AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Classmate PC untuk pelajar di Terengganu

>> Sunday, December 21, 2008




KERAJAAN Negeri Terengganu, Top IT Industries Sdn Bhd dan Intel Malaysia baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi membekalkan 25,000 Classmate PC dipacu Intel kepada pelajar Tahun Lima di sekolah di negeri terbabit.




Ahmad SAID (tiga dari kiri) menyerahkan Classmate PC kepada dua murid sekolah sebagai simbolik pelancaran Projek Buku Elektronik.




Projek itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan kualiti pendidikan menerusi peralatan komputer mudah alih dan pembelajaran berasaskan IT.

Program yang dinamakan Projek Buku Elektronik (PBE) itu diilhamkan oleh kerajaan negeri bagi merintis jalan untuk memanfaatkan teknologi dan meningkatkan kecekapan pendidikan dengan menyampaikan kurikulum sekolah dalam bentuk digital untuk menggantikan buku teks yang berat.

Projek tersebut yang membabitkan Top IT Industries Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Terengganu, dengan sokongan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Ia diharap dapat membantu dalam proses mengubah buku teks sekolah menjadi format PDF digital untuk digunakan Classmate PC yang dipacu pemproses Intel.

Pelaksanaan dijangka selesai menjelang April tahun depan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. berkata, PBE merupakan langkah sulung yang dipelopori oleh kerajaan negeri dan akan menjadi pemangkin yang membuka era baru dalam kurikulum pendidikan Malaysia di negara ini.

'Kami benar-benar percaya ICT memainkan peranan sangat penting untuk menyokong pembangunan modal manusia di negara ini,'' ujar beliau.

Beliau menyatakan demikian pada majlis menandatangani MoU antara ketigatiga pihak di ibu negara baru- baru ini. Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong; Pengurus Besar Top IT Industries Sdn Bhd. Isa Nik; Timbalana Ketua Pengarah DBP, Kamarul Zaman Shaharuddin dan Pengarah Penerbitannya, Zainab Kassim.

Turut hadir ialah Pengarah Serantau Program Intel World Ahead, David Forsberg, Pengurus Negara Intel Malaysia, Ryaz Patel.

Beliau berkata ,usaha dimulakan dengan membekalkan Classmate PC pacuan Intel kepada murid, tetapi kejayaan setiap inisiatif pendidikan bergantung kepada pentadbiran sekolah.

Paling penting, kesanggupan guru menerima perubahan demi memperbaharui dan meningkatkan sistem pendidikan negeri, ujarnya.

Katanya, guru perlu bangkit menghadapi cabaran bagi membantu generasi baru belia yang akan membawa perubahan positif kepada negeri dan negara.

Sementara itu, menurut Ryaz, teknologi memainkan peranan penting dalam hidup manusia dan suasana kerja masa depan akan menjadi lebih dinamik yang mana komunikasi dan kerjasama tidak lagi terhad kepada meja atau bilik mesyuarat atau kedudukan geografi.

''Projek Buku Elektronik ialah satu projek menarik yang memberi pendedahan awal kepada pelajar untuk menjadi pekerja celik IT pada masa depan,'' katanya.

Menerusi program Intel® World Ahead, sekolah di merata dunia telah mendapat manfaat daripada bantuan dan program pendidikan Intel yang dirangka untuk memanfaatkan kuasa teknologi, kurikulum dan tenaga pengajar untuk menambah baik penyampaian pendidikan di lebih 25 negara.

Program tersebut juga menawarkan latihan profesional kepada guru untuk memahirkan cara menggunakan teknologi dengan berkesan untuk menambah baik pengajaran di bawah program Intel® Teach dan menyusun kandungan tempatan seperti kurikulum sains dan matematik.

Selain membekalkan perkakasan Classmate PC, Intel akan meneruskan komitmen untuk berganding bahu dengan kerajaan negeri bagi mengkaji dan mengamalkan cara baru untuk menambah baik pendidikan di bilik darjah dengan menggunakan teknologi dan program pendidikan lain.

Maklumat lanjut mengenai program Intel® Teach dan Intel® World Ahead boleh didapati di http://www.intel.com/pressroom.kits/worldahead/index.htm.



0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP