AHLAN WA SAHLAN......
Assalamulaikum wbrt...
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini..semoga blog ni dapat memberikan anda serba sedikit maklumat yang berguna. Kalau ada yang terkurang dan cacat cela tu, maaflah yer.... segala komen dan pandangan anda mengenai blog ini amat saya harapkan...
SYUKRAN........
HAVE A NICE DAY....
~~~~L CHANGE THE WORLD~~~~
Kaedah Belajar Berkesan

1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.
2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
5. Memahami apa yang dibaca.
6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.
8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.
11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran
Baca Berikutnya.....
Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

1. Bertenang dan melapangkan fikiran.
2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
3. Tidur yang mencukupi..
4. Menjaga kesihatan diri.
5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .
8. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.
11. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
12. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
13. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
14. Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
15. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
16. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
17. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
18. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.
19. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
20. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
21. Menjawap soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
22. Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
Baca Berikutnya.....
Susahnya Nak Buat Dosa. Kalau nak ke disko bukan murah. kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge. Konon dapat free first drink. Tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je...
Senangnya Nak Buat Pahala. Kalau pergi masjid tu, free saja. Dah le takde cover charge, Minum free bukan first drink je. Berkoyan-koyan pun boleh. Silap-silap dapat makan free lagi.

Susahnya Nak Buat Dosa. Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC. Silap silap kena tangkap basah. Boleh masuk paper free. Kalau majikan tau, boleh kena buang kerja. Tanggunglah akibatnya.
Senangnya Nak Buat Pahala. Kalau nak puasa sunat tu, anytime, anywhere. Bangun pagi takde breakfast, terus niat puasa. Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat pahala, siap dapat jimat duit lagi. Puasa tu kan boleh mengekang nafsu. Cume tak masuk paper je. Tapi insyaAllah masuk syurga.
Susahnya Nak Buat Dosa. Mengumpat tu best kan? Itulah hobi hampir semua manusia hari ni. Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok semua tak siap, tarikmuka. Pergi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh. Timah Janda lak kena umpat.
Senangnya Nak Buat Pahala. Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia. Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia. Orang pun tak marah. Eh! Respek la... Suami balik tengok kerja semua siap, isteri lak terkumat-kamit berzikir. Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi. Beban keje pun kurang terasa.
Susahnya Nak Buat Dosa. Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila. Kejar la harta dunia ni. Makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun terabai, dunia akhirat pun tak dapat..
Senangnya Nak Buat Pahala.Jadi zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan. Takyah nak sibuk tamak haloba. Jiran beli TV baru, sofa baru, langsir baru, biarlah.biar mereka hidup bahagia di dunia yang sementara ini Sebab dia dapat hutang baru, kita pula dapat iman yang sentiasa diperbaharukan.

Susahnya Nak Buat Dosa. Orang kata "Nak hidup terpaksa la menipu". Ha'ah! Hidup la kat neraka nanti.Penipu ni bukan setakat Tuhan benci, manusia pun lebih-lebih lagi. Kalau tipu duit lagi parah. Hidup sentiasa dalam ketakutan.
Senangnya Nak Buat Pahala.Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat,
malah Allah akan sentiasa memberkati hidupnya. Mungkin dia jadi mangsa pembelit di dunia , tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka. Hidup pun aman, bukan dalam ketakutan. Insyaallah..Bahagia.
Baca Berikutnya.....

Nilai Sepuluh Ringgit
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.
“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”
“Berapa pendapatan ayah sejam?”
“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”
“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”
“20 ringgit sejam.”
“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”
Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni...”
Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.
Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.
Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.
Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.
Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.
“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.
“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.
Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu....

Moral
Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka...
Baca Berikutnya.....
KUALA LUMPUR 21 Dis. - Perkhidmatan Internet Telekom Malaysia Berhad (TM) kini terganggu akibat kerosakan sirkit sistem kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Eropah.

TM berkata, kerja-kerja membaik pulih kerosakan sirkit Southeast Asia Middle Eastern and Western Europe 4 (SMW4) antara Palermo, selatan Itali dan Alexandaria, utara Kaherah sedang dijalankan dan perkhidmatan dijangka beroperasi seperti sediakala pada 31 Disember ini.
Berikutan dengan masalah tersebut, pelanggan perkhidmatan internet TM akan alami sambungan Internet yang perlahan ketika melayari laman-laman web yang dihoskan di Eropah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, sementara mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet (IP) yang lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Eropah juga mungkin mengalami gangguan perkhidmatan.
Untuk mengatasi masalah tersebut, beberapa laluan internet telah dialihkan ke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan, katanya.

TM berkata, berikutan kerja membaik pulih, trafik ke Amerika Utara dijangka akan mengalami gangguan, sementara trafik ke negara lain adalah seperti sediakala.
Para pelanggan TM boleh menghubungi syarikat itu di talian 100 dan pilih "perkhidmatan Internet" atau di help@tm.com.my untuk membuat laporan mengenai masalah perkhidmatan internet mereka, katanya.
- Bernama
Baca Berikutnya.....
Pembuat sepatu Turki terima tempahan dari seluruh dunia
ISTANBUL: Peristiwa Presiden George W Bush dilempar kasut oleh wartawan Iraq Muntazer al-Zaidi menyebabkan beliau dipenjarakan, manakala Bush pula mendapat malu. Bagaimanapun lain pula halnya di Turki apabila kejadian yang berlaku berjaya meningkatkan industri kasut di negara itu secara mendadak.

PENUNJUK perasaan di Amman, Jordan melekatkan kasut di poster Bush.
Ramazan Baydan pemilik Syarikat Baydan Shoe yang beribu pejabat di Istanbul, kini menerima tempahan dari seluruh dunia selepas mengesahkan bahawa syarikatnya adalah pengeluar kasut kulit berwarna hitam yang dilemparkan Zaidi kepada Bush pada satu sidang akhbar minggu lalu.
Beliau terpaksa mengambil khidmat 100 orang pekerja tambahan untuk memenuhi tempahan 300,000 pasang kasut Model 271, jumlah tempahan yang empat kali ganda melebihi jualan tahunan syarikat itu, sebagai sokongan kepada tindakan wartawan berkenaan.
Baydan berkata tempahan paling besar diterima dari Amerika dan Britain, selain negara Islam yang berjiran.
"Kami menerima tempahan 120,000 pasang kasut dari Iraq, manakala sebuah syarikat di Amerika menempah 18,000 pasang. Sebuah firma Britain juga menawarkan untuk menjadi pengedar bagi kasut itu untuk jualan di Eropah," katanya.
Baydan berkata kasut model 271 itu sudah berada di pasaran sejak 1999 dan dijual dengan harga kira-kira £28 (RM196) di Turki.
Peningkatan mendadak terhadap tempahan kasut model itu juga dicatatkan di Syria, Mesir dan Iran, manakala persekutuan pembuat kasut di negara berkenaan menawarkan Zaidi dan keluarganya bekalan kasut untuk seumur hidup.
Baydan turut merancang menukar nama model kasut 271 itu kepada model 'the Bush Shoe' atau 'Bye-Bye Bush'.

"Kami sudah menjual kasut model ini sejak beberapa tahun lalu, tetapi syukurlah, dengan peristiwa 'kasut terbang' itu, kini tempahan yang diterima sungguh di luar jangkaan. Kami juga menimbang untuk menyiarkan iklan televisyen," katanya.
Zaidi masih ditahan di lokasi rahsia, manakala laporan menyatakan beliau dibelasah teruk. Beliau berdepan hukuman penjara jika sabit kesalahan, tetapi dikatakan sudah menghantar surat memohon maaf dan pengampunan.
Baca Berikutnya.....
Assalamualaikum,
Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai,

maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM) . Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (Sama jugak xboleh,haram) , tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH) . Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH) ? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak
[MOD] Sedikit tambahan. Sebenarnya 25 Dec adalah berasal dari sempena menyambut Hari Dewa Matahari. untuk mengetahui selanjutnya lihat Youtube Bongkar kristian:
Bongkar kristian 1/6: http://www.youtube. com/watch? v=BQC8IiXq4rw
Bongkar kristian 2/6: http://www.youtube. com/watch? v=ghe8TUs- oxE
Bongkar kristian 3/6: http://www.youtube. com/watch? v=fMAIZpsyQN0
Bongkar kristian 4/6: http://www.youtube. com/watch? v=LmEQcgYfW2U
Bongkar kristian 5/6: http://www.youtube. com/watch? v=buwS0I39ahI
Bongkar kristian 6/6: http://www.youtube. com/watch? v=V2Ovx9Mdh8U&feature=related
Baca Berikutnya.....