e-Stor Kaspersky mudahkan pengguna
>> Monday, April 13, 2009
PENGUSAHA antivirus terkenal, Kaspersky Lab melancarkan stor atas talian di www.Antivirus365.net bagi pengguna di seluruh Asia Tenggara manakala Malaysia dipilih menjadi pusat perniagaan atas talian ini.
Pengarah Urusan Kaspersky Lab Asia Pasifik, Harry Cheung berkata, perniagaan atas talian menyumbang satu per lima hasil kepada Kaspersky bersamaan dengan 125 peratus peningkatan tahun demi tahun.
"Sebanyak 580 juta populasi di seluruh Asia Tenggara manakala penggunaan Internet meningkat sebanyak 105 juta iaitu mencakupi 39.5 peratus di Asia dan 60.5 peratus di seluruh dunia.
"Statistik ini menunjukkan interaksi perniagaan secara atas talian berkembang dengan cepat dan bakal berterusan dengan berlakunya peningkatan populasi di seluruh dunia," katanya.
Menurutnya, peningkatan teknologi serta keperluan terhadap Internet menarik minat hampir 50 peratus pengguna Internet untuk membeli barang secara atas talian.
"Kaspersky mensasarkan perniagaan atas talian kepada golongan yang mementingkan masa dan tugasan yang menyekat mereka membeli-belah di luar. Menerusi e-Stor ini pengguna terbabit dapat membuat pilihan dengan mudah dan tepat," katanya lagi.
E-Stor Kaspersky ini terbuka kepada 11 buah negara termasuk Brunei, Kemboja, Indonesia dan Filipina. Asia Tenggara saja yang mempunyai stor Internet untuk menjadikannya sebagai pusat kawalan dan pengurusan.
Kaspersky menumpukan perniagaan atas taliannya ke atas barangan penyelesaian komputer yang berbentuk antivirus seperti Kaspersky Internet Security.
0 comments:
Post a Comment