AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Tonton YouTube tanpa URL

>> Friday, February 20, 2009

BAGAIMANA untuk menyimpan video yang digemari daripada laman web YouTube?

Ramai yang bertanyakan kaedah melakukan aktiviti mengumpul video melalui laman web video itu namun jangan risau kerana ada jalan mudah bagi penyelesaiannya melalui beberapa langkah di bawah.




1. Pastikan anda mempunyai 'browser' Mozilla Firefox (kalau tak ada sila pindah turun dulu).



2. Sila lihat ikon kelima di bahagian atas browser iaitu 'Tool' (yang ditanda merah).



3. Klik pada perkataan 'Add-on'.



4. Anda akan lihat menu seperti di bawah. Langkah seterusnya ialah mengklik ayat 'Browse All Add-ons' pada ruangan kanan menu.



5. Kemudian, anda akan dibawa ke satu laman URL https://addons.mozilla.org/en-US/firefox seperti rajah di bawah.



6. Cari ikon Video DownloadHelper: Download Management di bahagian paling kanan dan klik pada 'link' terbabit.



7. Selepas mendapati laman web seperti di bawah, pengguna perlu mengklik ikon 'Add To Firefox' berkotak hijau. Fungsi DownloadHelper membolehkannya bertindak sebagai perkakas untuk menyimpan video dan imej dari pelbagai laman web.



8. Sebaik ikon di bawah diklik, ia akan mengambil masa beberapa saat untuk pindah turun perkakas terbabit sebelum pengguna diminta 'restart' browser anda.



9. Pengguna akan dimaklumkan kejayaan memindah turun perkakasan.



10. Langkah seterusnya ialah membuka laman web YouTube dan cari mana-mana video kegemaran. Selepas itu, anda akan mendapati ikon kecil seperti yang ditandakan bulatan merah.



11. Selepas mengklik ikon terbabit, anda akan mendapati ia disalin beberapa saat ke fail tertentu.



12. Seterusnya anda perlu memindah turun pemain untuk memulakan video kerana ia adalah format .FLV yang hanya boleh digunakan melalui pemain tertentu dan bukan pemain biasa seperti Windows Media Player atau Quicktime.



13. Pindah turun pemain FLV 2.0 dengan 'save file' seperti gambar rajah sebelum proses pindah turun yang mengambil masa beberapa minit.



14. Ikon pemain FLV 2.0 akan didapati secara automatik di desktop pengguna.



15. Anda boleh membuka video disimpan tadi yang kebiasaannya didapati di My Computer - C:\Documents and Settings\dwhelper.


0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP