AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Kesan Office cetak rompak

>> Sunday, March 15, 2009



MICROSOFT menjangkakan lebih 60 peratus syarikat di negara ini masih menggunakan perisian Microsoft Office cetak rompak bagi menjalankan operasi organisasi dan ia dijangka meningkat sekiranya tidak dibendung.




Sehubungan itu, gergasi perisian terbabit melancarkan program Kesan Office Asli (OGA) yang mensasarkan syarikat di negara ini agar memeriksa perisian Office mereka sama ada asli atau sebaliknya.


Menurut Pengurus Kanan Pemasaran, Sistem Pejabat Microsoft Malaysia, Anabelle Co, berkata program terbabit bukan mencari salah atau menghukum syarikat tapi memberikan kesedaran mengenai kepentingan perisian asli memandangkan ia mampu mengelak jenayah siber yang menular apabila sebarang transaksi dokumen dilaksanakan.




"Kebanyakan syarikat boleh memeriksa sama ada perisian Office mereka asli atau tidak apabila sebaik mengklik ruangan di sebelah kanan antaramuka Windows yang mengeluarkan notis peringatan jika mereka mahu menyemak keaslian perisian," katanya.

Menurutnya, program OGA diperkenalkan Microsoft memandangkan industri terkena pukulan hebat cetak rompak tanpa disedari pengguna yang tertipu dengan perisian dibeli.

"Inisiatif itu dilaksanakan sebagai pendekatan awal bagi membendung cetak rompak serta memaklumkan kepada pengguna jika mereka tertipu dengan helah penjual yang berpura-pura menjual perisian asli," jelas Co.

Beliau berkata, Microsoft mensasarkan pengurangan 10 peratus gejala cetak rompak mampu dikurangkan melalui inisiatif ini yang secara tidak langsung membantu meningkatkan kualiti perisian di sesebuah pejabat.

"Memang diakui masalah cetak rompak sukar dibendung tapi sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan ia tidak menjadi virus yang parah di kalangan masyarakat," katanya.

Kata beliau, Malaysia satu daripada 27 negara yang menyertai inisiatif ini yang mengesan perisian cetak rompak melalui sistem operasi 2003, 2007, XP atau Vista.

0 comments:

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP