Hari ke-17 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu
>> Wednesday, June 3, 2009
Assalamualaikum wbrt, hari ni merupakan hari yang ke-17 aku bekerja di Shapadu, hari ini aku nak setelkan masalah yang aku belum setelkan iaitu receipt printer, project aku Cuma tak setelkan lagi receipt printer lagi, aku tak der cable atau port untuk sambungkan receipt printer tersebut,
Pagi ini, aku tengok-tengok aku punyer project, aku check balik ,aku dapati lampu untuk ATL aku adalah terbalik , merah aku menyala belah lampu hijau manakala lampu hijau aku menyala pada belah lampu merah, jadi aku kena fikirkan macam mana nak setelkan masalah ini, aku kena terbalikkan antara dua cable tersebut, cable merah masuk port cable hijau dan cable hijau masuk port cable merah.
Jadi aku off kan aku punyer LCS dan tukarkan cable port aku, Alhamdulillah ATL aku dalam keadaan O.K.. hari ini tak banyak kerja yang aku perlu buat, jadi aku pergi lah tolong sikit-sikit staff yang ada kat situ yang perlukan bantuan sementara tunggu kontraktor datang lihat aku punyer LCS dan bawakan cable aku. Hari ni barulah aku dapat relax sedikit, jadi pagi ni aku banyak ronda-ronda lebuh raya melihat keadaan traffic.
Dalam kul 2.30 petang, contractor yang di janjikan itupun datang, jadi dia melihat aku punyer LCS . bila di lihat, aku sebenarnya boleh menggunakan port yang sambung kat motherboard processor itu, Cuma aku tak tahu akan kewujudan port tersebut kerana barang-barang elektronik bercampur-campur dalam satu kotak. Alhamdulillah semuanya dapat setel dengan baik , receipt printer aku dapat berfungsi dengan baik, dan akhirnya project aku dah Berjaya sepenuhnya.. syukur Alhamdulillah….
Aku pun berbual dengan staff di situ berkongsi kan pengalaman-pengalaman mereka serta memberikan nasihat aku yang berguna. Aku gembira dapat bekerja di sini.. syukur Alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment