AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Hari ke-15 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

>> Tuesday, June 2, 2009

Assalamualaikum wbrt, hari ini merupakan hari yang ke-15 aku bekerja di shapadu, pagi ini hari jumaat, biasalah, kalau hari jumaat, memang jangka waktu dia sangat pendek sehinggakan tak terasa masa berlalu,




TRADDEL YANG TELAH DI KONKRIT

Pagi ini, awal-awal pagi En Hairee ingin melihat aku punyer project sejauh mana progress TFI aku hari tu, aku pun ON lah LCS aku seperti biasa. Aku testkan sekali lagi TFI aku hari ni, masih seperti semalam, aku pun biarkan dulu buat sementara waktu sebab en Hairee ada tugas yang lain untuk dia selesaikan, masalah TFI aku adalah cable dia mungkin salah connection pada COM port.

Dalam setengah jam kemudian, en Hairee bagi aku barang macam box, aku pun pelik, dia suruh aku pegang box tu, dengan cable supply, ada lah sikit2 barang-barang lain yang aku tak kenal, bila aku tengok-tengok rupanya ia adalah box reader Touch N Go, hari ni aku kena pasang kat KTB, dua buah box. En Hairee pun ajak aku pergi ke KTB dengan menaiki Ranger. Aku pun pergilah kesana,



KAWASAN YANG SEKELILING

Bila sampai sahaja di tempat kejadian, aku pun membawa box tersebut ke lane, dalam pada masa yang sama, kerja-kerja mengorek lubang untuk mengeluarkan traddle di lane yang hujung sekali sedang berjalan. Punya lah bising dia punyer bunyi tu.. aku pulak kena buat Touch N Go kat lane 5, kerja yang pertama aku kena buat ialah kena pindahkan IPC kat lane 7 ke lane 5, jadi di lane 5 kena buat manual sementara aku pasang mesin Touch N Go dan settingnya sekali, aku di Bantu oleh en Ismail, dia adalah contractor yang handle bahagian ini, aku tengok sikit-sikit dan belajar macam mana nak setting Touch N Go,

KONKRIT BARU SAHAJA KERING

Dalam project aku, aku buat yang system biasa jer, bukan Touch N Go, dia ada tambahan sedikit untuk Touch N Go iaitu ia menggunakan Box reader dan CSC controller, dua benda ini penting untuk memasangkan system Touch N Go, CSC ini akan connect dengan MOXA. Hari ni memang hari yang menyibukkan, pagi ini lori-lori banyak lalu kat KTB memandangkan ramai pemandu lori yang ingin mengejar untuk sembahyang jumaat, aku tak dapat nak bayangkan, macam-macam kerenah pemandu

Ada yang bunyi hon, bayangkan hon kontena, punyerlah bising, aku pun teruskan kerja untuk pemasangan Touch N Go, dalam kul 1 En Hairee jemput aku balik naik kereta ranger, aku pergi kat westbound pulak untuk mengorek traddle dan pasang dengan traddle yang baru. Dalam 10 minit aku pergi ke MOC untuk mengambil Keyboard dan terus pergi sembahyang jumaat.

Selepas selesai sembahyang jumaat, aku singgah di Bukit Raja sebentar untuk melihat keadaan, kemudian aku ke MOC dan kemudian melihat keadaan di Westbound, aku petang ni buat perkara yang sama dengan En Ismail seperti pagi tadi iaitu untuk memasang system Touch n Go, keadaan kat lane situ agak sempit , sehinggakan susah untuk kami melaksanankan tugas, mula-mula kami hadapi masalah keyboard rosak, alhamdulillah masih ada keyboard lain yang boleh di gunakan di situ.

KONKRIT HAMPIR KERING


Aku setelah selesai aku pasang Touch N Go di situ, aku pun pergilah balik Ke MOC untuk sambung project aku, sebelum aku balik ke MOC aku bertanyakan kepada En Ismail akan apa yang masalah aku hadapi, di pun terangkan apa yang perlu aku buat untuk selesaikan masalah yang aku hadapi. Sampai sahaja tempat control room, aku pun buat lah seperti yang di suruh oleh en Ismail,

Balik tu aku serve internet untuk mendapat configuration untuk kaki DB-25 connector, syukur alhamdulillah aku jumpa apa yang aku kehendaki, aku pun study configuration dia, tengok kaki 2 adalah transmit data, kaki 3 received data manakala kaki 7 adalah ground. Sedang aku study, aku tak sedar aku dah terbaring dan nak terlelap kat dalam bilik server tu sebab terlalu letih sangat.

Tetiba en Hairee datang untuk follow up aku punyer project dan tengok-tengokkan , aku punyer program TFI tak boleh nak communicate dengan IPC, jadi aku kemudian aku guna kaki 3 dan juga kaki 7, pada mulanya, aku punyer TFI tak bernyala sebab aku run dia punyer program dalam PC, tapi bila tak boleh run jugak nak test TFI tu, jadi last tindakan tulah aku tukar kan kaki Port DB-25,

LANE SUDAH SIAP SEDIA UNTUK DI BUKA

Setelah selesai solder kaki tersebut, aku pun sambungkan kepada MOXA, alhamdulillah bila di check , dan run untuk program TFI boleh, syukur sangat2, semua LED menyala dengan baik, maknanya sudah ada connection antara IPC dengan TFI, namun malangnya bila aku run LANE SYSTEM punyer software, aku tekan kelas, TFI aku tak display kelas, harga dan Selamat Jalan. Aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi, hari pun dah lewat petang, jadi en Hairee kata, dah ok dah tu, semua dah run dengan baik, isnin kita setelkan receipt printer dan TFI. Receipt printer aku kena contruct cable sendiri, aku tak tahu configuration dia,

Aku pun kemas bilik server tu, aku agak kecewa sedikit sebab target aku tak tercapai, bajet minggu ni dapat setelkan semuanya, tapi syukur kehadrat Allah s.w.t ada juga hasil yang aku perolehi sepanjang aku praktikal 3 minggu aku di Lebuhraya Shapadu ini…


0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP