AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

LED Tahan lebih lama

>> Monday, June 1, 2009



KEBAIKAN lampu LED hebat diperkatakan terutama ketika manusia menuju pemanasan global yang dahsyat sehingga menimbulkan kontroversi mengenai kebanyakan produk dihasilkan di dunia ini.





Lampu LED pula adalah salah satu produk yang boleh di'hijau'kan inovasi terkini apabila ia dikatakan lebih baik jika dibandingkan dengan fluorescent (CFL) dan mentol tradisional lain di pasaran.


Pengurus Sokongan Aplikasi Pencahayaan Philips ASEAN, Matthew Cobham pernah memaklumkan kestabilan lampu LED membolehkannya tahan lebih lama.

"Kebolehan terbabit mengurangkan kos penyelenggaraan kerana pengguna tidak lagi perlu kerap menukar mentol malah ia 10 kali lebih cerah," katanya.


Terdapat fakta menjangkakan jika semua lampu di Asia Pasifik ditukar kepada pencahayaan cekap tenaga seperti LED, bil elektrik akan berkurangan sehingga 40 peratus.

Menjelaskan perkara itu, Cobham berkata ia turut mengurangkan kos tenaga setiap tahun iaitu RM195 bilion, mengurangkan 245 ton pengeluaran karbon dioksida setahun, 55 juta tong minyak setahun dan mengurangkan 190 tapak pemprosesan tenaga.


Lampu ini mampu menjimatkan tenaga elektrik kerana hanya menghasilkan tiga watt tenaga selain mampu mengurangkan pemanasan global yang menjadi isu hangat diperbahaskan.

Melihat dari aspek mesra alam, lampu LED menepati kehendak alam sekitar kerana sumber pembuatannya tidak mengandungi raksa dan mempunyai jangka hayat lebih lama.


LED adalah inovasi terkini yang mampu melindungi alam sekitar terutama dari kebocoran raksa di samping ia sebagai contoh teknologi yang tidak melupakan tahap efisyen tenaga malah LED adalah jawapan kepada isu peningkatan kos elektrik.


Sementara dari segi hiasan dan rekaan, lampu LED adalah pilihan terbaru kepada pereka untuk dijadikan sumber dalam rekaan mereka.


Lampu LED sangat bersesuaian sama ada untuk rumah atau pejabat kerana ia memiliki 16 juta warna berlainan malah jika digunakan di dinding, ia memberi warna mengikut kesesuaian dan boleh ditukar bila-bila masa.

Contohnya, pengguna tidak lagi perlu menukar cat jika mahu warna yang baru tapi cukup dengan menukar lampu LED memberikan kepelbagaian warna dikehendaki di dinding rumah atau pejabat.


0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP