AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Saladin tarik minat asing

>> Monday, April 13, 2009

KETIKA negara dilanda demam Upin dan Ipin, kejayaan satu lagi siri animasi yang dikenali Saladin telah menarik minat syarikat asing dalam industri animasi Malaysia.


Naib-Presiden (Multimedia Kreatif), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Kamil Othman berkata pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada rakan kongsi asing yang berminat mengedarkan siri itu ke pasaran global.


Nama Saladin melonjak naik dalam industri selepas menerima anugerah "Encouragement Award" di Pertandingan Grand Prix Final of the Digicon 6, edisi ke-10, di Tokyo.

"Anugerah itu membuktikan bahawa projek dan bakat tempatan mempunyai pengetahuan teknikal menghasilkan animasi untuk bersaing dengan pemain terbaik industri di dunia," katanya lagi pada Sesi Dialog Industri Kreatif MSC Malaysia 2009 yang pertama, baru-baru ini.

Kamil berkata Saladin berjaya merangsang pertumbuhan dan menggalakkan kandungan kreatif tambahan dalam industri yang mencari peluang produksi bersama, pengedaran kandungan dan pelesenan.


Saladin: The Animated Series, yang dikeluarkan bersama antara MDeC dengan saluran Al Jazeera Children, dijangka menyelesaikan 13 episod pertamanya pada awal 2010.

Kamil berkata, Malaysia akan terus menyokong pembangunan industri animasi tempatan meskipun kelembapan ekonomi sekarang.


0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP