AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Adobe tawar harga istimewa

>> Monday, June 1, 2009

IA 80 peratus lebih murah! Begitulah tawaran yang sukar ditolak apabila pengeluar perisian kreatif, Adobe Systems Incorporated bersedia menjual Adobe Creative Suite4 Design Premium Edisi pelajar dengan harga RM399 kepada pelajar.




Berbanding harga luar iaitu RM2,359, edisi pelajar kali ditawarkan kepada mereka yang menuntut pada peringkat pengajian tinggi sepenuh masa dengan mengemukakan kad pelajar sebelum membeli perisian terbabit.


Edisi terbabit mengandungi versi penuh produk termasuk InDesign CS4, Photoshop CS4 Extended, Illustrator CS4, Dreamweaver CS4, Flash CS4 Professional, Fireworks CS4, Acrobat9 Pro, Bridge CS4, Device Central CS4 dan Version Cue CS4.


Menurut Pengarah Urusan Adobe Asia Tenggara, Ashley Wearne, syarikatnya tidak mengurangkan mana-mana aplikasi atau perkakasan dan ia sama dengan versi di pasaran.

"Cuma kami mahu menggalakkan pelajar menimba ilmu dengan menawarkan harga berpatutan dan membolehkan keluasan maklumat serta daya kreativiti," katanya.


Ashley berkata, tawaran terbabit dibuka sampai bila-bila asalkan pelajar masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi.


"Kami menyedari kepentingan meningkatkan daya kreativiti tidak patut dihalang faktor kewangan dan skil kreatif perlu ada dalam generasi muda di negara ini jika mahu lebih kompetitif," katanya.


Katanya, edisi khas ini membenarkan pelajar mengekspresikan idea dan inovasi untuk sebarang projek merangkumi pengalaman dalam bidang cetakan, web, interaktif, media mudah alih dan sebagainya dengan mudah.

0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP