Yukon AMD di pasaran
>> Sunday, April 19, 2009
PENGELUAR cip pemproses terkemuka, AMD kini memiliki platform untuk komputer netbook bagi membolehkan rekaan komputer kecil, nipis dan murah namun, tetap memiliki keupayaan hiburan menyeluruh.
Dengan nama kod 'Yukon', platform ini berasaskan kepada pemproses AMD Athlon Neo, grafik bersepadu ATI Radeon X1250 dan pilihan grafik berasingan ATI Mobility Radeon HD 3410 yang mampu membawa hiburan berdefinisi tinggi ke dalam netbook.
Platform AMD ini membuat pengenalan pertama menerusi komputer netbook hiburan HP Pavilion dv2 yang hanya setebal satu inci, tapi berupaya memberikan hiburan mantap di atas skrin LED Brightview 12.1 inci dan pilihan untuk pemacu luaran cakera Blu-ray.
Selain hiburan, platform ini turut menyediakan pengalaman game dengan grafik 3D realistik yang diperkuat oleh pilihan kad grafik bertenaga ATI Radeon dan output digital dimajukan termasuk HDMI dan DVI, sekali gus membolehkannya disambungkan terus untuk paparan ke TV HD.
0 comments:
Post a Comment