarkan keupayaan terbabit, ESET dikatakan mampu bertindak lebih pantas, operasi transparen dan tidak memerlukan sistem memori atau ruang cakera yang banyak.




ESET mempunyai teknologi yang melindungi data secara automatik dengan mengesan ancaman secara mendalam.

Selain itu, ESET NOD32 dan ESET Smart Security turut memiliki sistem imbasan arkib termaju, kawalan akses media mudah alih, SysInspector dan SysRescue.

Baca Berikutnya.....

PC semua-dalam-satu



KONSEP komputer peribadi (PC) semua-dalam-satu membuka pasaran teknologi negara ini dengan pengenalan Lenovo IdeaCentre C100 yang disepadukan dengan desktop, skrin berkamera, pembesar suara dan mikrofon.







Disasarkan kepada pengguna moden, C100 didatangkan dengan skrin 18.5 inci ditambah sistem keselamatan Rescue Lenovo yang memindahkan fail berharga jika terdapat masalah pada PC.


PC terbabit menggunakan Intel Atom Core sebagai penggerak pemprosesan.





>Spesifikasi

PRODUK: Lenovo C100

HARGA: tidak diperoleh

PEMPROSESAN: Intel Atom 330 / 230

SISTEM OPERASI: DOS

PAPARAN: 18.5 inci

SET CIP: Intel 945GC

SLOT MEMORI DDIM: 1GB DDR2 SDRAM

PEMACU CAKERA KERAS: 160GB SATA HDD

GRAFIK: Intel Graphics Media Accelerator 950

PEMACU OPTIKAL: DVD-RW

KAMERA: 1.3 megapiksel

DIMENSI: 484 x 395 x 55mm

Baca Berikutnya.....

185 laman web kena ceroboh

PEMILIK laman web di Malaysia diminta berhati-hati dan mengemas kini sistem keselamatan mereka daripada diceroboh penggodam Internet berikutan insiden serangan terhadap laman web Malaysia baru-baru ini.

Pemilik laman web Malaysia perlu mengemas kini dan melindungi aplikasi serta pelayan mereka dengan perkhidmatan keselamatan bagi melindungi kelemahan tersembunyi.






"Ia perlu bagi mengelak sebarang ruang yang boleh dieksploitasikan penggodam untuk menjejaskan laman web mereka," kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam satu kenyataan akhbarnya, SKMM berkata insiden kali pertama dikesan pada 31 Ogos dan ia kini menjejaskan 125 laman web.

Insiden terbabit menyaksikan penggodam itu memasukkan halaman kandungan dengan ancaman ke laman web seterusnya mengumumkan kejayaan mereka melemahkan laman web itu.

Suruhanjaya itu berkata ia memantau situasi terbabit menerusi Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM (SNSC) dan mengesan pelbagai komen yang dihantar penggodam berkaitan blog, forum dan laman web sosial.

Berdasarkan laporan daripada pemilik laman web yang digodam, tiada bukti menunjukkan kegiatan terbabit menjejaskan laman web mereka melainkan sisipan halaman baru dihantar penggodam.

SKMM giat bekerjasama dengan mereka dalam usaha membantu mengemas kini laman web yang digodam dengan pek perkhidmatan terbaru bagi membaiki masalah itu dan membuang laman web yang disisipkan.

Pemilik laman web dinasihatkan menghubungi SKMM jika mereka mengesan kegiatan tidak bermoral dalam laman web mereka.

Baca Berikutnya.....

Kapasiti penyimpanan data hingga 4TB

PENERAJU dalam penyelesaian penyimpanan luaran, Western Digital (WD) memperkenalkan sistem penyimpanan rangkaian dua pemacu My Book World Edition II dengan kapasiti sehingga 4 Terabaut (TB).

Dengan perlindungan berganda dua pemacu Mirrored (RAID 1) dan perisian sokongan berterusan, sistem penyimpanan rangkaian menyediakan tempat lebih selamat bagi pengguna bagi menyokong dan menyimpan data dan media digital daripada semua komputer pada rangkaian mereka dalam satu tempat atau pusat.



Boleh didapati di peruncit terpilih dan kedai online WD, sistem pemacu berganda bersama-sama dengan My Book World Edition boleh digunakan pada komputer Mac.

Berdasarkan kepada laporan bulan Julai tahun lalu oleh firma penyelidikan Park Associates, bilangan isi rumah dengan rangkaian data akan berkembang daripada sekitar 170 juta pada 2008 kepada 240 juta menjelang akhir 2012.

Firma berkenaan juga melaporkan, purata isi rumah yang menggunakan jalur lebar akan melihat keperluan penyimpanan media digital akan bertambah kepada 900GB pada penghujung 2012.

Ditambah pula pengguna menunjukkan kebanyakan ciri penting bagi peralatan network-attached storage (NAS) adalah amaun penyimpanan yang ada.

Dengan kapasiti yang besar sehingga 4 TB, sistem penyimpanan rangkaian My Book World Edition II akan memenuhi keperluan yang semakin besar dalam penyimpanan data di rumah.

Sistem penyimpanan rangkaian My Book World Edition II menggunakan teknologi RAID 1 (Mirrored) secara automatik dan berterusan mengekalkan salinan kedua bagi data pengguna.

Tambahan pula, rangkaian perkakasan My Book World Edition II termasuk perisian yang meringkaskan tugasan secara automatik dan sokongan data berterusan untuk semua komputer peribadi di rumah.

Sistem penyimpanan My Book World Edition II dalam mod Mirrored dan menggunakan separuh kapasiti fail lebihan.

Muzik, foto dan video boleh dialirkan terus daripada My Book World Edition II kepada mana-mana PC, Mac atau pemain media sambungan DLNA seperti TV, Microsoft Xbox 360 dan Sony Playstation atau bingkai gambar digital tanpa wayar menggunakan pelayan media UPnP (Universal Plug and Play) dan pelayan perisian iTunes Music.

Pengguna juga boleh mengakses dengan selamat fail mereka daripada mana-mana di dunia melalui Internet menggunakan perkhidmatan akses mudah alih MioNet termasuk semua sistem simpanan My Book World Edition II.

"Keluarga mempunyai lebih banyak media digital seperti filem, foto dan muzik untuk disimpan, dikongsi dan dilindungi.

"Mempunyai dua pemacu di dalam sistem penyimpanan rangkaian My Book World Edition II yang secara automatik dan segera menyalin data menawarkan pelanggan perlindungan pada masa sebenar bagi apa-apa kandungan berharga mereka," kata Pengarah Jualan dan Pemasaran, Kumpulan Produk Berjenama Asia Pasifik, Craig Davis.

Sistem penyimpanan rangkaian My Book World Edition II telah berada di pasaran dalam kapasiti 2TB dan 4TB di pengedar Digital Paper Sdn Bhd seluruh negara,

Harga runcit bagi sistem penyimpanan dua pemacu MY Book World Edition II adalah RM 2,199 bagi 4TB dan RM1,249 bagi 2TB



Baca Berikutnya.....

Pulihkan hidden file di sebabkan oleh virus......

>> Friday, July 31, 2009

Assalamualaikummm………………..
Apa semua wahai sahabat-sahabatku.. hari ni nak kongsi sedikit tips hack untuk anda semua……
Perasan tak kadang-kadang file word anda tiba-tiba hilang bila masuk pendrive ke dalam PC yang mengandungi virus???????????? Dan bila scan dengan computer yang ada antivirus, ia akan detect file word anda sebagai virus dengan extension file .exe??? habis semua report-report dan file-file penting anda dalam word bermasalah………???????

JANGAN FORMAT PENDRIVE ANDA!!!!!!!!


Di sini ada jalan penyelesaiannya…..
Sebenarnya file word anda tidak hilang atau di delete, Cuma file word anda di hiddenkan.. kalau di perhatikan bila anda cuba untuk disable kan hidden file itu tidak boleh walaupun anda pergi ke properties file tersebut.




jadi, macam mana nak setelkan masalah ni??????????
Senang jer… sebenarnya, virus tersebut telah mengubah attribute file word anda, jadi anda perlu mengubah attribute dia kembali pada asal.. cara dia ada banyak, salah satunya boleh guna common prompt (CMD) untuk ubah attribute dia. Tapi cara dia agak rumit pada siapa yang tak biasa..
Jadi kat sini, saya ada cara yang paling mudah dan senang untuk semua orang guna, saya terjumpa software ( hidden file tools) ini tika melayari internet tika bosan-bosan..ia dapat recover balik hidden file dan folder kembali kepada yang asal.




Cara nak gunakan dia..
1. Open path, drive atau folder..
2. Tekan attributes hidden
3. Kalau nak detect word,ppt, xcl sahaja, click pada filter dan select yang jadi pilihan di hati.
4. Kemudian Klik search ( ia akan detect folder-folder atau file-file yang hidden)
5. Dah selesai search. Highlight file yang nak di baiki dan Click change…
6. Lihat lah perubahannyaa….

Download

Selamat mencuba…

:-)




Baca Berikutnya.....

Hari ke-40 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu (TERAKHIR)

>> Sunday, July 5, 2009

EN SUHARMAN GIVE HIS TALK


Assalamualaikum wbrt, hari ini merupakan hari yang ke-40 aku bekerja di Lebuhraya Shapadu. Pagi ini, awal pagi, en Hairee meminta aku untuk mengemaskan bilik server untuk dia duduk nanti, aku pun bincang dengan dia lebih kurang 10 minit untuk setting layout nak susun macam mana. Setelah selesai susun layout , kami dan di bantu oleh Amin sama-sama mengemaskan bilik tersebut mengikut layout yang di bincangkan oleh kami tadi.


AT MEETING ROOM


Setelah selesai, aku pun pergi lah solat jumaat. Selesai solat jumaat, aku mengikut en Zaini beli barang sparepart, selepas itu, aku pun balik ke MOC semula, aku pun start moto aku pergi merayau-rayau kat lebuhraya Shapadu, semasa merayau, tetiba kak Ramlah telefon aku, dia minta aku balik MOC segera kerana diaorang buat majlis untuk aku dengan Amin sempena hari terakhir praktikal di Shapadu ini, hati aku betul-betul sebak ketika majlis itu berlangsung, ya Allah , syukur Alhamdulillah, aku dapat praktikal di sini, aku suka sangat-sangat dan aku sayangkan semua orang kat sini, terima kasih Ya Allah, .



Kami buat majlis di bilik mesyuarat, pengurus kanan Lebuh raya Shapadu ini, iaitu En Suharman memberikan kata-kata aluan dan peringatan kepada kami. banyak nasihat yang beliau berikan kepada kami agar kami teruskan perjuangan kami ini, selesai beliau memberikan kata-kata aluan, Amin pula bangkit untuk memberikan kata-kata aluan kepada anggota yang lain, beliau meminta maaf kepada semua orang, mengucapkan terima kasih atas apa yang telah di berikan.


THE PC WHICH I ALREADY FORMATED AND INSTALLED




Selesai sahaja beliau berucap, giliran aku pulak berucap kepada ahli mesyuarat, aku pun memulakan dengan bacaan basmallah dan selawat kepada nabi sallahualaiwassalm. Aku memohon maaf kepada semua orang dan mengucapkan terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga kepada mereka semua. Banyak sungguh yang aku dapat pelajari di lebuh raya Shapadu ini, setelah selesai, en Suharman pun menyuruh en Hairee untuk menyampaikan hadiah kepada kami berdua.. kemudian, selesai sahaja penyampaian hadiah tersebut, en Suharman menyuruh aku membacakan doa makan, aku pun bacakanlah doa, kami pun makan.


AT SERVER ROOM



Setelah bersurai, aku pun bersalaman dengan mereka, aku bermaaf-maafan dengan mereka, sebak hati aku rasa, tapi aku sembunyikan, aku tahan sahaja, rasa berat sangat nak tinggalkan Lebuhraya Shapadu ini.Tapi nak buat macam mana, tak dapat nak di elakkan , setiap pertemuan , akan ada perpisahan, itu lumrah manusia.

MY PRESENT (GIFT)



Aku pun kemas-kemas barang aku , aku pun pulang kerumah. Selamat tinggal LEbuhraya Shapadu, kalau ada jodoh,aku akan datang lagi..
:-(

Baca Berikutnya.....

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP