AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Hari ke-16 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

>> Wednesday, June 3, 2009

Assalamualaikum… hari ini merupakan hari yang ke-16 aku praktikal di Lebuh Raya Shapadu ini, minggu ini dah masuk minggu yang ke-4 aku praktikal, dah dekat hampir sebulan, masa begitu pantas berlalu, aku rasa macam baru jer semalam aku praktikal di sini, aku kalau boleh nak kasi lama lagi di sini, seronok sangat praktikal di sini, staff2 semua baik hati sangat2 , sporting, banyak membantu, peramah, tak tahulah nak kata macam mana, aku dah sayanglah pulak kat sini, suasana kerja dia tenang jer.. ko buat lah ikut suka hati ko nak buat dan rancang, asalkan kerja ko jalan dan siap on time.


Keadaan Traffic di Awal Pagi di Bukit Raja

Tu lah yang best nyer, kerja enjoy, tension sikit2 jer bila system down, mula2 memang tension , bila dah lama2 dah biasa dah , tak der masalah, standard lah tu.. pagi ini aku datang awal giler, tak tahulah kenapa aku datang awal sangat, aku tak sabar betul nak pergi kerja hari ni, kul 6.45 pagi aku dah bersiap2 hensem2 nak g kerja, memang hensem lah hari ini, gurau jer.. tengok luar, gelap lagi, aku pun tengok2 report aku lepas2 dan rancang serba sedikit apa yang aku nak buat hari ini..


BKF 2903 berehat sebentar di Bukit Raja (huhuuu... kuda perangku!!)


Minggu lepas hari jumaat aku tak dapat ambik gambar di site, memang hari jumaat tu hari yang paling lama aku berada di site, rugi aku tak der kamera kerana kamera masa itu en Azman pakai, jadi tak dapatlah aku ambik gambar minggu lepas, jadi oleh itu, hari ini aku nak jadi orang yang pertama yang pinjam kamera hari ini, aku nak ambik gambar banyak-banyak, sesampai jer aku kat pejabat, aku punch card,aku letak beg aku terus ke bilik control room untuk meminjam kamera,aku pun terus bergerak pergi ker westbound untuk mengambil gambar traddle yang telah di konkrit, alhamdulillah, traddle telah pun di konkrit, aku pun bergegas pergi ke Bukit Raja untuk melihat keaddaan traffic di sana.

TRADDLE YANG TELAH DI KONKRIT DI PLAZA KTB
(KAPAR TO BARRIER)


Sesampai di Bukit Raja, pagi-pagi lagi aku dah jumpa orang yang bermasalah, card smart tag dia tak boleh berfungsi lah pulak, kat situ adalah orang yang jaga, dia pun bukalah palang, keadaan traffic waktu itu agak sesak jugak,memandangkan orang ramai sibuk pergi ke tempat kerja. Setelah aku ambik gambar traffic di Bukit Raja, aku pun singgah ke KTB,

NI LAH KEYBORD YANG DI GUNAKAN JURUTOL



WAKTU AWAL KELUAR DARIPADA KOTAK


KEYBOARD YANG DI GUNAKAN DI LANE


SEBELUM DAN SELEPAS KEYBOARD SIAP DI PASANG

Keadaan traffic di KTB agak terkawal, minggu lepas lane 7 di KTB di pecahkan konkritnya untuk mengeluarkan traddle dan di gantikan traddle yang baru, aku lihat pagi ini, lorong itu masih di tutup dan tidak beroperasi lagi sepenuhnya. Jadi selesai aku tinjau semua keadaan, aku teringat bahawa pagi ini ada perhimpunan di MOC, aku pun segera pulan ke MOC, mujur sempat, hari ini en Suharman tidak hadir pagi ini mungkin ada urusan yang lain,jadi hari ini tak dapatlah mendengar nasihat dan peringatan daripadanya.. en AZMi yang gantikan en Suharman, kami menyanyikan lagu negaraku dan kemudian lagu Shapadu dan di susuli dengan dengan bacaan doa, dan perhimpunan bersurai.


TFI ( TOL FARE INDICATOR) AKU BERJAYA BERFUNGSI


OVERALL VIEW

TESTING LED KELAS

TESTING LED HARGA


Aku pergi melihat keadaan bilik server aku, aku tengok TFI aku, aku mesej kepada NAS untuk lihat kan TFI aku setelah dia bersarapan, sementara menunggu dia, aku buatlah sedikit report minggu lepas yang tak siap lagi. Tengah buat, NAS pun datang untuk melihat TFI aku , bila aku ON jer, TFI aku dah boleh berfungsi dengan baik . Syukur Alhamdulilah, aku rupanya semalam tak restart IPC, sebab itu TFI aku tak berfungsi dengan baik walaupun ada connection dengan IPC masa itu.


TEST RUN JOB

Bila dah O.K semua, tibalah masa untuk aku gantungkan TFI dan demo set aku di dinding, jadi satu lagi masalah yang aku hadapi adalah untuk mendapat handrill, yang ada hanyalah yang menggunakan bateri, baru jer guna kejap,dak lemah.. jadi kena charge yang baru, dah 3 bateri aku pakai,kejap jer, jadi aku tak boleh tahan , aku cari yang pakai elektrik punyer, tapi besar lah sikit, yang tu memang mantap, kejap jer aku tebuk lubang, tak macam tadi lambat.

RUN JOB BAGI KELAS 1


Bila nak gantung pulak, cable supply TFI aku pendek sangat, jadi nak tak nak kenalah aku panjangkan cable TFI aku, aku pun cari cable untuk disambungkan, aku gunakan connector untuk sambungan cable tersebut. Sambil aku buat sambungan cable tersebut, aku sembang-sembang dengan En Azman yang banyak pengalaman,, dia ceritakan kat aku serba sedikit pengalaman dia yang membangkitkan semangat aku untuk terus kehadapan, banyak nasihat dan tazkirah yang dia bagi, aku betul2 teruja dan bersemangat. Bestnyer dapat belajar macam-macam kat sini, bukan setakat project jer, malah lebih daripada itu,


RUN JOB BAGI KELAS 2


“Orang yang bijak adalah orang yang belajar daripada pengalaman sendiri, orang yang lebih bijak adalah orang yang belajar dari pengalaman orang lain, manakal orang yang lebih2 bijak adalah orang yang dari pengalaman semua orang..”


RUN JOB BAGI KELAS 3


inilah kata-kata hikmah yang di berikan en Azman oleh aku, memang benar cakap dia tu kerana aku sendiri pun telah mengalaminya.. selesai sahaja memberikan aku pengisian, dia pun berangkat pulang kerumah kerana jam pun telah menunjukkan jam 6 petang, aku pun meneruskan menyiapkan penyambungan cable supply TFI aku,
setelah siap penyambungan semuanya, aku kemaskan bilik server pulak,


RUN JOB BAGI KELAS 4

aku pulangkan barang-barang yang aku pulang, lepas tu aku solat maghrib, selesai solat maghrib aku pergi bilik server pulak,aku nak mengambil gambar project aku yang dah siap ini, tak sabar aku nak ambik gambar project aku yang dah siap, aku ambik gambar dengan penuh rasa syukur dan gembira.



RUN JOB BAGI KELAS 5

Selesai ambik gambar, aku pun transfer gambar kat dalam pendrive aku sambil aku menaip report aku ini.. jam sekarang 8.40 malam dah..
Aku pun dah nak balik..

Sekian..


0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP