AHLAN WA SAHLAN......


Assalamulaikum wbrt...


Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...

SYUKRAN........

HAVE A NICE DAY....



~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~


Assalamulaikum wbrt... Selamat Datang kepada semua pengunjung sekalian.... jangan bimbang semasa melayari blog ini.... paling kurang pun komputer anda akan.... kena virus dan kena format... heheheeee.. gurau jer!! :-) HAVE A NICE DAY

Hari ke-24 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

>> Friday, July 3, 2009

PERGI RONDA LEBUHRAYA SHAPADU























Assalamualaikum. Hari ni hari yang ke-24 aku bekerja di lebuhraya Shapadu, pagi ini seperti biasa aku punch card, pagi ni aku di ajak oleh en Rosli untuk pergi melihat jalan di Lebuhraya Shapadu samaada dalam keadaan baik atau tak baik, memastikan bahawa semuanya dalam keadaan yang baik, sekiranya berada dalam keadaan yang kurang baik, laporan harus di buat,




Setelah selesai melihat keadaan lebuhraya, aku berjumpa dengan en hairee di pejabat, aku menceritakan kepada en Hairee berkenaan apa yang aku buat semalam, semuanya dalam keadaan yang baik semalam, Cuma masalah monitor LCD tiada cable VGA, untuk melihat Video CCTV aku perlukan VGA cable untuk di sambungkan ke monitor tersebut, En Hairee mengarahkan aku untuk membeli VGA cable di kedai komputer yang berhampiran di Klang, jadi aku pun bercadang untuk pergi ke Digital Mall yang baru buka di Klang.


Aku mengajak en Rosli yang tahu tempat itu, untuk memandu arah pergi kesana, en Rosli pun bersetuju untuk pergi ke sana dengan menaiki moto aku, aku pun pergilah ke sana. Sesampai di sana, aku melihat kedai tak banyak lagi buka di situ kerana mereka baru sahaja pindah kesitu, jadi persiapan untuk membuka kedai masih belum siap lagi, ada 2,3 buah kedai sahaja yang buka di situ, aku pergi kedai situ dan menanyakan VGA cable, tapi harga yang di tawarkan untuk VGA cable adalah RM20, tapi malangnya waktu tu aku pun tak comfirm macam mana cable VGA tu punyer port, Male to male ker atau male to female, dalam kepala otak aku male to female, yang perempuan cina tu bagi aku confius, dia pun sebenarnya tak tahu jugak, di kata dia ada male to male jer, tak der cable male to female. Memandangkan macam tu, aku pun bergerak IT center kat bangunan yang berdekatan yang kat the store tu,



Aku pun mintalah VGA cable kat lelaki cina tu, dia pun tunjukkan aku VGA cable, aku tengok cable yang di tunjukkan serupa dengan apa yang perempuan cina yang tadi tunjukkan di bangunan Digita Mall, aku pun nak tergelak jugaklah, jadi aku pun membelinya. Aku mendapat tawaran daripada di RM18, selesai membeli kami pulang ke MOC,aku pun maklumkan kepada En Hairee bahawa aku telah pun membeli VGA cable yang di kehendaki,

BANYAK NYEEERRR CCTVV

Setelah itu, bermulalah pemasangan aku, aku bawa LCD monitor bersama-sama dengan cable yang aku beli tadi ke Westbound, aku pasang monitor dan ON power supply monitor dan juga Converter, aku pun pergilah kat lane untuk connect pada yang connector lagi satu kat recoder dia, dia pakai jenama Samsung. Puas aku connect satu persatu port, tak juga keluar-keluar seperti yang di kehendaki. Aku pun cubalah call en Hairee dengan Nas macam mana nak buat,aku pun buatlah seperti yang mereka suruh, tapi tetap tak jadi jugak.

NI RECORDER

Lepas tu, aku masuk kat port yang nama dia SPOT, dapatlah keluar satu gambar jer, yang aku nak dia keluar 9 column gambar,aku cuba port yang lain, tapi tak dapat jugak, hanya satu sahaja yang boleh, aku pun duduk kat bilik penyelia dan dia berkata kepada aku bahawa printer kat lane tersebut tidak boleh berfungsi sebab cable dia problem. Aku pun dah puas check connection CCTV tu untuk display kat monitor,aku biarkan dapat satu sahaja, kemudian aku pun balik ke MOC, di MOC aku berjumpa dengan En Hairee, aku menceritakan masalah yang aku hadapi di Westbound, iaitu tak boleh disyplay out kat monitor, en Hairee pun call contractor yang memasang CCTV tu untuk mendapatkan maklumat secara yang terperinci, setelah itu barulah aku dapat tahu perkara yang sebenaranya untuk membuatkan gambar 9 column itu terpapar di monitor,pertama sekali aku perlu menukar port “SPOT” kepada port “VideoOut” kemudian aku perlu menekan button “zoom” dan “mode” secara serentak sehingga keluar bunyi beep. Begitulah En Hairee kata.

PORT CONNECTOR RECORDER

Dengan segeranya aku bergerak pantas ke Westbound untuk berbuat seperti yang En Hairee berkata, alhamdulillah, akhirnya project aku ini berjaya dengan baiknya. Monitor dah display 9 column gambaar di CCTV, sekarang tugas aku yang seterusnya ialah aku kemas kan cantik2 sikit tempat monitor tu, aku ikat wayar dia jangan bagi berserabut dan susun elok2. setelah selesai mengemas, aku pun setelkan masalah receipt printer di lane kat situ, aku masukkan cable di printer, tetapi aku dapati masalah asalnya bukan dari cable printer, tetapi adalah tempat port nak masukkan cable printer itu telah tetanggal daripada cablenyer, jadi solution nya ialah kenalah kenal pasti kaki port tu dan solder balik semula.

VIDEO RECORDER

Jadi selesai sahaja kerja aku, aku balik semula ke MOC dan berjumpa dengan En Hairee berkenaan apa yang telah aku buat, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar hari ini. Aku cukup gembira kerana aku punyer kerja berjaya walaupun buat sorang-sorang. Selepas itu, aku pun punch card.

Sekian.

Baca Berikutnya.....

Hari ke-23 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

THE NEEDED EQUIPMENT

CONNECTOR CONVERTER

Assalamualaikum, hari ni hari yang ke-23 aku bekerja di Lebuhraya Shapadu. Aku pagi ni macam biasa seperti semalam, hari ni pagi-pagi lagi aku berjumpa dengan En Hairee, pagi ni en Hairee bagi aku tugasan untuk memeriksa perkara-perkara yang perlu di perbaiki dengan segera, ia macam borang komplain jugaklah, menyenaraikan apa yang rosak,jadi aku kena pastikan semua itu sudah pulih…



CONVERTER CONNECTED



COM PORT OF CONVERTELR


Bila dapat tugasan itu, aku pun segera telefon NAS untuk membantu aku menyelesaikan masalah ini, dia waktu itu berada di NKSB, aku pun segera pergi ke sana, di sana aku dan NAS menyelesaikan masalah IPC yang tidak berfungsi, nak masuk window pun tak boleh, nak masuk connector keyboard pun problem, kejap boleh,kejap tak boleh, bila dah boleh masuk window, bila nak pasang elok-elok tak boleh pulak, kenalah buka balik semula,

THE CONVERTER

CONNECTOR CABLE

Jadi dengan oleh itu, satu-persatu di periksan, microprosesscor, RAM, power supply semuanya di periksa, semua dalam keadaan baik, aku pun periksa check list yang En Hairee bagi kat aku tadi tu, aku tanyakan kepada NAS, aku pun catitkanlah yang mana dah setel dan yang mana belum setel lagi, En Hairee waktu tu pergi keluar untuk mencari converter CCTV, dia cakap akan jumpa aku pada tengah hari, jadi sebelum sampai tengah hari, aku bertolak dari NKSB ke MOC untuk bertemu dengan En Hairee. Tapi aku tunggu-tunggu tak der, tak lama kemudian itu, NAS telefon aku untuk membawakan CD D-Link ke sana

Aku pun segera ambik cd tersebut di bilik server dan bawakan ia ke NKSB, sesampai sahaja aku kat NKSB, aku lihat, Nas dah tukar kan motherboard yang lain, barulah o.k , Cuma nak install driver port network jer, sebab tulah nak cd D-Link tu. Kemudian aku pun balik semula ke MOC (management office center). Sesampai jer aku kat MOC, aku jumpa dengan EN Hairee, dia bawa balik converter CCTV untuk aku pasankan kat WESTBOUND. Mula-mula dia bagi penerangan kepada aku dan ajar aku macam mana cara nak pasang converter tu. Lepas aku dah faham, aku pun pergilah ke WESTBOUND dan buat seperti yang dia suruh.

CONFIGURATION CABLE IN CCTV AT WESTBOUND



Alhamdulillah dah setel semuanya aku pasang, Cuma aku tak monitor nak letak kat situ, monitor ada kat MOC lagi, ada monitor LCD yang rosak sikit screen dia, tapi boleh pakai lagi, Cuma tak der cable VGA jer, jadi aku akan sambung benda ini pada esok hari. Sama ada nak bawa monitor yang besar itu kat sana, atau pun beli cable VGA dan pasang LCD monitor tu di sana, kita tengoklah apa akan terjadi apa esok hari macam mana,
Waktu aku bagi tau segala kerja-kerja pemasangan aku itu, en Hairee bertanyakan kepada aku samaada aku free tak malam ini, kerana dia nak bawa aku pergi berjumpa dengan orang LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia)


AKU MAKAN MALAM DENGAN ORANG LLM

SEBELUM

Orang LLM ini akan memeriksa keadaan lebuh raya Shapadu ini dalam keadaan baik atau tidak, ia akan kira berapa peratus lebuhraya ini akan di beri, yang baik adalah 80% keatas, kalau bawah daripada tu, kurang baik sedikit. Dia ada spesifikasi berapa peratus lebuhraya perlu dapatkan, kalau tak capai, tunggu jerlah surat akan sampai. Inilah first time aku kerja sampai malam di sini, dah lama aku nak cuba kerja malam, tapi tak berpeluang, kalau kerja pun, aku tak tahu nak buat apa sebab en Hairee tak bagi tugasan apa pun, jadi hari ni cukup bertuah kerana hajat aku tercapai, syukur alhamdulillah,
Lebih kurang jam 12 tengah malam jugak habisnyer..

Dah habis tu, aku kena check masalah kat WESTBOUND lagi, masalah kali ini adalah data tak naik , aku pun tengok lah kejap dengan NAS, lepas itu, aku pun balik rumah kerana tak larat, esok aku sambung kerja lain pulak..



SELEPAS

Sekian..





Baca Berikutnya.....

Hari ke-22 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

Assalamualaikum… hari ini 9.10.2009 ialah hari yang ke-22 aku berkerja di Shapadu, pagi ini plan aku adalah untuk menarik cable di westbound, namun pada pagi ini tak boleh start lagi kerana orang penting tak der lagi, sementara itu, aku check PC aku yang aku sedang perbaiki, aku hari ni nak try Install softwaremicrosoft kat computer itu hari ni, namun aku cuba lah install cd software Microsoft 2007 en Hairee, tapi tak boleh juga kerana software yang the latest, motherboard tu tak boleh nak baca. Bayangkanlah motherboard tu tahun 2000 punyer.. manalah boleh baca yang latest.


Jadi pelan aku, aku nak cuba install Microsoft 2003 aku yang ada kat umah, jadi aku pun bergerak balik ke umah untuk mengambil cd tersebut. Sesudah ambik aku tak balik ke MOC, aku terus ke Westbound untuk aku tarik cable di sana, malangnya aku tak bawa kamera masa itu, tak dapat nak ambik gambar. Rasa betul2 rugi. Macam-macam aku dapat belajar di sana, aku tak dapat nak bayangkan..

Aku belajar cara-cara macam mana nak tarik cable dengan mudah, handrill, memang meletihkan juga, nampak macam biasa jer, Baru tahu macam mana nak tarik cable dengan cara yang mudah.. lepas selesai jer kami tarik cable, kami pun kemas-kemaslah barang kat situ.. lepas dah kemas-kemas, aku pun pergilah ke MOC untuk hantar barang-barang yang telah di pinjam. Di MOC aku berjumpa dengan en Hairee. Menanyakan kerja tarik cable, aku katakana dah selesai,

Petang selepas itu, bermulalah kerja aku untuk memformatkan komputer yang lain, aku berhajat untuk setelkan masalah-masalah komputer yang di serang virus di pejabat ini sebelum aku habis praktikal di sini, aku mempunyai DVD window, cd window aku tak der, jadi aku tekad di dalam diri aku untuk pergi beli cd window di shah alam, aku pun pergilah beli cd window di shah alam. Sesudah aku selesai membeli cd windows, aku pun pergilah ke format komputer yang lagi satu dengan menggunakan cd windows aku. Tapi malangnya, cd windows yang aku beli ini tidak boleh di guna pakai oleh komputer ini , jadi aku pun terpaksalah tangguhkan niat aku ini pada esok hari memandangkan hari sudah lewat malam..

Sekian.

Baca Berikutnya.....

Hari ke-21 aku praktikal di Lebuhraya Shapadu

Assalamualaikum…. Hari ni hari yang ke-21 aku bekerja di Shapadu bersamaan dengan 8.05.2008 hari isnin, seperti yang aku rancang minggu lepas, aku nak overcome problem PC yang aku format kan minggu lepas,aku nak format tak boleh sebab ada problem,aku target masalahnya datang daripada hardisk,


Pagi ni sepatutnya ada perhimpunan seperti biasa, tapi malangnya pagi ni ramai orang yang bercuti, maka perhimpunan pada pagi ini di batalkan. Maklumlah, musim cuti sekolah katakan, waktu ni lah masing-masing nak meluangkan masa dengan family dan anak-anak. selepas mengumumkan perhimpunan tiada, aku berjumpa dengan dengan En Hairee menanyakan akan apa yang aku akan buat pada hari ni, hari ni dia akan ajar aku mengenai Touch N Go, aku tak berapa sangat tahu pasal Touch N Go ni, tapi aku akan cuba fahamkan. Setelah selesai bagi penerangan, En Hairee keluar sebentar dan meminta aku menunggu dia di pejabat,

BATCH TOUCH N GO


Tanpa melengahkan masa lagi aku pun pergilah ke bilik server dan sambung kerja aku yang tertangguh pada minggu lepas, aku pun ON PC yang aku nak format hari tu. Sekali aku buka, tiba-tiba dah O.K lah pulak, tak jadi mcam minggu lepas, unable to format. Jadi apa lagi, aku pun format lah seperti biasa aku format PC. Kemudian En Hairee pun sampai ke pejabat, aku pun pergi ke meja dia, bincangkan apa yang aku perlu buat. Sebelum itu, aku ceritakan masalah yang aku hadapi semasa aku ingin format PC yang aku format sekarang ini. Kemudian beliau menerangkan kepada aku bahawa PC yang aku nak format itu akan di jadikan network untuk computer-komputer lain link pada computer tersebut untuk printing.

Jadi aku dapati terdapat masalah di dalam untuk menginstall software printer tersebut, printer tersebut adalah HP Officejet K7100, semasa hendak install, ia memerlukan requirement installation untuk install internet explorer yang terbaru, jadi window 2000 tidak support akan internet explorer tersebut, jadi dengan kesimpulan yang lain computer yang aku format ini tidak boleh install driver printer tersebut melainkan aku format semula dan menggunakan window yang atas daripada window 2000 iaitu yang paling minimum pun guna window xp sp2.

Pada mulanya, puaslah aku fikir, kenapalah tak boleh nak install driver printer ini, dah sampai balik kat umah, barulah aku terfikir,rupanya window 2000 tak boleh support internet explorer yang baru, jadi bila tak der internet explorer yang baru, driver printer tak dapat capai requirement dia. sebab tulah tak dapat nak install.

Waktu En Hairee menerangkan kepada aku, aku di berikan sehelai kertas yang bersaiz A3 di mana kertas tersebut mengandungi data yang menerangkan data TOUCH N GO yang di hantar kepada source dia. ada pada certain hari di Touch N GO dia tak dapat terima data daripada Shapadu, jadi kotak dia akan berwarna merah. Jadi tugas aku adalah untuk mendapatkan balik data-data yang tak dapat itu di Plaza yang terlibat. Dengan itu, aku perlu mendapat tunjuk ajar daripada kontraktor yang terlibat dalam bahagian ini,jadi aku pun contact contractor yang terlibat dalam bahagian ini untuk mengajar aku mencari kembali data2 yang perlu aku cari ini..


Dalam lebih kurang 5.30 petang, contractor tersebut baru sahaja sampai di Bukit Raja setelah ia selesai menyelesaikan masalah di NKSB, kenapa perlu tunggu dia di Plaza Bukit Raja,?? Ini kerana data-data yang tak dapat itu adalah data dari Plaza di Bukit Raja. Aku pun cari dan kumpulkan data2 tersebut di dalam satu folder.

Data-data tersebut aku perlu pastekan di computer MOC untuk di transferkan ke Touch N GO,setiap hari ada 3 job, jadi data tersebut totalnya ada 9 file,iaitu satu job ada 3 file, file tersebut dalam extention .CON,.HDR,.DAT. file-file ini Touch N Go akan dapat melihat berapa jumlah traffic dan amount kereta yang lalu di LEbuhraya Shapadu. Setelah setel aku cari data tersebut, aku pun berangkat pulang ke rumah….
Sekian.

Baca Berikutnya.....

  © Blogger template Mr.L by http://borntobehacker.blogspot.com/ 2008

Back to TOP